Pages

Friday, 29 November 2013

KHALID IBRAHIM MASUK PERANGKAP


Di kala Pakatan Rakyat melaungkan kesejahteraan demi rakyat serta mengungkit-ngungkit kemewahan dan perbelanjaan kerajaan pusat, keputusan kerajaan negeri Selangor untuk menaikkan gaji Menteri Besar dan 56 ADUNnya, membuktikan hipokrasi PR yang tiada tolok bandingnya.

Kenaikan yang diperkatakan di sini bukanlah 5%-10% sepertimana kebiasaan di syarikat-syarikat swasta, itupun boleh dikira tinggi. Apa yang mengejutkan ialah kenaikan yang dinikmati oleh pemimpin Selangor adalah ratusan peratus iaitu: 106% bagi Menteri Besar dan 231% bagi Exco, 266% bagi Speaker, 373% bagi Timbalan Speaker dan 87% bagi ADUN.

Kenaikan ini bermakna daripada 66.2% daripada RM1.85 billion dari Belanjawan Negeri tahun hadapan, akan digunakan untuk menampung kos pengurusan sahaja manakala baki 33.8% sahaja yang tinggal untuk pembangunan.

Soalan yang paling tepat untuk apa yang berlaku ini ialah: “Apa kejadahnya?”

Mungkin ramai terlepas pandang bahawa Selangor baru sahaja menaikkan elaun ADUN dua tahun lepas sepertimana yang diumumkan dalam Belanjawan Tambahan pada 12 April 2011. Kenaikan pada waktu itu melibatkan RM1.27 juta.

Apa yang berlaku menunjukkan pemimpin PR Selangor langsung tidak sensitif dengan keluhan rakyat mengenai harga barang yang meningkat dan juga pengurangan subsidi yang terpaksa dilalui. Sebaliknya, pemimpin PR terlebih dahulu memastikan yang hidup mereka tidak terjejas malah bertambah senang sebelum memikirkan mengenai rakyat.

Lebih menarik lagi, Penasihat Kewangan Selangor, Anwar Ibrahim, nampaknya turut mempersoalkan kenaikan ini. Malah, Anwar membuat kenyataan terbuka mengenai rasa kurang senangnya dengan kenaikan yang begitu drastik. Dan, ini bukan kali pertama Anwar menegur Khalid.

Hanya beberapa minggu lalu, Anwar mengkritik Khalid di hadapan orang ramai dalam forum Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Petaling Jaya. Beliau secara terus terang meminta Abdul Khalid agar tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan yang diperoleh tetapi gagal dalam membelanjakannya dengan baik.

Memandangkan kenyataan itu keluar dari mulut Anwar iaitu seorang politikus tegar, kita mengambilnya sebagai mempunyai berbagai makna yang tersirat. Antara yang dapat difahami dari kenyataannya ialah beliau sedang membuka laluan untuk Azmin Ali menggantikan Khalid.

Kita pasti, Khalid juga cukup sedar akan hal ini.

Justeru, tidak mustahil tindakan Khalid menaikkan gaji Exco dan ADUN adalah salah satu langkah untuk menyelamatkan diri. Beliau sedar yang beliau perlu meraih sokongan dari mereka ini andainya terdapat usul tidak percaya terhadapnya sebagai Menteri Besar. Seperti kelaziman politik PR, tiada umpan yang lebih baik untuk mendapat sokongan selain dari ‘wang’.

Walaubagaimanapun, tindakan Khalid mengundang pandangan sinis rakyat terhadap kerajaan PR Selangor. Sikap hipokrit dan tidak sensitif pemimpin PR kini terserlah dengan sejelas-jelasnya. Apatah lagi apabila Khalid tidak dapat memberi penjelasan yang rasional terhadap tindakannya itu. Dari cakap-cakap kedai kopi dan sembang-sembang laman sosial, kita dapat mengesan perasaan tidak puas hati rakyat. Penyokong PR juga turut merasa gelisah dengan apa yang berlaku, apatah lagi apabila Anwar sendiri turut menunjukkan rasa tidak senang dengan apa yang berlaku.

Walaupun Khalid mungkin mampu mengambil hati para Exco dan ADUN, tetapi Khalid jelas tidak dapat mengambil hati rakyat.

Nampaknya, Khalid telah memerangkap diri sendiri dengan meletakkan dirinya antara rakyat dengan pemimpin Selangor. 

Saturday, 23 November 2013

Ambiga, Perlu Desak Badan Peguam Bersihkan Senarai Pengundi Hantu


Masyarakat sebelum ini sering dikejutkan dengan tindakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang menganjurkan pelbagai siri demonstrasi jalanan bagi mendesak kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) untuk membersihkan daftar pemilih yang kononnya dipenuhi dengan banyak nama pemilih yang diragui.

Namun di dalam kesibukan mendesak, mengkritik malah pernah mencabar SPR Ambiga yang juga merupakan bekas Presiden Majlis Peguam jelas terlupa melihat masalah dalaman yang melanda badan yang ditubuhkan di bawah Ordinan Peguam Bela dan Peguam Cara 1947 itu.

Baru-baru ini, bertempat di salah sebuah hotel di ibu kota satu sidang akhbar khas telah diadakan oleh Khairul Azam mengenai pelanggaran hak asasi oleh Majlis Peguam berhubung hak ahli dalam pemilihan Jawatankuasa Majlis Peguam baru-baru ini.

Azam melalui kenyataan penuhnya mengatakan antara perlanggaran hak dan prinsip yang dilakukan badan itu ialah tiada rekod atau daftar bahawa kertas undi pos telah dihantar kepada semua 15,331 orang ahli Bar Malaysia. Malah beliau turut merasakan wujud pengundi hantu yang mengundi kerana tiada penggunaan dakwat kekal yang mengesahkan siapa yang telah memangkah kertas undi tersebut

“Mungkin kertas undi di pangkah oleh peguam dan mungkin juga kerani pejabat peguam yang yang memangkah kertas tersebut.

“Adalah melucukan, apabila Pemilihan Bar Council masih menggunakan kaedah undi pos sedangkan kaedah tersebut amat dikritik lantang oleh Bersih yang diketuai oleh bekas Presiden Malaysian Bar yang pada ketika itu turut menang hasil dari sistem undi pos semasa pemilihan Bar Council” katanya.

Menurut Azam lagi sekiranya dirujuk kepada statistik di laman web www.malaysianbar.orgterdapat seramai 15,331 orang peguam berdaftar dan ia termasuklah nama ahli-ahli yang telah meninggal dunia dan mereka yang tidak lagi meneruskan karier sebagai peguam. Malah statistik juga menunjukkan angka kertas undi yang di pos kepada ahli kerap tidak konsisten dengan jumlah ahli.

Beliau juga turut menegaskan kertas undi yang dihantar kepada ahli secara pos boleh ditandakan oleh sesiapa sahaja termasuklah kerani, pembancuh kopi malah budak pejabat kerana tiada satu pun sistem yang digunakan dapat mengesahkan hanya peguam yang berdaftar sahaja boleh mengundi. Atau dalam bahasa mudah, ia secara tidak langsung telah membuka ruang dan peluang kepada kewujudan pengundi hantu.

Bersih yang diketuai oleh Ambiga Sreenevasan itu sebelum ini begitu lantang mendesak, mengkritik malah pernah mencabar SPR untuk mengendalikan pilihan raya umum yang disifatkan sebagai berat sebelah, tidak adil dan sebagainya.

Antara tuntutan mereka ialah membersihkan senarai pemilih termasuk membuang nama-nama mereka yang tidak dapat dikesan, sudah meninggal atau diragui kesahihannya. Selain dari itu Bersih juga turut mendesak agar SPR mereformasikan undi pos yang disifatkan sebagai lapuk dan ketinggalan zaman termasuklah menggunakan sistem dakwat kekal bagi mengelak orang yang sama mengundi buat kali yang kedua.

