Pages

Thursday, 12 December 2013

BEKAS PEGUAM DEDAH BUKTI ANWAR LIWAT SAIFUL!

Ia adalah tuduhan liwat kedua dihadapi Anwar. Pada 1998, Anwar pernah dituduh meliwat pemandunya, Azizan Abu Bakar dan disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun selepas rayuan Mahkamah Persekutuan menolak sabitan dan mengetepikan hukuman penjara serta membebaskan Anwar. 

Kemudian Anwar sekali lagi dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini, antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Perbicaraan kes liwat berkenaan bermula 3 Februari 2010 dengan pihak pendakwaan memanggil 27 saksi dan empat saksi menyangkal, manakala lapan saksi pembelaan dipanggil termasuk Anwar yang memberikan keterangan daripada kandang tertuduh. Walaubagaimanapun pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan tersebut diatas alasan "integriti sampel DNA".

Namun setelah setahun, bekas peguam Anwar, Yuktes Vijay melalui facebooknya telah mendedahkan bukti yang Anwar telah meliwat Saiful. Menurut Yuktes, laporan DNA yang dibuat ke atas spesimen yang diambil daripada dubur Saiful menunjukkan kehadiran DNA sperma "Male Y". Tapi malangnya keengganan Anwar memberikan sample DNA secara sukarela maka hakim tidak dapat menyabitkan Anwar bersalah walaupun laporan kimia telah mengesahkannya. Akhirnya Anwar bebas melalui aspek teknikal undang-undang.

Ikuti seterusnya pendedahan Yuktes Vijay,

BUKTI ANWAR IBRAHIM MELIWAT SAIFUL 

SPIN SAYA.KES SAYA.HUJAH SAYA.
HANYA SAYA YANG BOLEH JELASKAN KEBENARAN.

LAPORAN DNA YANG DIBUAT KE ATAS SPESIMEN-SPESIMEN YANG DIAMBIL DARIPADA DUBUR SAIFUL MENUNJUKKAN KEHADIRAN DNA SPERMA YANG DINAMAKAN ‘MALE Y’

‘MALE Y’ TIDAK BOLEH DIKENALPASTI KETIKA ITU KERANA ANWAR IBRAHIM TIDAK INGIN MEMBERI DNA. MENGUKUT UNDANG-UNDANG DNA TIDAK BOLEH DIAMBIL SECARA PAKSA DAN HARUS DIBERI SECARA SUKARELA.

LAPORAN KIMIA YANG MENGESAHKAN ‘MALE Y’ ITU MILIK ANWAR IBRAHIM DIBUAT BERDASARKAN 3 ITEM YANG DIAMBIL DARIPADA LOKAP DI MANA ANWAR IBRAHIM DIKUNCI UNTUK SATU MALAM

3 ITEM TERSEBUT TELAH DIAMBIL DAN DIGUNAKAN TANPA KEBENARAN ANWAR. KAN DNA TIDAK BOLEH DIAMBIL SECARA PAKSA? ITULAH UNDANG-UNDANGV

DISEBABKAN PERBANDINGAN DNA DIKENALPASTI DAN DISAHKAN OLEH 3 ITEM TERSEBUT,HAKIM TIDAK DAPAT MENYABIT ANWAR BERSALAH KERANA 
3 ITEM ITU TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI BUKTI

MAKA LAPORAN KIMIA YANG MENGGUNAKAN 3 ITEM TERSEBUT JUGA TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

OLEH ITU ANWAR IBRAHIM BEBAS DARIPADA ASPEK TEKNIKAL UNDANG-UNDANG…

HANYA YANG BODOH, TERENCAT AKAL, MAKAN TAHI, MINUM AIR KENCING DAN SUKA BERASMARA DENGAN KERBAU YANG AKAN PERCAYA DAN BERHUJAH “ANWAR DIBEBASKAN MAHKAMAH OLEH ITU ANWAR IBRAHIM 
ANUGERAH TUHAN”

KALAU ANWAR IBRAHIM INI MEMANG JANTAN ORI, SURUH DIA BERI DNA..LEPAS KENA PERIKSA,DNA ITU DIMUSNAHKAN DEPAN MATA DIA! 

