Pages

Monday, 6 January 2014

@hannahyeoh BERTAMBAH KURANG AJAR DAN BIADAP!

Apabila umat Islam tidak bersatu maka mudahlah Islam dipermain-mainkan. Bahkan kalimah suci Allah gagal dipertahan akibat bertentangan ideologi dan fahaman politik dikalangan umat Islam khususnya di Malaysia. Akhirnya golongan bukan Islam mengambil kesempatan menindas Islam dengan apa jua sekalipun. Malang sekali apabila ada sebilangan umat Islam yang menjadi "KEPALA PERANG" kepada golongan bukan Islam dengan alasan-alasan bodoh "hak asasi dan kebebasan beragama".

Malah isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan merampas 321 salinan Alkitab versi Bahasa melayu di premis Persatuan Bible Malaysia di Damansara mendapat tentangan golongan "KEPALA PERANG" dengan alasan melanggar langkah operasi (SOP). Umat Islam benar-benar tercabar dengan sikap kurang ajar dan biadap pemimpin-pemimpin DAP yang cukup lantang "memusuhi" Islam secara terang-terangan khususnya ADUN DAP Subang Jaya yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor,  Hannah Yeoh.

Sejak isu pemeriksaan mengejut terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada tahun lalu, JAIS sentiasa dihentam dan ditekan oleh golongan musuh Islam ini sehingga EXCO berkaitan Ha Ehwal Islam, Datuk Hassan Ali terpaksa meletakkan jawatannya. Kejayaan ini bukanlah semata-mata usaha golongan musuh Islam ini namun dengan bantuan "KEPALA PERANG", maka segala tindakan dan kekejaman ke atas umat Islam akan terus tertutup atas alasan "POLITICAL ALLIANCE" yang harus dihormati.

Terbaru dalam tweet Hannah Yeoh telah menambahkan lagi ketegangan apabila beliau mengesa Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim supaya menggantung tugas pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia tanpa pengetahuan kerajaan negeri. Beliau menambah, hukuman ringan tidak  mencukupi dan JAIS perlu bertanggungjawab di atas perbuatannya dan turut menggesa 321 salinan Alkitab yang dirampas pada Khamis lalu dipulangkan semula. Manakala pengarang The Herald Paderi Lawrence sebelum ini tetap bertegas menggunakan kalimah Allah di gereja Katolik di Selangor.

Apakah kuasa Hannah Yeoh hingga mempertikaikan tindakan dan bidang kuasa agensi yang berkaitan agama Islam? Adakah kuasa Speaker DUN Selangor melampaui kuasa-kuasa Sultan Selangor? Jika Hannah Yeoh boleh pertikai agama Islam, mengapa tidak kepada umat Islam mempertikaikan tindakan gereja menggunakan bible bahasa Melayu dan Kalimah Allah?

Jika umat Islam masih lagi tidak celik dengan permainan musuh-musuh Islam ini, maka Islam akan terus diperkotak-katikan sehingga umat Islam akan lemah dan lesu. Jika diharapkan parti yang mendakwa memperjuangkan Islam kononnya, maka akan hancur leburlah sebuah negara Islam dek perbuatan "KEPALA PERANG" yang hanya mahu memegang kuasa dan pangkat semata-mata.

1 comment :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...