Kesimpulannya ialah inilah yang dinamakan ‘kuman di seberang laut nampak, namun gajah di pelupuk mata tak nampak’. Mereka mendakwa SPR dengan pelbagai tuduhan namun di masa yang sama, Majlis Peguam masih mengunapakai kaedah dan cara yang dikritik itu.

Tambah menghairankan, sejurus selepas Barisan Nasional berjaya mengekalkan kemenangannya dalam pilihan raya umum ke-13 yang lalu, Ambiga seolah-olah senyap sepi. Malah ketika DAP berdepan dengan masalah pemilihan CEC yang dipertikaikan oleh ahli parti itu sendiri, Ambiga tetap membisu.

Jelaslah semua yang dilakukan sebelum ini hanyalah retorik politik semata-mata bagi mewujudkan persepsi buruk rakyat agar menolak Barisan Nasional (BN) sekali gus menjadi tali-barut dan lembu tunggangan kepada pakatan pembangkang.

Pemuda Pas Tolak Usul Ulama, Mahu Guan Eng Peluk Islam


Pas sebelum ini sering mendakwa bahawa asas perjuangan parti itu adalah untuk menegakkan negara Islam melalui‘Kepimpinan Ulama’. Malah ia adalah merupakan antara modal penting setiap kali parti itu mengadakan program ceramah di kampung-kampung.

Namun benarlah seperti kata pepatah ‘Ibarat Lidah Yang Tidak Bertulang’ semua yang diucapkan itu hanyalah merupakan kata-kata manis bagi menarik sokongan rakyat. Sedangkan pada hakikatnya ia amat bertentangan dengan pendirian sesetengah pemimpin parti itu.

Dewan Pemuda Pas yang bersidang semalam menolak usul bagi mempertahankan kepimpinan ulama atas alasan teknikal.

Pengerusi tetap Muktamar Pemuda Pas, Misbahul Munir menyatakan usul tersebut ditolak kerana bertentangan dengan perlembagaan parti serta kurang jelas dan perlu diperbaiki.

Seterusnya Sheikh Umar Ali perwakilan dari Kluang dan Fakrulrozi Hasan (Lumut) ketika mengambil bahagian dalam sesi perbahasan menyatakan usul tersebut kurang jelas dan mempunyai agenda orang tertentu.

Haris Alimudin (Sandakan) pula menyatakan secara teknikal Fasal 25 dalam Perlembagaan Pas yang menyatakan jawatan presiden dan timbalan presiden Pas perlu terdiri daripada ahli Pas dan tidak tercatat perlu dari golongan ulama atau profesional.

"Kalau nak buat semua (ulama), perlu tukar perlembagaan," ujarnya.

Selain Pemuda, Dewan Muslimah Pas juga sebelum ini turut mengambil pendekatan yang sama apabila menolak usul yang dibawakan oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib agar parti itu mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang selepas dilanda pelbagai kemelut dalaman dengan sekutu mereka DAP dan PKR.

Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) sebelum menerima usul yang mendesak agar Pas pusat memasukkan fasal yang memperuntukkan jawatan presiden, timbalan dan sekurang-kurang salah seorang naib presiden terdiri daripada golongan ulama.

Desakan tersebut dibuat oleh Urusan Ulama Pas Kuala Nerus, Terengganu, supaya "tidak timbul kecelaruan" dalam pemikiran ahli dan memastikan kelangsungan kepimpinan ulama berhubung kepimpinan di peringkat tertinggi parti itu.

Menurut pemerhati politik senario ini dapat dinilai dengan jelas bagaimana kumpulan yang di label sebagai Anwarinas telah merosakkan perjuangan Pas dan membelakangkan slogan kepimpinan melalui ulama yang menjadi modal politik dan survival parti itu.

Jadi persoalan yang perlu ditanya oleh ahli akar umbi dan perwakilan Pas, adakah benar kempen para parasit dan kaumpro-Anwarinas bahawa tidak perlu Jawatankuasa Pas pusat dianggotai oleh ulama kerana konon sudah ada Majlis Syura' Pas. Sedangkan pada hakikatnya mereka secara terang-terangan telah menolak ketetapan Majlis Syura' dalam soal fundamental seperti kalimah ALLAH?

Di dalam perkembangan yang lain pula, Pengarah Perpaduan Nasional Pemuda Pas, Afnan Hamimi melahirkan harapan agar suatu hari nanti Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dapat memeluk Islam.

Walaupun kenyataan tersebut hanyalah merupakan satu harapan, namun dari satu sudut pula ramai yang melihat ia sebagai satu pendekatan untuk menarik kembali sokongan masyarakat Islam dan Melayu yang semakin meninggalkan parti itu.

Ini kerana ramai di kalangan ahli dan penyokong Pas yang pro-ulama jelas tidak bersetuju dengan beberapa pendekatan parti itu sebelum ini yang dilihat terpaksa akur dan tunduk terhadap gesaan DAP.

Antaranya pendirian berhubung isu kalimah Allah, menggugurkan penggunaan slogan Negara Islam kepada Negara Kebajikan dan terbaru sikap berdiam diam berhubung tuntutan Comango yang jelas bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam.

Kebebasan Beragama Bukan Bererti Tidak Perlu Ikut Undang-undang


Tidak cukup dengan provokasi dengan cara mencabar ajaran Islam. Tidak cukup dengan mengejek dan menghina nama Rasulullah SAW, nama Allah SWT dan juga umat Islam dan Melayu. Hari ini, masyarakat bukan Islam di negara ini turut mencabar peraturan dan undang-undang negara. Mereka menganggap klausa ‘kebebasan beragama’ di dalam perlembagaan Malaysia sebagai tiket untuk mereka melakukan apa saja atas nama agama.

Umat Islam di negara ini pada dasarnya bersikap terlalu toleran. Selagi apa yang dilakukan oleh bukan Islam itu tidak mengganggu rutin hidupnya, selagi itu kita mengambil sikap menutup sebelah mata. Malangnya, sikap toleran kita tidak pernah dihargai malah diambil kesempatan untuk memijak kepala, menghina, mengejek dan mencabar kita.

Kita tidak faham kenapa mereka perlu menyakitkan hati kita. Mungkin sikap mereka ini berpunca dari ajaran agama mereka yang tidak mengajar mereka menghargai sikap toleransi orang lain.

Hari ini, satu lagi hasutan halus dibuat oleh seorang Professor bagi mencetuskan prasangka buruk terhadap kerajaan Islam dan juga umat Islam. Professor Dr. Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II, Pulau Pinang telah menuduh perobohon kuil Sri Muniswerar Kaliamman di Jalan P.Ramlee sebagai berpunca dari kebangkitan ekstremis Islam.

Beliau menuduh bahawa DBKL telah bertindak menyebelahi pemaju dengan meroboh kuil tersebut tanpa belas kasihan terhadap masyarakat India di negara ini. 

Sikap beliau yang tidak menyentuh pemaju dan sebaliknya meletakkan semua kesalahan kepada DBKL adalah tindakan lazim bagi mana-mana pemimpin DAP. Seperti yang kita tahu, DAP pasti tidak ingin menyinggung hati pemaju yang rata-ratanya adalah ‘orang mereka’.

Kata Dr. Ramasamy, masyarakat Hindu yang paling teruk menerima akibat di bawah kerajaan BN, manakala di Pulau Pinang semua kuil Hindu adalah selamat di bawah Pakatan Rakyat. 

Kenyataan Ramasamy jelas berat sebelah dan tidak berasaskan fakta yang sahih. Bukan beliau tidak tahu sebaik mengambilalih kuasa di beberapa negeri, kerajaan Pakatan Rakyat telah merobohkan Kuil Om Sree Kaliamman di Batu Pekaka Kedah, Kuil Om Sree Kaliamman dan satu lagi kuil tidak bernama di Kapar, Kuil Sri Muneswarer di Kuala Lumpur hanya dalam masa satu minggu. Sejak 2008, kerajaan PR Selangor telah merobohkan 7 buah kuil termasuk yang berada di dalam perkarangan rumah S.Gobi Kumar di Sepang.