SETUJU TAK PONDAN ITU? 

Tuesday, 10 December 2013

GUAN ENG BIADAP GELAR NENEK RASIS!

Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Abdul Hamid menyifatkan kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang melabelnya "racist grandmother" atau nenek rasis sebagai biadab dan tidak sopan.

Beliau yang sangat kecewa dengan label itu mahu Ketua Menteri memohon maaf dengan serta-merta dalam persidangan DUN.

"Lim tidak sepatutnya merendah kaum wanita dan perkataan itu tidak seharusnya keluar dari mulut seorang Ketua Menteri.

"Itu adalah satu penghinaan kepada semua wanita di dunia ini dan saya mahu Lim memohon maaf," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Dalam laporan akhbar pada Selasa, Lim telah melabel Jahara sebagai seorang nenek rasis kerana membawa isu perobohan gerai-gerai makanan tidak berlesen yang didakwa dilaksanakan secara tidak adil dalam persidangan DUN, Isnin.

Sementara itu, Jahara berkata kerajaan negeri pimpinan DAP telah bersikap "berat sebelah" dengan perbezaan layanan dalam meroboh gerai-gerai makanan tanpa lesen di negeri ini.

Katanya, terdapat empat restoran "makanan laut" yang besar telah beroperasi di tanah milik kerajaan negeri di Jalan Bagan Ajam yang berada tepi pantai namun tiada tindakan perobohan dilakukan.

"Restoran seafood berkenaan dibina dengan konkrit tetapi hanya diberi kompaun setahun sekali sebaliknya seorang makcik yang berniaga di depan rumahnya di Persiaran Gurney, gerainya telah diroboh tanpa diberi sebarang notis minggu lepas," katanya.

Beliau berkata keempat-empat restoran makan laut itu dibina di satu bangunan kekal tetapi mereka hanya dikenakan kompaun.

"Ini satu tindakan yang tidak telus dan kurang adil dan saya berharap Lim dapat memberikan penjelasan yang munasabah," katanya.

BERNAMA

ISLAM AHLI SUNNAH WAL JAMAAH ADALAH AGAMA RASMI! SYIAH ADALAH SESAT!

Kerajaan bersetuju untuk membawa usul bagi mengubah perlembagaan negara dengan menambah perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) bagi membendung masalah syiah yang dilihat semakin berkembang di negara ini. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

"Apakah yang boleh kita jadikan sebagai panduan selepas Perhimpunan Agung UMNO ke-67 ini dengan jelas menyatakan menyokon teguh kesungguhan kerajaan meninggikan syariat Islam di negara ini serta-merta.

"Dalam hal ini, kalau ada pihak tidak menerima hakikat, saya setuju dengan seorang perwakilan kalau buat baik, tak dapat diterima. Tetapi percayalah, kita tak akan lemah semangat kerana Umno berada di atas landasan yang tepat, landasan ASWJ.

"Oleh itu, saya nyatakan, Islam di negara ini adalah Islam agama persekutuan, dan berkefahaman ASWJ," katanya.

Usul tersebut sebelum ini telah dibangkitkan oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun untuk mentakrifkan Islam sebagai agama rasmi negara yang diperincikan hanya kepada pegangan ASWJ. Cadangan itu dibuat ketika Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno yang berlangsung pada Selasa lalu.

Selain daripada itu, Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang turut membentangkan usul yang sama unuk meminta Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan Islam sebagai Agama Persekutuan ditakrifkan kepada ASWJ.

Wakilnya, Datuk Shabudin Yahaya berkata, langkah itu perlu kerana Islam bertunjangkan ASWJ mampu menjadi benteng kukuh daripada sebarang usaha penyelewengan terutama oleh mana-mana ajaran sesat.

Beliau berkata, usaha tersebut akan melibatkan pindaan ke atas fasal tiga Perlembagaan Persekutuan.

''Kita mahu Islam yang bertunjangkan kepada ASWJ dicatatkan sebagai satu kandungan rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kita mahu memastikan tiada lagi pengikut-pengikut ajaran sesat dengan mudah mereka mengaku Islam.,'' katanya.

