Pages

Friday, 24 January 2014

DOKUMEN CERAI NURUL IZZAH YANG DIDEDAHKAN ADALAH PALSU?

Berita permohonan tuntutan bercerai secara fasakh oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah berlegar sejak beberapa hari ini terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim. Diberitakan tuntutan bercerai secara fasakh difailkan oleh Nurul Izzah sendiri akan disebut semula di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 18 Februari ini.

Kenyataan rasmi bersama mereka semalam gagal merungkai persoalan samada isu tersebut adalah benar ataupun sebaliknya. Malah hari ini, teman telah menerima beberapa dokumen yang didakwa berkaitan dengan tuntutan tersebut. Walau bagaimanapun, hanya Nurul Izzah sahaja yang boleh mengesahkan dokumen tersebut. 


Sebagai seorang ahli politik, Nurul Izzah wajar memberi kenyataan yang jelas dan tepat supaya dapat menghindar persepsi yang sudah buruk menjadi lebih buruk. Namun Allah Maha Adil dan Mengetahui. Setiap perbuatan hambaNya sentiasa ada pembalasannya samada di dunia ataupun di akhirat..

Laporan penceraian Nurul Izzah dari media pro kerajaan dan pembangkang : 


No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...