Oleh kerana penulis seorang yang adil dan bukan berat sebelah seperti Ramasamy, penulis tidak menafikan yang kerajaan BN telah merobohkan kuil Sri Muneswerar yang menjadi kontroversi di sini. Malah, penulis percaya, mana-mana kerajaan juga akan menghadapi situasi ‘terpaksa meroboh’ dalam menangani isu kuil.

Ini tidak dapat dielakkan apabila kuil-kuil tersebut dibina secara haram atau tidak mengikut prosedur yang sepatutnya. Secara dasarnya, masyarakat Malaysia sudah cukup bertolak ansur dan enggan membuat bising mengenai kewujudan kuil-kuil haram hampir di serata ceruk hutan, kampung dan bandar.

Justeru, sepatutnya menjadi tanggungjawab masyarakat India untuk turut bertolak ansur dengan memahami bahawa negara ini ada undang-undang dan sesetengah kawasan yang dibina kuil tersebut mempunyai pemilik ataupun berada di dalam perancangan pembangunan.

Professor Dr. Ramasamy sebagai seorang terpelajar dan juga pemimpin politik seharusnya menjadi watak utama untuk mengajak masyarakat India agar memahami perkara ini iaitu kebebasan beragama tidak bermakna boleh melakukan apa saja atas nama agama. 

Jika benar wujud kumpulan ekstremis Islam negara ini seperti kata Dr. Ramasamy, maka mana mungkin kita boleh menemui kuil-kuil haram di seluruh pelusuk negara? Mana mungkin kerajaan mengisytihar Deepavali sebagai hari cuti umum? Jika benar kita ekstremis, apakah kita akan membenarkan wujudnya sekolah Tamil? Atau perarakan Thaipusam?

Apakah ada negara lain yang mana penganut Hindu sebagai kumpulan minoriti dapat menikmati semua ini?

Malah, bagi umat Islam sekalipun, untuk mendirikan surau atau masjid juga ada syaratnya. Kita tidak boleh mendirikan surau atau masjid sesuka hati di mana-mana saja hanya kerana negara ini negara Islam. 

Hakikatnya, tiada kebangkitan ekstremis Islam di sini, yang ada hanyalah ektremis agama lain yang ingin berbuat sesuka hati dengan menggunakan alasan agama mereka. Itulah ekstremis sebenar-benarnya, iaitu mereka yang enggan akur kepada undang-undang serta berpotensi untuk menjadi pengganas.

Sudah sampai masanya para ahli politik mengajak rakyat berpolitik secara matang. Politik adalah untuk memastikan urusan negara dan rakyat dapat berjalan dengan lancar. Politik bukan membawa maksud bergaduh untuk mencari pemenang. Tiada siapa yang menang dalam pertarungan politik yang tidak matang.

Oleh itu, sebelum Professor Ramasamy bertindak menghasut orang India agar membenci BN, adalah lebih baik beliau membela kaum India di dalam DAP yang dinafikan hak mengundi dalam CEC yang lalu. Atau berjuang agar kaum India diberi ruang yang lebih luas di peringkat tertinggi parti. 

Lebih dari itu, adalah lebih baik beliau berjuang membela nasib kaum India yang menjadi rakyat Pulau Pinang yang kini turut terhimpit dengan kerakusan pemerintahan kapitalis DAP.


Friday, 22 November 2013

DASAR PENIPU! ANWAR TERPAKSA U-TURN!

Ramai yang ketawa terbahak-bahak dengan kenyataan Anwar terbaru Anwar berhubung isu pengundi hantu seramai 40,000 orang yang diterbangkan khas dari Bangladesh bagi membantu parti Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya umum yang lalu.

Setelah gagal memberikan bukti yang sahih terhadap dakwaan tersebut, Anwar akhirnya terpaksa ‘pusing 180 darjah’ dengan mengatakan ia adalah manipulasi penulis Umno.

Anwar juga dilaporkan berkata, bahawa pembangkang tidak pernah menuduh kerajaan membawa sebanyak 40,000 warga Bangladesh tersebut sebaliknya hanya menyentuh tentang dakwaan membawa pengundi dari luar pada hari membuang undi awal.

Sedangkan sekiranya kita teliti, ia adalah merupakan kenyataan Anwar yang kemudiannya dilaporkan dalam semua media rasmi pembangkang termasuk Keadilan Daily dan Malaysiakini. Tidak cukup dengan itu, laporan tersebut turut dimainkan dalam portal-portal antarabangsa seperti Straits Times Singapore, Telegraph, UK, dan sebagainya.

Berikut adalah link kepada semua laporan yang dinyatakan tadi.

Straits Times Singapore
http://www.stasiareport.com/the-big-story/asia-report/malaysia-elections/news/story/foreigners-flown-malaysia-vote-bn-anwar-2013

Telegraph, UK
http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/asia/malaysia/10036283/Malaysias-opposition-leader-Anwar-Ibrahim-aims-to-seize-final-chance.html
 
Korean Press

Sedangkan menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof ketika diminta mengulas kenyataan Anwar itu mengatakan, pihaknya mempunyai segala rekod termasuk rakaman video tentang kenyataan Anwar berhubung kemasukan pengundi hantu dari luar menggunakan pesawat Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan AirAsia Berhad (Air Asia).

"Saya cukup pelik apabila ada orang yang sanggup menafikan perkara yang pernah disebut apatah lagi perkara itu diulang-ulang walaupun telah dinafikan kami dan kerajaan.

Hakikatnya ini bukanlah kali pertama, dia berbohong kepada rakyat. Jika 16 September 2008 kita menyaksikan bagaimana Anwar berbohong kononnya pembangkang akan menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) terbongkar, kini selepas PRU-13 sekali lagi tembelang pembangkang terdedah.

Semalam media arus perdana melaporkan, Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menafikan pembabitan warga Bangladesh dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan pembangkang kononnya sebanyak 40,000 rakyat negara itu mengundi dalam pilihan raya umum lalu.

Najib dalam pertemuannya dengan Sheikh Hasina ketika lawatan rasmi beliau ke negara itu memberitahu, pemimpin Bangladesh berkenaan turut menggeleng kepala tanda tidak percaya dengan dakwaan kononnya rakyatnya terbabit dalam proses pengundian di negara ini.

Malah sebelum ini tohmahan pembangkang itu telah mencetuskan kemarahan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, A.K.M. Atiqur Rahman yang menyifatkan tuduhan pembangkang itu sebagai tidak berasas dan hanya dibuat oleh golongan yang tidak berakal.

Beliau berkata, adalah mustahil untuk kerajaan Malaysia membawa masuk seramai 40,000 rakyat Bangladesh yang didakwa menjadi pengundi hantu di negara ini dalam tempoh yang singkat.

"Bagi saya, pihak yang membuat tuduhan tersebut adalah 'gila' dan menggunakan hak bersuara mereka dengan cara yang salah serta tidak profesional," jelasnya.

Paling menarik, Pemikir Strategi DAP, Ong Kian Ming sebelum ini turut mengatakan bahawa dakwaan kononnya wujud pengundi hantu dalam kalangan warga Bangladesh dan berlaku gangguan bekalan elektrik adalah tidak benar dan turut diakui oleh Pas.

"Setakat yang saya tahu, tidak ada pengundi asing (warga Bangladesh) atau gangguan bekalan elektrik. Jadi saya bersetuju dengan pandangan mereka (Pemantau)," katanya sebelum ini.

Malah kenyataan itu turut disokong oleh salah seorang pemimpin yang meminta agar namanya tidak disiarkan.

"Terlalu sukar untuk menipu menggunakan pengundi warga asing atau gangguan bekalan elektrik, “ katanya.

Kesimpulannya, SPR perlu segera mengambil tindakan undang-undang terhadap Anwar Ibrahim yang jelas merupakan BAPAK SEGALA PENIPU bagi mengelakkan perkara itu dari terus berulang.