Manakala Kementerian Dalam Negeri (KDN) ketika diminta mengulas mengenainya berkata akan membawa usul untuk memasukkan perkataan Sunnah Wal Jamaah dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai memperincikan takrifan Islam sebagai agama persekutuan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, usul itu akan dibawa kepada kerajaan untuk dibincangkan bagi menghalang fahaman lain termasuk Syiah daripada berkembang di negara ini.

Ini adalah untuk memastikan agama rasmi negara adalah berasaskan ASWJ dan bagi mengelakkan kefahaman lain dikembangkan di negara ini," katanya.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini, mengeluarkan statistik yang menganggarkan hampir 300 ratus ribu rakyat di negara ini yang beragama Islam adalah merupakan pengikut fahaman Syiah.

Ajaran Syiah mula memasuki Malaysia sekitar tahun 80an selepas berlakunya revolusi Iran pada tahun 1978/79. Pada tahun 1984, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Al – Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia.

Namun pada tahun 1996, disebabkan oleh penularan ajaran Syiah yang semakin berleluasa di negara ini, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.

Kesimpulannya pengumuman yang dibuat oleh Presiden Umno itu membuktikan bahawa parti itu begitu berani dan serius untuk membendung ajaran sesat yang semakin berkembang ini.

BUKTI BERGAMBAR PULAU JEREJAK DIJADIKAN KUIL BUDDHA! (20 GAMBAR)

Sikap Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau Pinang seringkali berdolak-dalik dalam apa juga isu, sudah menjadi resam dan biasa terutamanya yang membabitkan kaum cina. Isu pertukaran nama Pulau Jerejak di Pulau Pinang kepada "Mazu Island" yang tersembunyi sejak sekian lama, Guan Eng cuba pula menyalahkan pihak lain khususnya UDA Holdings yang mempunyai kepentingan 60% ke atas pulau tersebut.



Pulau Jerejak yang mempunyai keluasan 362 hektar itu pernah dijadikan pusat tahanan penyakit kusta sejak 1930 dan didakwa kini telah ditukar kepada "Mazu Island". Bekas pejabat pegawai yang menjaga pesakit kusta didakwa telah dijadikan kuil "Mazu" (Goddess of Sea). Tempat ini sepatutnya digazetkan sebagai tapak warisan dan bukannya menjadi pusat penyembahan. 

Walaupun Guan Eng menafikan gambar beliau bersama seorang individu yang dipercayai pengendali kuil "Mazu Island", namun banyak bukti menunjukkan keterlibatan Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam isu ini. Malah, UDA Holdings tidak tahu menahu tentang kewujudan perkara ini. Apabila Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid mendedahkan bukti di DUN Pulau Pinang yang mendakwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang terbabit dalam pertukaran nama pulau tersebut, Guan Eng enggan menjawab malah ADUN DAP dan PKR menuntut Datuk Jahara menarik balik tuduhan tersebut.



Walaupun berbagai penafian, namun sumber mendakwa akan ada lagi pembinaan yang akan dijalankan dan paip air sejauh 50km telah dibina merentasi "Mazu Island".














Monday, 9 December 2013

LELAKI YANG MATI DALAM RUSUHAN DI SINGAPURA DIKENAL PASTI #LittleIndiaRiot

Lelaki berusia 33 tahun yang meninggal dunia di dalam satu kemalangan jalan raya di Little India semalam, telah dikenal pasti.

Sakthivel Kumaravelu, lelaki warganegara India itu merupakan pekerja pembinaan sejak dua tahun lalu di sebuah syarikat Heng Hup Soon. Perkara itu disahkan oleh seorang lelaki yang mengecam mayat Sakthivel di bilik mayat Hospital Besar Singapura (SGH). Lelaki itu berkata keluarga Sakhtivel belum diberitahu mengenai kejadian malang itu.

Sumber menafikan dakwaan kepala mangsa telah dipancung yang disebarkan oleh beberapa laman berita tetapi mangsa mengalami kecederaan pada mukanya.

Kemalangan itu mencetuskan rusuhan di kawasan Little India dimana kenderaan polis dibakar oleh ratusan pekerja warga asing.