SPR sebelum ini menegaskan, pihaknya tidak bercadang mengambil tindakan terhadap pemimpin Pas dan DAP berikutan dakwaan mereka tentang wujudnya 40,000 pengundi hantu pada pilihan raya umum Mei lalu. SPR sebelum ini mengatakan tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap perkara tersebut.

Ini kerana menurut mereka masih banyak urusan lain yang perlu difikirkan dan tidak perlu melayan kerenah mereka yang tidak faham peraturan itu. SPR sebelum ini hanya membuat laporan polis pada 16 Mei lalu dan menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuat keputusan bagi mendakwa Anwar.

PAS PUNCA MASYARAKAT SEMAKIN MENJAUHKAN ISLAM

Mungkin kerana panik dengan kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang mengakui parti itu masih gagal mendidik DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh dengan Islam, Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusof dengan segera mengalihkan kesalahan tersebut kepada Umno.

Dia mendakwa kononnya Umno adalah punca masyarakat Melayu dan bukan Melayu menjauhkan diri daripada Islam. Sedangkan pada hakikatnya dia terlupa bahawa parti itu yang sering ‘menjual’ dan menggunakan agama untuk kepentingan politik. Malah sekiranya diteliti, masyarakat bukan Islam semakin menjauhkan diri adalah disebabkan sikap bermuka-muka para pemimpin parti itu yang sering menukar kenyataan dan pendirian mereka setiap kali mengadakan ceramah.

Sebagai contoh, apabila bercakap di hadapan masyarakat Melayu kampung, mereka mengatakan ingin memperjuangkan undang-undang Islam atau hudud, namun apabila bercakap di hadapan masyarakat Cina dan India mereka mengatakan berkata yang sebaliknya dan hanya ingin memperjuangkan negara berkebajikan.

Paling menarik apabila Zailah mengatakan kononnya parti itu melalui kerjasama politik dalam Pakatan mempunyai ruang dakwah yang begitu luas bukan sahaja terhad kepada bangsa Melayu, tetapi juga memberi kefahaman berhubung Islam yang bukan Melayu dan beragama lain selain Islam.

Sedangkan persoalannya ialah, sekiranya betul mereka mempunyai ruang yang cukup luas untuk berdakwah mengapakah Karpal Singh sebelum ini meminta agar parti itu dibubarkan kerana dianggap berbahaya kepada masyarakat?

Itu belum lagi diambil kira pendirian parti itu yang bersekongkol dengan DAP dan PKR untuk membenarkan gereja menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan Bible bahasa Melayu sehinggakan ia mendapat bantahan dari kalangan ahli dan penyokong Pas sendiri?

Sedangkan dalam isu ini, ia secara jelas mempunyai maksud yang tersirat dan dikhuatiri akan meningkatkan gejala Murtad di kalangan orang Islam.

Namun isu sebenarnya ialah, benarkah dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan ‘kalimah ALLAH untuk semua’ ? Mereka berdalilkan firman Allah, “Dan jika engkau bertanya kepada mereka (kaum musyrikin Jahiliyah) siapakah yang telah mencipta langit dan bumi mereka akan berkata Allah.” (Luqman: 25)

Di sini perlu difahami bahawa masyarakat Arab Jahiliyah dulu masih mengenali Allah sesuai dengan RububiyahNYA; mereka percaya Allah adalah Pencipta seluruh alam, Pengatur dan Pentadbir serta Pemberi rezeki dan yang menurunkan hujan.

Yang menjadikan mereka tidak beriman adalah kerana menolak tauhid Uluhiyah; yakni menyekutukan Allah dalam ibadah, di samping mereka meminta pada Allah mereka turut menyeru dan bergantung pada selain Allah. Mereka juga enggan bersaksi kerasulan Muhammad SAW.

Pemahaman masyarakat Kristian hari ini tidak meletakkan maksud kalimah Allah pada tempat yang benar, malah meletakkannya pada kedudukan makhluk. Mereka tidak beriman pada Tauhid Rububiyah, jauh sekali pada Uluhiyah dan Asma wa SifatNYA.

Persoalannya ialah, sekiranya kalimah Allah pun gagal dipertahankan oleh Pas disebabkan desakan dan takut hilang sokongan, bagaimanakah masyarakat bukan Islam ingin menghormati Islam yang menjadi agama rasmi di dalam negara ini? Hujah paling mudah, sekiranya parti Islam pun sanggup gadaikan kalimah Allah, maka apa perlunya orang bukan Islam datang untuk memahami ajaran tersebut?

Kesimpulannya, Pas adalah punca sebenar masyarakat bukan Islam semakin menjauhkan diri dengan Islam. Ini kerana demi kuasa dan pengaruh politik mereka sanggup menggadaikan apa sahaja walaupun terpaksa mencalarkan imej Islam itu sendiri. Maka kita tidak perlu mengulangi apa yang pernah dilakukan oleh DAP atau PKR terhadap Pas.

Kalau diulangi pun ia tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada perjalanan politik Pas. Ia memandangkan apa pun berlaku, biarlah maruah mereka 'dipijak' sekali pun, Pas ingin terus kekal atas nama tahaluf siyasi bersama DAP dan PKR.

Bagi Pas, tidak apa kalau martabat dan maruah mereka dilihat diperlekeh atau perlekehkan oleh kedua-dua parti itu, tetapi jangan Barisan Nasional (BN) atau UMNO yang melakukannya.

Jika UMNO mengkritik atau menegur Pas berhubung sesuatu isu termasuklah berkaitan dengan kepentingan Islam dan orang Melayu, sudah pasti parti itu akan 'diserang' habis-habisan oleh pemimpin-pemimpin Pas termasuklah Dewan Pemuda Pas Pusat dan Dewan Muslimat.

Bagi pemimpin-pemimpin Pas, apa pun PKR dan DAP hendak kata tentang mereka tidak apa kerana itu sekutu politik mereka, sahabat satu selimut biarpun mimpi lain-lain dan teman sekapal biarpun haluan berbeza.

DARI STABIL KE POSITIF : BUKTI TINDAKAN KERAJAAN TEPAT?

Malaysia sebelum ini telah menerima amaran dari Fitch Ratings iaitu agensi penarafan kewangan yang membuat penilaian kurang memberangsangkan berkenaan kedudukan hutang negara. Dari situ, kerajaan telah mengambil langkah-langkah drastik seperti mengurangkan subsidi bagi memulihkan kedudukan Malaysia di mata pelabur asing.

Penilaian dari Fitch seharusnya dilihat hikmah di mana ia berjaya membantu kepimpinan mengambil langkah awal untuk memulihkan keadaan.

Hari ini, ternyata kepimpinan telah berjaya melonjakkan penarafan kewangan Malaysia sepertimana yang direkodkan oleh Moody’s Investor Service, iaitu satu lagi agensi penarafan kewangan antarabangsa. Penilaian Moody dikategorikan kepada 9 tahap iaitu Aaa, Aa, A, Baa, Ba, B, Caa, Ca dan C dengan tahap ketepatan yang dinilai dari nombor 1, 2 atau 3.

Moody telah menilai Malaysia di tahap A3 dalam kedudukan bon asing sekali gus menukar penarafan dari stabil kepada positif. Bon tukaran asing jangka panjang dan deposit pula masing-masing berada di tahap siling A1 dan A3. Kadar risiko tukaran tempatan pula berada pada tahap siling A1.

Bersandarkan mandat yang diperolehi kerajaan BN melalui PRU yang lalu, Malaysia dijangka akan mengalami kesukaran untuk kekal kukuh dari segi kewangan. Ini ditambah lagi dengan percubaan demi percubaan dari berbagai pihak untuk mencetuskan ketidakstabilan melalui demonstrasi dan provokasi kaum dan agama yang tidak kunjung henti.

Bagaimanapun, terbukti Malaysia berjaya mengharungi semuanya dan kini kedudukan kewangan Malaysia kekal kukuh. Apa yang berlaku membuktikan kebijaksanaan kerajaan dan juga kematangan rakyat negara ini.

Langkah kerajaan untuk mengurangkan subsidi minyak sebelum ini dilihat sebagai faktor utama yang membawa kepada laporan positif Moody.

Selain itu, agensi tersebut juga menerima baik langkah kerajaan untuk memperkenalkan GST dalam masa terdekat. Secara dasarnya, Moody meletakkan keyakinan terhadap Malaysia untuk mengurangkan defisit yang mana akan turut menstabilkan jumlah hutang negara.

Dari laporan Moody, adalah didapati bahawa Malaysia merupakan negara yang pesat membangun dengan kadar inflasi yang rendah berbanding semua negara lain yang mendapat taraf A.

Pendapatan Kasar Dalam negara telah mencatatkan peningkatan sebanyak 5.1% iaitu yang tertinggi di antara semua negara bertaraf A. Malaysia juga memperlihatkan peningkatan dalam pelaburan swasta dengan kadar purata 17% dari 2010-2012 iaitu lebih tinggi dari tempoh 5 tahun sebelumnya. Di masa yang sama, Malaysia juga memperlihatkan pembayaran yang sihat.

Moody turut menyatakan bahawa rekod cemerlang Malaysia ini antara lainnya berpunca dari kecekapan Bank Negara.

Secara dasarnya, kedudukan kewangan di Asia Pasifik dijangka stabil sehingga 12 bulan akan datang. Namun, Malaysia tidak harus leka kerana laporan Moody mengenai perkembangan yang dijangka akan semakin perlahan di China mungkin akan menjejaskan kita.

Setakat ini, Australia dan Indonesia telah mengalami sedikit kesan dari keadaan ekonomi China ini apabila China mengurangkan import bahan semulajadi.

Bagaimanapun, kita pasti kerajaan sedia maklum akan perkara ini dan akan mengambil langkah awal bagi mengelak sebarang kesan ke atas Malaysia.

PENGUNDI HANTU : ANWAR CUBA BERMAIN ISU TEKNIKAL!

Bayangkanlah apa perasaan penyokong-penyokong Anwar ketika ini setelah berhempas pulas, bertekak dan bergaduh sehingga tidak bertegur sapa dengan rakan dan jiran yang menyokong BN dalam PRU-13 lalu kerana percaya bahawa BN membawa lebih 40,000 pengundi hantu, tiba-tiba hari ini Anwar menafikan pula kisah yang dicanangnya sendiri.

Kita dapat membayangkan perasaan yang sama di kalangan mereka yang sanggup berkhemah dan berbaring di dalam jerebu semata-mata untuk menghalang majlis angkat sumpah, tetapi sudahnya Anwar mengangkat sumpah sebagai Ketua Pembangkang dengan penuh ceria dan bangga.

Bagaimanapun, tidak mustahil penyokong-penyokong Anwar adalah terdiri dari mereka-mereka yang buta tuli dan tidak merasa apa-apa. Tidak mustahil sebaik Anwar menyatakan beliau tidak pernah menuduh BN membawa masuk pengundi dari Bangladesh, maka secara otomatik juga otak penyokong-penyokongnya akan memadamkan sebarang maklumat mengenai perkara itu yang diterima mereka dari Anwar.

Namun, mungkin Anwar hanya ingin bermain sandiwara, mencuba-cuba taktik baru untuk membeli masa dan juga sedikit publisiti. Ini kerana, logiknya, tidak mungkin Anwar berani menafikan tuduhannya yang begitu jelas dan telah disiar di dalam media rasmi PKR dan juga blog peribadinya:

(Menurut Anwar, 16 penerbangan sehari dibuat dari Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu menggunakan pesawat jenis Jumbo dan C130 Hercules yang ditempah khas. “Berdasarkan pengiraan kami, 4,500 dibawa masuk ke KLIA setiap hari. Penerbangan dibuat kecuali pada 1 Mei, dan bermula 25 April lalu. Ini bermakna 40,000 individu ragu ada dan masih memasuki melalui KLIA, tak termasuk rakyat asing yang melalui jalan darat, pelabuhan dan fasiliti seperti LCCT,” kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.)
- Keadilandaily 2 Mei 2013
http://www.keadilandaily.com/anwar-dedah-jpm-terlibat-seludup-40000-pengundi-hantu/

(We also received information that these flights were made at the instruction of the Prime Minister’s Department and made through a letter signed by a minister. The facts that we have established so far are: The number of these flights, as many as 16 per day from East Malaysia primarily departing from Kuching and Kota Kinabalu as well as Sandakan, Miri and Sibu, with some flights using jumbo jets. The number of charter flights per day is more than even the number of charter flights during the Haj season.

Based on our calculations, as many as 4,500 people are being transported via the in-bound flights into KLIA each day. This has been taking place each day with the exception of May 1st, since April 25th. This means at least 40,500 dubious individuals have and are still entering via this method of chartered flights via KLIA. This does not include foreign nationals who are being moved through land routes and seaports or other airport facilities such as LCCT.

The points of arrival of these flights have been KLIA Sepang as well as Bayan Lepas and Senai. We also have information that military aircraft (C130 Hercules) are being used to bring in these phantom voters to land in smaller airports such as Batu Berendam and Ipoh.)

– Anwar Ibrahim Blog 2 Mei 2013 http://anwaribrahimblog.com/2013/05/02/press-statement-large-scale-movement-of-dubious-voters-by-air-transport-from-sabah-and-sarawak-to-peninsula-malaysia/

Dalam tuduhan Anwar di atas, beliau bukan sahaja menyatakan BN membawa masuk orang luar untuk mengundi, tetapi siap dengan cara kemasukan dan butiran serta tempoh penerbangan. Apa yang tidak dapat dibentangkan oleh Anwar hanyalah nama setiap seorang dan di mana mereka berada pada hari ini.

Namun, apa yang kita mungkin terlepas pandang ialah Anwar hanya memainkan isu teknikal. Hakikatnya, penafian Anwar benar iaitu beliau tidak menuduh BN membawa masuk pengundi dari Bangladesh, tetapi hanya menuduh BN membawa pengundi dari luar tanpa menyatakan warganegara mana. Yang membayangkan yang pengundi itu dari Bangladesh adalah media massa milik pembangkang termasuk laman-laman sosial dan juga penyokong-penyokong pembangkang di pusat pengundian.

Ini dilakukan dengan menyiarkan gambar warga Bangladesh sedang beratur di lapangan terbang dan juga memprovokasi mereka yang ‘berwajah’ Bangladesh di pusat-pusat pengundian sebelum menyebarkannya di media sosial.

Justeru, kita harus berhati-hati dengan Anwar yang amat gemar bermain dengan strategi teknikal. Apa yang Anwar lakukan pada PRU-13 lalu hanyalah untuk mencetuskan kekecohan dan seboleh-bolehnya ketegangan dan huru-hara yang besar sehingga dapat menjatuhkan kerajaan. Dan beliau boleh dikatakan berjaya untuk membuat kecoh sebentar sahaja. Kini semuanya sudah reda dan beliau juga sudah semakin tenggelam dan Anwar perlu mencari strategi baru untuk kembali duduk di dada akhbar.

Untuk itu, beliau nampaknya sudah berjaya juga, di mana hampir semua akhbar dan media sosial sedang memperkatakan tentang ‘U-turn’ yang dibuatnya. Bagaimanapun, akhirnya, yang bakal menentukan menang-kalah Anwar-BN dalam isu U-turn ini hanyalah perkataan ‘Bangladesh’.

Oleh itu, apa yang penulis ingin katakan ialah, Anwar Ibrahim tidak perlu dilayan. Tutup sahaja buku mengenai beliau dan juga pembangkang dan tumpukan kepada isu penting berkenaan mewujudkan projek untuk meningkatkan pendapatan negara agar tidak perlu lagi menekan golongan bawahan melalui pemotongan subsidi mahupun membebankan golongan sederhana dengan cara meningkatkan cukai pendapatan.