Seramai 27 pekerja warga asing dari Asia Selatan telah ditahan ekoran peristiwa itu dan boleh dipenjarakan selama tujuh tahun dan dirotan sekiranya didapati bersalah. Siasatan masih dijalankan.

Sumber berita dan olahan : The Straits Times

FACEBOOK HINA SULTAN JOHOR BABI! @PDRMsia

Fitnah dan mengadu-domba telah menjadi lumrah dunia akhir zaman. Sudah menjadi biasa dan terbiasa untuk memfitnah tanpa usul periksa. Hanya dengan mendengar khabar-khabar angin tanpa bukti nyata, lalu terus mengata "itu dan ini". Fitnah dan menabur fitnah adalah dilarang dalam Islam yang boleh memecah belahkan umat Islam.

Apabila menerima sesuatu berita hendaklah selediki terlebih dulu, lebih-lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan seseorang, kerana mungkin dengan penyelidikan itu dapat mengetahui lebih jelas perkara terbabit, sama ada benar atau palsu.

Fitnah adalah satu sikap yang merosakkan sesuatu kebahagiaan umat Islam ialah 'suka membawa mulut', mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang sehingga kisah yang pendek menjadi panjang. Menabur fitnah iaitu menceritakan keburukan orang kepada individu tertentu dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.

Pembawa fitnah ini mempunyai hati dan jiwa yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran.

"Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu menambahkan kekotoran pada kekotoran yang sedia ada pada mereka dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir." (at-Taubah:125)

"Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan." (al-Isra:36)

Rasulullah s.a.w menegaskan, menyelidiki rahsia dan memfitnah orang lain yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengaku beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di hari kiamat akan dibebani dengan dosa besar di depan Allah.

Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya penghuni dua kubur ini diseksa. Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar.
Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu berkembang dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan kehormatan dan maruah seseorang.

Orang yang suka memfitnah dan mengadu domba tidak akan masuk syurga, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba."

Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur akan diseksa oleh Allah. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kisah yang diceritakan Rasulullah s.a.w.

Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya penghuni dua kubur ini diseksa. Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar.
Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu berkembang dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan kehormatan dan maruah seseorang.

Perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih kejam daripada membunuh, kerana kesan kerosakannya lebih teruk. Jika dengan membunuh, walaupun ia tetap salah, tetapi mangsanya mungkin seorang, tetapi dengan fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berentetan sehingga bertahun-tahun.

Pada zaman nabi dulu pernah berlaku peristiwa fitnah, sebagaimana dialami isteri baginda, Saidatina Aisyah r.a. Beliau dituduh melakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Ma'athal selepas perang umat Islam dengan Bani Mush thalaq pada tahun kelima hijrah. Akibat kejadian itu, lebih sebulan Aisyah sakit dan di asingkan Rasulullah sehingga turun ayat yang menegaskan kesucian beliau.

"Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu golongan daripada kalangan kamu, jangan kamu menyangka berita itu buruk bagi kamu bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar di dunia dan di akhirat.

Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui. "Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, dan sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan-Nya." (an-Nur: 11-20)

Wallahuqlam...

12 GAMBAR DAN VIDEO RUSUHAN DI SINGAPURA

Ini kali pertama Singapura dilanda rusuhan selepas lebih 40 tahun... Kali terakhir adalah pada Mei 1969, berikutan tempias rusuhan kaum di Malaysia ketika itu.Ahad malam tiba-tiba negara jiran kita itu dikejutkan dengan satu rusuhan besar di simpang Jalan Race Course dan Jalan Hempshire di kawasan yang dikenali ramai sebagai Little India.

Bagi siapa yang selalu ke Singapura, kawasan ini berdekatan dengan pusat beli belah 24 jam yang terkenal  iaitu Mustapa Store.

Memang kalau hari minggu, Little India itu jadi port ribuan pekerja asing khususnya warga India dan Bangladesh melepak.

Jika ikut kenyataan polis Singapura, rusuhan tersebut bermula jam 9.23 malam.

Kejadian dikatakan berpunca dari satu kemalangan jalanraya di situ melibatkan sebuah bas melanggar seseorang.

Ia mengakibatkan beberapa orang mengamok memukul dan memecahkan cermin bas. Ia kemudian melarat.