Kita percaya, sepertimana penyokong Anwar di era pemecatannya akhirnya kembali ke pangkal BN, penyokongnya hari ini juga sudah semakin menyedari akan tipudayanya dan mula meninggalkannya. Apa yang kita perlu lakukan adalah membijaksanakan BN bagi melonjakkan keyakinan rakyat.

Bercakap mengenai ‘kebijaksanaan’, sebenarnya ada perkara yang jauh lebih besar dari tipudaya Anwar Ibrahim dalam episod pengundi hantu ini iaitu, kelicikan DAP.
Sedarkah kita bahawa dalam kekecohan dalam mencari pengundi hantu ‘berwajah’ Bangladesh, semua pihak telah ‘dipaksa’ untuk terlepas pandang akan kemungkinan wujudnya pengundi hantu ‘berwajah’ Cina?

Ingatlah bahawa lonjakan jumlah undi majoriti di kawasan Cina adalah melampau-lampau yang tidak mustahil berkaitan dengan ‘kehilangan’ ribuan pelancong Cina di negara ini. Apa yang lebih meragukan ialah hampir setiap kekecohan yang timbul berkenaan pengundi hantu Bangladesh di pusat pengundian, dimulakan oleh orang-orang Cina. Orang-orang Cina jugalah yang begitu giat memainkan isu ini di laman-laman sosial melalui gerakan Red Bean Army. Penyokong pembangkang, orang-orang Melayu dan India pula hanya menyambutnya dan turut memperbesarkannya.

Jika apa yang diragui ini benar, maka semakin jelaslah bahawa Anwar Ibrahim juga adalah tidak lebih dari alat kepada DAP untuk menutup strategi sebenar dalam usaha melonjakkan undi parti rasis Cina itu.

MUSLIMAT PAS PULA MENENTANG ULAMA?

Walaupun Hadi Awang berkeras menafikan wujudnya perpecahan di dalam PAS antara golongan Ulama dengan Anwarinas tetapi semua orang tahu bahawa Hadi Awang hanya menipu diri sendiri dengan penafian itu.

Hadi cuba menuduh isu perpecahan hanyalah rekaan UMNO untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Hakikatnya, pertentangan antara golongan Ulama dengan Anwarinas bukanlah rahsia, malah merupakan pengetahuan umum bagi setiap rakyat Malaysia yang celik politik.

Perpecahan di dalam PAS menjadi semakin parah dengan timbulnya isu Kalimah Allah sehingga menyebabkan pemimpin PAS terpaksa berdolak dalih. Akhirnya, sehingga kini tiada siapa yang dapat menyatakan dengan jelas apakah pendirian PAS sebenarnya berkenaan isu ini.

Bagi menyemarakkan api yang sedang membara, Karpal Singh pula mengacah-acah PAS agar membuang sahaja nama Islam pada parti itu atas alasan parti berasaskan agama sudah tidak relevan lagi di Malaysia.

Apa yang berlaku menyebabkan golongan Ulama di dalam PAS semakin tercabar. Mereka menganggap Karpal sebagai sudah melampaui batas dengan cuba mencampuri urusan dalaman PAS. Bertitik-tolak dari itu, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib mencadangkan agar tahaluf siyasi PAS dalam Pakatan Rakyat dikaji semula atau dalam kata lain, mencadangkan PAS agar keluar dari pakatan.

Cadangan Datuk Harun tidak mengejutkan memandangkan kedudukan PAS ternyata semakin hari semakin lemah sejak bekerjasama dengan PKR dan DAP.
Ini terbukti dari keputusan PRU-13 yang memperlihatkan PAS mendapat kerusi yang semakin berkurangan selain tercorot dalam pakatan pembangkang. Selain itu, undi yang diperolehi PAS di dalam pilihanraya kecil sejak 2009 juga dilihat mengalami pengurangan secara agak konsisten, tidak kira sama ada PAS menang atau tidak dalam PRK tersebut.

Sekiranya keadaan ini berterusan tanpa ada apa-apa pembaikan tidak mustahil kedudukan PAS akan semakin parah dan lemah dalam PRU yang akan datang.
Bagaimanapun, Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusof telah tidak bersetuju dengan Datuk Harun. Beliau merasakan yang kedudukan PAS semakin kuat berdasarkan kedudukan Pakatan Rakyat.

Nampaknya, Siti Zailah benar-benar berpegang kepada kesepakatan yang jitu dengan PKR dan DAP dan tidak lagi melihat PAS sebagai satu entiti berasingan. Baginya, PAS, PKR dan DAP adalah satu, dan kedudukan DAP yang semakin kuat adalah juga kekuatan PAS.

Siti Zailah kemudian berhujah bahawa kerjasama itulah yang membolehkan PR menang di 4 buah negeri dalam PRU-2008. Beliau bagaimanapun tidak menyebut kekalahan satu dari negeri-negeri tersebut dalam PRU-2013. Beliau juga berhujah bahawa tahaluf siyasi ini berjaya kerana hari ini ramai di antara pemimpin PAS terlantik menjadi EXCO negeri berbanding sebelumnya

Kita tidak tahu sama ada Siti Zailah telah mendengar hujah Datuk Harun mengenai tahaluf siyasi perlu dikaji semula, tetapi kita pasti Siti Zailah telah benar-benar kemaruk kuasa sehingga tidak mampu mentafsirkan antara kekuatan dan kelemahan PAS.

Dari hujah Siti Zailah, kita melihat bahawa sekiranya PAS hanya mempunyai 1 kerusi sekali pun, tetapi jika PR menang dalam PRU serta melantik pemimpin PAS memegang beberapa jawatan, maka ia sudah merupakan satu kemenangan baginya.

Siti Zailah jelas terlupa bahawa perjuangan PAS, DAP dan PKR adalah berbeza. Jika PR menang PRU dengan PAS mempunyai jumlah kerusi tercorot, maka PAS tidak berhak untuk mengatur pemerintahan negara. Ini bermakna PKR dan DAP bebas mencorakkan pemerintahan menjadi negara liberal atau memperkenalkan pluralisme dalam beragama sepertimana hala tuju perjuangan mereka.

Apakah Siti Zailah sememangnya tidak punya masalah dengan hala tuju PKR dan DAP asalkan PAS dibenarkan memegang beberapa jawatan? Inikah yang Siti Zailah ingin katakan?

Jika benar, maka jelaslah bahawa golongan Ulama di dalam PAS kini merupakan golongan yang terpinggir, bersendirian dan mungkin mewakili segolongan kecil sahaja. Ini kerana PAS sebenarnya telah berubah hampir sepenuhnya.

Jika dulu PAS menganggap wanita sebagai kelas dua sehingga melarang mereka menjadi calon, tetapi hari ini wanita PAS bangun menentang Ulama.

Apakah komen Datuk Harun mengenai hujah Siti Zailah? Kita sama-sama tunggu dan lihat sama ada Ketua Dewan Ulama ini juga akan memusing kenyataan sendiri bagi menunjukkan yang PAS tidak punya masalah dalaman mahupun masalah dengan pakatan. Apa yang pasti, walau sejauh manapun mereka memusing dan memutarbelit kenyataan sesama sendiri, mereka juga yang akan pening akhirnya. Apabila mereka semakin pening, semakin ramailah yang akan meninggalkan mereka.

Thursday, 21 November 2013

MAT SABU WAJIB MENANG KALI INI!

ANTARA penyandang Timbalan Presiden, Mohamad Sabu atau Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah, siapakah yang bakal dipilih oleh para perwakilan Pas dalam pemilihan Muktamar Ke-59 pada 22 November ini?

Banyak pemerhati dari dalam dan luar Pas melihat sejak awal lagi ‘gerakan’ sebelum gelanggang persaingan Timbalan Presiden Pas dibuka, telah menampakkan bibit-bibit yang diragui. Ini boleh dilihat apabila Tuan Ibrahim Tuan Man tiba-tiba menarik diri ke persaingan jawatan nombor dua itu.