Apa yang berlaku kemudian terbakar sana sini.

Ambulan dan harta awam dibakar perusuh.

Kereta polis pulak diterbalikkan.

Menurut laporan agensi berita , Polis Singapura mengeluarkan kenyataan ringkas jam 11.50 malam Ahad.

"Pegawai polis di tempat kejadian dan dapat mengawal keadaan. Orang ramai dinasihatkan untuk menjauhkan diri dari kawasan tersebut," jelas kenyataan tersebut.

Menurut saksi kejadian itu, Cik Iman Su , 31, yang berada di berdekatan Jalan Race Course, kekecohan bermula sekitar 9.45 malam, apabila orang ramai mula berkerumun di kawasan sekitar, menjerit dan membaling sesuatu.

"Keadaan itu kemudian bertukar kepada rusuhan, apabila kereta polis tiba, kereta polis tersebut diterbalikkan..." ujarnya.

Seorang lagi yang melihatnya  Nasharuddin Kahn , 32 ,memberitahu beliau melangkah keluar dari kedai 24jam di kawasan tersebut sebelum melihat puluhan kereta polis berkejaran ke arah Little India.

"Apabila saya melihat apa yang berlaku, saya pergi rumah flat berhampiran dan dan diberitahu supaya berada di dalam kawasan tersebut jangan keluar."

Katanya, beliau melihat pekerja asing terlibat membaling objek kepada pihak polis.

Satu lagi media Singapura, The Straits Times melaporkan kejadian berpunca dari pekerja Bangladesh dilanggar bas.

Laporan itu menyebut empat buah kereta polis diterbalikkan oleh perusuh.-Agenda Daily












Video : http://www.youtube.com/watch?v=Xep7kUWyOE8&feature=youtu.be

Thursday, 5 December 2013

DOKUMEN SALAHGUNA KUASA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG DIDEDAH!

Seperti bak kata pepatah ' paku dulang paku serpih, kata orang, Guan Eng yang lebih. Inilah yang berlaku di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guan Eng. Kerajaan Negeri Pulau Pinang didakwa menyalahgunakan proses tender dalam pemberian kontrak bernilai hampir RM7 juta untuk membina tebatan banjir dan menaiktaraf sistem perparitan di Jalan Kampung Baru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang 

Kerajaan Negeri yang yang berbangga dengan slogan Kecekapan, Akauntabiliti dan Ketelusan, atau CAT didakwa menganugerahkan projek itu, melalui proses tender berpandu dan terbuka.

Dalam satu artikel dalam portal Malaysia Today mendakwa dalam proses tender terbuka yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri, perunding dalaman dilantik sebelum tender dilaksanakan. Portal itu mendakwa kerajaan negeri memberikan tender bernilai hampir RM7 juta kepada S. P. Mega Sdn Bhd secara tidak telus bagi membina tebatan banjir dan menaiktarafkan parit di sekitar Jalan Kampung Baru, Bukit Mertajam.


Lisa Adam

Kecekapan, Akauntabiliti dan Ketelusan, atau CAT, adalah mantera yang diguna pakai oleh Lim Guan Eng dan DAP dalam mentadbir Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ia satu langkah yang diambil bagi memastikan keterbukaan dalam segala urusan kerajaan negeri terutama sekali dalam hal pemberian tender.

Ia juga satu strategi kerajaan negeri bagi meyakinkan rakyat yang berada di Pulau Pinang bahawa pentadbiran kerajaan negeri adalah berbeza dan lebih telus dari yang sebelumnya.

Selaras dengan CAT, perunding dalaman terlebih dahulu akan dilantik bagi mengesyorkan harga projek yang kemudiannya akan dilaksanakan melalui sistem tender terbuka atau ‘open tender’. Sementara syarikat-syarikat yang mengambil bahagian hanya akan dipertimbangkan sekiranya sebut harga yang diberikan oleh mereka adalah tidak melebihi 20% lebih murah atau lebih mahal dari harga yang telah disyorkan oleh perunding.

Walau bagaimanapun, tindakan kerajaan negeri memberikan tender bernilai hampir RM7 juta kepada S. P. Mega Sdn Bhd secara tidak telus bagi membina tebatan banjir dan menaiktarafkan parit di sekitar Jalan Kampung Baru, Bukit Mertajam, menjadi bukti bahawa CAT adalah sekadar slogan untuk mengaburi mata rakyat Pulau Pinang.

Tidak lebih dari itu.

Apa yang menariknya adalah, pada fasa awal rundingan mengenai projek berkenaan, Exco Kerajaan Negeri termasuk Lim Guan Eng sendiri telah melanggar prinsip CAT dengan mengadakan rundingan secara terus dengan satu syarikat lain tanpa melalui tender terbuka.

Namun syarikat terbabit gagal atas sebab-sebab teknikal kerana, pertama, syarikat terbabit bukan dari Pulau Pinang, dan kedua, syarikat terbabit hanya layak untuk projek dengan harga di bawah RM3 juta. Sedangkan harga yang dicadangkan oleh perunding adalah RM6.9 juta.

Maka sekali lagi, melalui rundingan terus yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dan juga Exco Kerajaan Negeri, mereka mengesyorkan projek berkenaan diberikan pula kepada S. P. Mega Sdn Bhd.

Jadi, di manakah ketelusan yang diuar-uarkan oleh DAP Pulau Pinang dalam perkara ini bila sudah jelas kedua-dua syarikat yang dikemukakan dalam projek tersebut diperkenalkan sendiri oleh Lim Guan Eng?

Adakah ini gaya pentadbiran baru yang cuba ditonjolkan oleh Pakatan Rakyat dalam negeri-negeri di bawah pentadbirannya? Penipuan terancang yang berselindung di sebalik CAT yang cuma sekadar slogan kosong? Cakap tak serupa bikin. Mungkin kerajaan negeri punya definisi tersendiri mengenai ketelusan dan selagi rakyat masih terbuai dengan ‘keindahan’ mantera-mantera seperti ini, mereka akan terus ditipu. (Malaysia Today)







Wednesday, 4 December 2013

SOALAN UNTUK DAP!

Blog Lim Kit Siang semalam memetik artikel dari Malaysian Insider tulisan Koon Yew Yin mengenai Majlis Perundingan Perpaduan Negara (MPPN). Artikel tersebut memperlekeh MPPN sebagai satu lagi usaha sia-sia kerajaan ke arah perpaduan.

Menurutnya, cakap-cakap mengenai perpaduan tidak akan membawa apa-apa makna dengan hakikat bahawa kakitangan awam di Malaysia masih lagi didominasi oleh satu bangsa sahaja iaitu bangsa Melayu. Yew Yin berhujah bahawa Malaysia mempunyai kakitangan awam paling ramai di dunia iaitu 1.5 juta dan hanya 15% atau 20% sahaja dari jumlah itu merupakan bukan Melayu. Beliau kemudian mempersoalkan penglibatan bukan Melayu yang begitu kecil yang tidak menepati apa yang dijanjikan oleh Dasar Ekonomi Baru.

Untuk itu, Yew Yin mencabar kerajaan untuk mengumumkan jumlah sebenar bukan Melayu di dalam sektor awam.

Sekiranya penulis tidak mengenali sikap orang-orang Cina mahupun pembangkang di Malaysia, mungkin penulis akan melihat hujah Yew Yin sebagai sesuatu yang baik dan bertujuan murni. Namun, penulis sudah cukup makan garam untuk memahami kelicikan dan hipokrasi orang-orang Cina, terutama DAP dan juga portal pro-pembangkang itu.

Hujah Yew Yin mungkin punya lebih kredibiliti jika beliau turut mendedahkan pecahan kaum secara terperinci iaitu dari segi jawatan di sektor swasta. Lebih baik jika Yew Yin turut membentangkan purata pendapatan mereka dan dibandingkan dengan kelayakan masing-masing mengikut kaum.

Malangnya, Yew Yin hanya ingin menyerang kerajaan dan bukannya ingin berbincang secara ikhlas demi kesejahteraan negara ini. Yew Yin mengajak kita melihat senario ini dari sebelah pihak sahaja, iaitu pihak kaum Cina semata-mata.