Persoalannya, mengapa perkara ini terjadi? Adakah bibit kekalahannya sudah dilihat oleh Tuan Ibrahim sendiri sebelum masuk ke gelanggang lagi?

Adakah juga mungkin Tuan Ibrahim gusar untuk ‘bertemu buku dengan ruas’ dengan Mat Sabu yang sudah bergelumang 30 tahun dalam Pas serta memiliki semangat waja.

Dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden ini, ramai melihat Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu memiliki banyak kelebihan.

Kalau diperhatikan, dalam usaha Pas untuk mengukuhkan kedudukan parti dalam kalangan parti pembangkang, Mat Sabu dilihat mempunyai komitmen yang cukup tinggi kepada pakatan pembangkang. Ini sehinggakan beliau terbukti telah menunjukkan prestasi membanggakan sejak dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Air Pulau Pinang beberapa tahun lepas dengan elaun lima digit sebulan.

Perkara ini menjadi jawapan mengapa Mat Sabu amat menyanjungi Lim Guan Eng (LGE) atas sifat keterbukaan DAP menerima pemimpin Pas.

Ini sekali gus menafikan tuduhan bahawa Guan Eng, juga DAP umumnya, tidak memberi ruang kepada pemimpin Pas.

Oleh hal yang demikian, amat penting Mat Sabu dikekalkan sebagai Timbalan Presiden demi kesinambungan tugas beliau dan hubungan yang begitu akrab dengan LGE, yang turut direstui Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Di sebalik konteks penyatuan UMNO-Pas, mereka yang menyanjung tinggi usaha penyatuan Melayu ini juga amat memerlukan Mat Sabu. Ini memandangkan Mat Sabu dilihat lebih liberal, terbuka dan mudah untuk dibawa berunding.

Khabarnya, Mat Sabu dan UMNO selalu berjumpa, berbincang dan bertukar-tukar fikiran. Cuma Mat Sabu ‘kelihatan baik’ dengan PKR/DAP untuk sekadar ‘dilihat’ mematuhi/mengikut rentak pengikut/pemimpin Pas demi populariti politik beliau. Sedangkan, hakikatnya Mat Sabu diakui penyokong kuat kerajaan perpaduan.

Siapa yang memulakan perkataan ‘Al******' yang ditujukan kepada Anwar Ibrahim, kalau bukan Mat Sabu. Dia telah bermusuh dengan Anwar sejak dari era Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) lagi. Ini lebih-lebih lagi apabila Anwar menyertai UMNO pada 1981.

Justeru, beliau cuma kelihatan menyokong Anwar/PKR sebab tak mahu dianggap menongkah arus. Lihat saja apabila Presiden Pas, Almarhum Ustaz Fadzil Noor menghulur tangan untuk membantu Anwar pada 1998 sehingga tertubuhnya GERAK, Mat Sabulah orangnya yang paling lantang menentang pendekatan tersebut. Inilah sebenarnya wajah Mat Sabu. Ini memudahkan untuk Pas bersatu dengan UMNO.

Berbanding Mat Sabu, Mohd. Amar berlatarbelakangkan ulama yang taksub dan agak ‘tertutup’ (dari segi pemikiran). Beliau juga dilihat sangat ‘kenegerian’. Di bawah Mohd. Amar, Kelantan yang diperintah Pas puluhan tahun pun tak ke mana. Sebaliknya Datuk Husam Musa lebih ‘bermaharajalela’.

Dari sudut pegangan agama Mat Sabu juga amat kuat. Justeru, ini tidak memungkinkan beliau akan menyokong Anwar yang didakwa terpalit dengan pelbagai ‘skandal’.

Suatu ketika kita pasti teringat bagaimana Mat Sabu telah difitnah kononnya dia ada hubungan dengan isteri orang sehingga ditangkap ‘khalwat’. Ini adalah fitnah semata-mata, sedangkan sebenarnya pada waktu itu beliau dikatakan berbincang program/aktiviti parti. Malah, Mat Sabu telah difitnah menerusi audio perbualan telefon dengan seorang wanita dengan menggunakan bahasa lucah.

Di samping itu, dalam kalangan sekutu pembangkang, PKR lebih selesa menjadikan Mat Sabu sebagai ‘ayam jantan’ untuk berkokok’ berbanding Mohd. Amar.

Bagi perebutan Naib Presiden pula, Tuan Ibrahim dijangka bakal berdepan cabaran sengit dengan kesemua penyandanganya, Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Mereka turut disertai oleh seorang calon veteran, Datuk Abu Bakar Chik, 63 bagi merebut tiga posisi Naib Presiden parti itu.

Dalam kalangan pesaing ini, Tuan Ibrahim dilihat mempunyai potensi besar untuk menang selain Husam dan Mahfuz.

Salahuddin pula bakal menempuh laluan sukar berikutan kekalahannya dalam pilihan raya umum di Johor walaupun Pas menambah kekuatannya di negeri kubu kuat UMNO berkenaan.

Abu Bakar Chik atau ABC pula meskipun suatu ketika merupakan pemimpin yang disegani, namun orang Pas hampir sudah melupakannya berikutan pergerakannya cuma terbatas di peringkat negeri sahaja. Namun begitu, jangan juga sesekali lupa, ketika beliau menjadi Ketua Pemuda Pas, timbalannya adalah Mat Sabu. Ini masa terbaik untuk ABC membalas balik jasa Mat Sabu.

Bagi seramai 61 orang calon yang bakal berentap merebut 18 tempat Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat, sekali imbas calon bukan ulama mendominasi pencalonan jawatan ini.

Ini termasuklah nama-nama besar seperti bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, Datuk Mujahid Yusof Rawa dan Dr. Dzulkefly Ahmad.

Pada peringkat Dewan Pas pula, hanya jawatan di Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat yang akan dipertandingkan apabila kesemua calon bagi Dewan Ulama menang tanpa bertanding.

Menyedari keperluan untuk memastikan Kerajaan Perpaduan diwujudkan, Mat Sabu mesti dimenangkan jawatan Timbalan Presiden. Laluan mudah mestilah disediakan kepada beliau.

Ini penting untuk membuktikan bahawa Mat Sabu masih relevan di samping membuktikan bahawa tuduhan Mat Sabu kalah di Parlimen Pendang, Kedah dalam PRU-13 baru-baru ini adalah disebabkan sabotaj oleh ahli-ahli Pas tidak benar!

Pas mesti berani berubah dan ‘mampu’ untuk mengabaikan ‘arahan’ Mursyidul Amnya yang tetap mahukan golongan agama menjadi Timbalan Presiden Pas.

Buktikan demokrasi masih subur dalam Pas dan tidak mudah ditentukan oleh seorang pemimpin sahaja. Mat Sabu WAJIB dimenangkan kali ini!

DATUK AHMAD FARIS ABDUL HALIM
Utusan Malaysia

PEKIDA PATUT SAMAN PORTAL FREE MALAYSIA TODAY

Portal pro-pembangkang, Free Malaysia Today (FMT) sejak kebelakangan ini begitu hebat ‘menyerang’ kumpulan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) yang disifatkan sebagai kumpulan gangster.

Malah melalui laporan yang dikeluarkan oleh portal tersebut, pelbagai soalan ‘cepu emas’ dibangkitkan seolah-olah ingin mewujudkan persepsi masyarakat kononnya pertubuhan itu kebal dari undang-undang dan terlibat dengan pelbagai siri jenayah seperti pau, kongsi gelap dan sebagainya.

Dari satu sudut, mereka dilihat kononnya ingin membersihkan nama Pekida, namun dari satu sudut pula mereka seakan-akan menyerang NGO tersebut tanpa disedari. Lihat sahaja komen-komen yang diberikan oleh pembaca artikel yang dikeluarkan, seolah-olah langsung tidak terkesan dengan penerangan yang diberikan oleh wakil-wakil pimpinan Pekida.

Nampaknya pembangkang telah mula melakukan satu serangan gerak saraf dengan menumpukan kepada mana-mana institusi, pertubuhan dan aktiviti yang melibatkan Islam, Melayu dan Raja. Malah untuk mewujudkan persepsi yang menyeluruh mereka turut dilihat menggunakan media an portal tertentu termasuk menggunakan warga asing yang berselindung atas nama kajian, laporan dan sebagainya

Contohnya, seorang warga Perancis, Sophire Lemiere baru-baru ini mendakwa hasil kajiannya yang dijalankan mendapati Pekida atau Tiga Line adalah merupakan satu rangkaian militan politik yang ditubuhkan bagi menghalalkan aktiviti tertentu. Malah dia turut menyifatkan simbol logo pertubuhan tersebut yang berwarna merah merujuk kepada darah, kuning bermaksud Raja-Raja Melayu dan hijau bagi melambangkan agama Islam.

Sophire juga turut mengatakan objektif utama penubuhan NGO itu adalah untuk mendapatkan kuasa, wang dan keuntungan.

Natijahnya, mereka yang tidak dapat melihat ‘gerakan perang saraf’ ini merasakan apa yang dilaporkan adalah benar. Sedangkan pada hakikatnya semua tuduhan yang dilemparkan ke atas Pekida adalah merupakan persepsi, andaian dan sangkaan semata-mata.

Menurut Penasihat Pekida, Wilayah Persekutuan, Datuk Paduka Hamzah Daud Pekida adalah merupakan satu kumpulan berdaftar yang telah wujud sejak tahun 1967 lagi. Malah sebelum diiktiraf menjadi ahli Pekida, seseorang individu itu perlu melakukan sumpah bai’ah (ikrar taat setia) untuk menjaga adat, keturunan, budaya, agama, bangsa dan negara. Manakala gelaran ‘Kumpulan 30′ itu sebenarnya diambil daripada jumlah 30 juzuk al-Quran, membawa maksud kami berjuang berlandaskan agama.

Selain melakukan kerja kebajikan termasuk membina rumah anak yatim di Bentong, Pahang, pertubuhan itu turut membantu menyelamatkan anak-anak Melayu daripada terus hanyut ke dalam kesesatan. Semua ahli digerakan secara sukarela tanpa menerima sebarang gaji atau elaun. Beliau turut menegaskan Pekida tidak mendapat bantuan kewangan daripada sesiapa.

Kesimpulannya, Pekida seharusnya memandang serius akan perkara ini, demi untuk membersihkan nama pertubuhan itu dari terus dikaitkan dengan kegiatan jenayah dan sebagainya. Pihak editorial FMT juga perlu dipertanggungjawabkan di atas tindakan mereka yang semakin mengeruh keadaan dengan mewujudkan persepsi buruk masyarakat.

Atau apakah ia sebenarnya merupakan satu gerakan terancang untuk menyerang dan melemahkan orang Melayu sekali gus institusi Raja-Raja? Hanya sekadar renungan, fikir-fikirkan.

PAS-DAP MUSUH TRADISI SALING MEMBENCI

Riuh rendah sekampung pasal cadangan DAP untuk membubarkan parti berbentuk perkauman atau keagamaan seperti PAS sudah sampai kemuncak yang menggoncang keutuhan pakatan pembangkang. Kesalahan harus terletak di bahu pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh yang terkenal dengan keceluparan mulutnya.

Inilah yang menjadi masalah pemimpin-pemimpin pembangkang yang suka bercakap tanpa menggunakan akal mereka. Ini ditambah pula dengan sikap mereka yang cakap tak sama bikin, suka berjanji kepada rakyat tetapi tidak menggotakan apa dijanjikan. Sifat hentam keromo pemimpin pembangkang yang bercakap tanpa berlandaskan fakta menjadi antara kelemahan utama mereka. Kerana itulah rakyat amat bijak memilih Barisan Nasional untuk terus menerajui negera oleh kerana ketidakyakinan mereka terhadap kemampuan pembangkang.

Lihat saja kenyataan anak ketua umum PKR, Nurul Izzah Anwar yang bercakap mengenai soal keselamatan negara seolah-olah kapasiti otaknya amat kecil atau mungkin tidak wujud sama sekali. Mendedahkan rahsia kerajaan sememangnya kegemaran pembangkang kerana mereka mahu melihat negara ini huru hara dan dijajah semula oleh kuasa asing.

Nurul yang menyentuh mengenai dakwaan kehadiran lebih 30 anggota khas atau Special Branch PDRM di kota London mencerminkan ketidakmatangan beliau sebagai ahli politik. Malah rasa syoknya untuk mendedahkan kepada umum mengenai tugasan anggota keselamatan negara mencerminkan bidalan Melayu, 'bapak borek anak rintek'.

Kalau si bapa menyokong kewujudan rejim Zionis Israel si anak pula menyokong orang Melayu menjadi murtad. Itulah mentaliti kebanyakan pemimpin parti pembangkang yang sebenarnya tidak bijak dan lebih pandai cakap kosong dan beretorik semata-matanya.

Apabila mereka membuka mulut tempayan mereka, sama ada kata-kata yang dihemburkan adalah dalam bentuk fitnah, tohmahan atau sesuatu yang tidak langsung masuk akal. Perbuatan mereka juga menuruti budaya 'otak letak di lutut' kerana politik yang diamalkan mereka hanya menjurus kepada kerugian kepada agama, bangsa dan negara. Pembangkang akan mendedah apa sahaja termasuk soal keselamatan nasional jika ia boleh meraih keuntungan sokongan politik dan undi untuk mereka.

Begitu juga yang berlaku sekarang di antara PAS dan DAP yang sedang bertikam lidah mengenai cakap lepas Karpal yang tersinggung dek sekutunya itu. Dulu dalam lewat tahun 1980an Karpal juga celupar dengan kenyataan 'langkah mayat saya dulu' berhubung cadangan PAS untuk menubuh Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

Pepatah Inggeris menyifatkan hubungan PAS-DAP ini sebagai 'no love lost' kerana sesungguhnya kedua-dua parti sememangnya membenci antara satu sama lain. Bukan disebabkan berlainan ideologi politik kerana itu adalah lumrah dunia politik.

PAS membenci DAP sejal azali kerana dap mahu hapuskan hak-hak bangsa Melayu dan mengeluarkan Malaysia daripada sebuah negara Islam kepada sistem republik yang berkiblatkan Kristian. DAP pula membenci PAS kerana perjuangan untuk menubuhkan Negara Islam dan pelaksanaan hukum syariah bermakna slogan "Malaysian Malaysia" parti itu akan berkubur dan lenyap.

Maka apabila PAS dan DAP bersetuju bergabung di bawah panji Pakatan Rakyat di bawah tipu helah Anwar Ibrahim, penyokong pembangkang terpinga-pinga bagaimana pemimpin PAS yang dilihat agak cerdik juga boleh tertipu bulat-bulat oleh Sang Anwar. Kini selepas lima tahun bersama DAP dan PKR baru Pas sedar dan merasai bahang panas yang membakar dirinya sendiri hasil perkongsian hidup dengan dua madu!

Elok sajalah PAS keluar dari kerjasama tripartite yang selama ini menjadi igauan menghantui parti itu. Sebenarnya itulah saja jalan yang perlu ditempuh olehnya jika ia mahu menjaga integriti sebagai sebuah parti berlandaskan perjuangan nilai-nilai Islam.

Tinggi status dan martabat kerana ia menjunjung agama Tauhid boleh tunduk dan berada di bawah tapak kaki sebuah parti yang menyokong fahaman liberalisme dan budaya LBGT dan satu lagi anti-Islam dan anti-Melayu. Jawapannya hanya apa pada pemimpin dan ahli-ahli Pas kerana selain daripada mereka hanya bertindak sebagai pemerhati atau paling tidak sekadar memberi nasihat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...