Taktik kaum Cina memaksa dan menekan kerajaan agar memberi kesamarataan kepada orang-orang Cina tetapi di masa yang sama menindas kaum bukan Cina di sektor swasta merupakan taktik yang telah menjadi pengetahuan umum.

Justeru, sepatutnya tidak perlulah Yew Yin atau Kit Siang atau Malaysian Insider berpura-pura prihatin tentang perpaduan sebenar kerana hampir semua rakyat Malaysia tahu apakah agenda tersirat DAP untuk Malaysia.

Oleh kerana kerajaan BN pimpinan Melayu itu adil maka kaum lain diberi peluang bersuara dan berjuang melalui parti komponen MCA dan MIC.

Tetapi, ingatlah di dalam DAP, kaum lain langsung tidak mampu bersuara, malah ditindas dan dimanipulasi agar tidak berdaya bangun di dalam parti. Semua orang tahu bagaimana DAP telah ‘tertinggal’ nama-nama lebih 700 perwakilan India dalam senarai jemputan mesyuarat pemilihan CEC yang lalu. Semua orang tahu bagaimana DAP melantik seorang Cina untuk mewakili Melayu di dalam CEC hanya kerana enggan melantik Melayu memegang jawatan penting.

Dan semua orang tahu kenapa Tunku Aziz meninggalkan DAP atau kenapa PAS melepaskan semua jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang baru-baru ini, iaitu kerana DAP langsung tidak memberi ruang dan peluang kepada orang-orang Melayu. Kalaupun diberi jawatan, Melayu itu tidak akan diberi ruang untuk bersuara pula.

Berbanding kerajaan BN yang telah membolehkan begitu ramai taikun berbangsa Cina dan India untuk terus maju dan berkembang di Malaysia, kerajaan Cina DAP tidak akan sekali-kali membenarkan orang Melayu untuk memegang jawatan penting terutama di dalam sektor swasta dan jauh sekali untuk bersaing secara adil di dalam perniagaan. Kalau ada peniaga Melayu yang kian maju, mereka akan ditekan dan disabotaj agar tidak mampu berjaya.

Walaupun semua yang berlaku ini sudah menjadi rahsia umum, tetapi Yew Yin, mahupun Kit Siang dan Malaysian Insider langsung tidak malu menunjukkan sikap hipokrit secara terbuka dan masih berpura-pura kononnya prihatin tentang masalah perpaduan negara.

Inilah diingatkan kepada Yew Yin mahupun Kit Siang dan DAP keseluruhannya iaitu, satu-satunya cara menangani kaum yang rasis ialah dengan bersikap rasis juga. Tiada cara lain lagi.

Oleh itu, jika kaum Cina inginkan kerajaan agar membuka ruang kepada bukan Melayu di sektor awam, mereka juga harus berhenti dari menindas dan menutup peluang orang Melayu di sektor swasta dan juga di dalam perniagaan.

KERANA TAWARAN MT USTAZ KAZIM DILABEL SEBAGAI ANJING DAN BABI

Isu tawaran perlantikan kepada penceramah bebas, Ustaz Mohamed Kazim Elias sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno (MT) adalah antara topik hangat yang sedang dibincangkan pada ketika ini. Malah para macai pembangkang telah menjadikan isu tersebut sebagai modal baru untuk menyerang Ustaz Kazim dengan pelbagai kata-kata yang kesat dan nista semata-mata untuk merosakkan kredibiliti ahli agama itu.

Selain cacian seperti, anjing Umno, babi, pencacai dan sebagainya, mereka turut menyerang Ustaz Kazim yang dikatakan masih merupakan ahli Pas. Ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Ustaz Kazim dengan nada sinis telah menempelak kembali dengan mengatakan parti itu seharusnya malu dengan dasar terbuka yang ditunjukkan oleh Umno.

"Sebenarnya apabila perdana menteri memanggil saya untuk memasuki Umno, ini adalah sesuatu yang memalukan kepada Pas kerana mereka tidak pernah terbuka terhadap saya," katanya.

Pengasas dan pengetua, Pusat Pendidikan Al-Barakah itu yang ditemui ketika menyampaikan ceramah anjuran Pemuda Umno Setiawangsa menjelaskan, walaupun masih memegang status ahli Pas, beliau tidak pernah dipedulikan baik di peringkat pusat mahupun peringkat negeri untuk sama-sama berdakwah dalam parti berkenaan.

"Ya saya memang ahli Pas, saya tidak pernah keluar dari Pas walaupun dulu ada ura-ura kata saya dipecat” katanya lagi.

Menurutnya sehingga ke hari ini tiada sebarang surat dari Jawatankuasa Disiplin parti yang mengatakan beliau dipecat. Beliau sebelum ini dilaporkan pernah mendaftar sebagai ahli Pas cawangan Kampung Manjoi (Tambun) sejak Julai 1998.

Mereka mendakwa sebagai pejuang Islam, namun di masa seperti mengamalkan dasar memilih orang tertentu untuk bersama dengan Pas. Menurut ustaz Kazim adalah sesuatu yang memalukan kerana, walaupun Pas mengetahui status keahlian beliau, parti itu langsung tidak membuka pintu untuknya.

Tetapi apabila Umno di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak menawarkan jawatan MT kepadanya, mereka bersikap seperti ‘kucing yang kepanasan’. Tambah mengecewakan apabila parti yang mendakwa sebagai memperjuangkan Islam itu seperti takut dan tunduk apabila ada pemimpin dari parti tertentu ‘berdehem’ setiap kali timbul isu yang berkaitan Islam.

“Bila dia ‘berdehem’ semua pakat takut dan diam, walaupun yang berdehem itu hanya duduk di atas kerusi roda. Pada yang faham-fahamlah” sindir beliau lagi.

Beliau juga seakan sedih dengan tindakan segelintir mereka yang terlalu taasub dan jumud sehingga sanggup melemparkan pelbagai kata-kata yang kesat hanya kerana tawaran Umno itu. Paling mengecewakan apabila ia datang dari mereka yang beragama Islam.

“Begitu cara yang diajarkan oleh Islam? Memaki hamun orang tanpa mengetahui perkara yang sebenar. Sedangkan sebagai orang Islam, kita seharusnya mengambil iktibar terhadap peristiwa hijrah Nabi Muhammad saw” katanya lagi.

Ini kerana, selepas Nabi saw. Berhijrah dari Mekah ke Madinah, Baginda telah menyatukan dua kelompok Islam terbesar itu kaum Aus dan Khazraj serta Muhajirin dan Ansar sehinggakan Islam menjadi kuat dan digeruni. Malah disebabkan penyatuan itu juga, tamadun Islam akhirnya dapat menguasai dua pertiga dunia.

"Tohmahan mereka ini menggambarkan sikap mereka dan ini tidak baik. Alangkah bagusnya jika memandang kepada kebaikan. Saya berlapang dada. Jika Perdana Menteri minta tolong untuk meningkatkan martabat Islam, apa salahnya saya bantu. Sesiapa sahaja yang minta nasihat juga akan saya bantu," jelasnya lagi sebelum ini.

Kesimpulannya, Pas sepatutnya tidak menjadi isu keahlian Ustaz Kazim sekiranya benar-benar ingin melihat syiar terus berkembang. Ini kerana seperti yang telah dijelaskan, sekiranya Ustaz Kazim menerima pelawaan tersebut ia adalah bagi membantu meningkatkan lagi martabat Islam. Tambahan pula, parti itu tidak pernah mempedulikan agama itu, walaupun menyedari beliau masih merupakan ahli Pas.

USTAZ KAZIM TOLAK JADI MT UMNO

Pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias mengumumkan menolak pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Pengumuman tersebut dibuat beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin dalam satu program ceramah agama Taman Ria, di sini, malam tadi, menurut sumber RTM.

Sabtu lalu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengumumkan sembilan lagi ahli MT parti itu, termasuk Mohammad Kazim.

Mohammad Kazim atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim sebelum ini berkata,  beliau masih belum membuat kputusan muktamad sama ada untuk menerima pelantikannya sebagai anggota MT Umno.

Katanya, sebelum membuat sebarang keputusan, beliau perlu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetahui peranannya dalam parti itu, selain menimbang tugasnya sebagai pendakwah.

Sinar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...