Pages

Thursday, 31 October 2013

AMANAT USTAZ AZIZAN MENGGERUNKAN PAS DI SUNGAI LIMAU

Pendedahan surat yang dikatakan ‘Amanat Ustaz Azizan’ benar-benar merisaukan jentera Pas di Sungai Limau apabila dilihat semakin mendapat perhatian pengundi yang rata-rata merupakan sanak saudara kepada mantan Menteri besar Kedah itu.

Surat yang ditulis oleh saudara ustaz Azizan, Haji Syukri Haji Ismail agar para penyokongnya untuk tidak mengundi Pas, PKR dan DAP kerana boleh di ibarat sebagai mengkhianati Islam. Ini kerana menurut Haji Syukri amanat tersebut diberikan kepadanya 3 minggu sebelum ini Ustaz Azizan menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Walaupun ada di kalangan pengikut Pas tegar yang mengatakan ia adalah merupakan propaganda kempen Bn/Umno, namun rata-rata mereka yang rapat dengan Ustaz Azizan pasti mengetahui sama ada surat tersebut benar atau palsu.

Ini kerana sebelum ini, Ustaz Azizan pernah berulang kali menyuarakan hasrat hatinya yang dikatakan terkilan dengan perjuangan Pas. Ini kerana sejak bergabung dengan PKR dan DAP, Pas dilihat mula menyimpang dari landasan Islam yang sebenar.

Contohnya isu kalimah Allah yang jelas membuktikan parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu terpaksa tunduk dan akur dengan kehendak DAP dan PKR demi kerana sokongan masyarakat bukan Islam. Malah hanya kerana itu juga Pas sebelum ini terpaksa menggadaikan asas dan dasar perjuangan yang selama ini menjadi tonggak perjuangan semenjak parti itu ditubuhkan.

Kesimpulannya, perjuangan Pas tidak lagi seperti awal penubuhannya yang mahu mengangkat Islam ke tahap yang tertinggi. Berikut adalah kenyataan penuh ‘Amanat Ustaz Azizan untuk renungan bersama.

TEMBAK PEGAWAI BANK : KAWALAN PRIMA SDN BHD DIHARAMKAN

Semua operasi syarikat penyedia pengawal keselamatan yang menembak mati seorang pegawai bank dalam satu rompakan minggu lalu, diharamkan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata syarikat kawalan keselamatan iaitu Kawalan Prima Sdn Bhd, boleh didakwa di mahkamah sekiranya mereka masih menjalankan perkhidmatan kawalan keselamatan berkenaan.

“Pagi tadi (Khamis), setiausaha jabatan keselamatan dan ketenteraman awam telah pergi ke ibu pejabat firma berkenaan dan cawangannya bagi memastikan tiada lagi operasi dijalankan oleh pihak mereka.

“Pihak kementerian mengklasifikasikan sebarang operasi yang dijalankan syarikat itu sebagai haram dan akan mendakwa mereka di mahkamah sekiranya mereka tidak mengendahkan arahan berkenaan,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Khamis.

Ahnad Zahid turut mengesahkan senjata yang digunakan oleh pengawal keselamatan tersebut telah dirampas oleh pihak kementerian dan kenyataan bertulis serta pemberitahuan rasmi akan dimaklumkan kepada pelanggan firma berkenaan.
“Mereka akan dimaklumkan mengenai perkara ini, dan tindakan undang-undang akan diambil sekiranya mereka meneruskan perkhidmatan syarikat kawalan keselamatan tersebut,” katanya.

Beliau menambah, syarikat kawalan keselamatan berkenaan telah tiga kali melanggar undang-undang kerana mengambil pekerja warga asing sebagai pengawal keselamatan dengan beberapa orang daripadanya memiliki rekod jenayah.
Dalam kejadian 22 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai Ambank iaitu Norazita Abu Talib, 37,  ketika merompak cawangan bank berkenaan dalam kejadian di Jalan USJ 2, Subang Jaya, Selangor.
Pengawal keselamatan itu yang sebenarnya bertugas di bank lain, hadir bertugas di Ambank cawangan tersebut bagi menggantikan orang lain yang tidak datang bekerja. – Mstar.

BANTU POLIS CARI INDIVIDU INI!

Polis sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kejadian samun ke atas seorang peniaga, minggu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa berusia 62 tahun disamun empat lelaki ketika dalam perjalanan ke kedainya di tepi Jalan Gopeng, mengakibatkannya kerugian kira-kira RM6,000.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, hasil gerakan bersepadu dijalankan, dua daripada ahli kumpulan berkenaan berjaya ditahan dan polis sedang mengesan dua lagi rakan mereka.

Menurutnya, dua individu berkenaan dikenali sebagai K Raguvaran, 22, yang beralamat terakhir di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Changkat dan rakannya, S Mathekumar, 21, yang tinggal di Taman Bandar Baru Puspa bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

“Kumpulan ini dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya tiga kes dengan modus operandi sama di sekitar kawasan ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kes berkenaan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Redha Pahlawi Abd Malek di talian 05-3629222 atau terus menghubungi 013-7717645,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Shaharon Anuar berkata, pihaknya turut mengesan Safiuddin Hashani, 23, bagi membantu siasatan kes rogol pelajar berusia 14 tahun, tahun lalu.

Katanya, Safiuddin berasal dari Taman Hijau Bemban di sini, dikesan bekerja sebagai buruh binaan di Perlis dan dipercayai masih berada di negeri itu.

Mereka yang mengetahui di mana Safiuddin diminta segera menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah di talian 05-03629222.

Orang ramai juga boleh menghubungi balai polis berhampiran atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Suriyantee di talian 017-4000950 bagi membantu siasatan.

Sinar Harian

BUKTI MEDIA PAKATAN RAKYAT TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP ISU KALIMAH ALLAH

Nampaknya, media pro-pembangkang terus cuba menghangatkan isu Kalimah Allah walaupun ia telah dibawa ke mahkamah. Keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada The Herald telah membuka ruang kepada pembangkang untuk terus mempolitikkan isu tersebut. 

Mungkin bimbang yang isu ini bakal tenggelam, maka pembangkang menggunakan strategi yang lebih kasar, iaitu melaga-lagakan pemimpin BN sesama sendiri. 

Untuk itu, laman Free Malaysia Today, Malaysian Insider dan beberapa portal, blog termasuklah laman-laman sosial peribadi pihak pro-pembangkang telah memainkan berita kononnya Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud, telah menempelak Perdana Menteri, Najib Razak mengenai isu Kalimah Allah. 

Menurut laporan mereka, Taib Mahmud telah ‘mengajar’ Najib mengenai politik secara matang di dalam Kongres PBB semalam. Kononnya, Taib Mahmud juga merujuk kepada rakyat di Semenanjung sebagai ‘bodoh’ sambil menunjuk ajar Najib mengenai hidup bertoleransi. 

Kata Taib, “Kita di Sarawak, tidak ada isu. Kita hidup di kalangan berbagai bangsa dan agama selama berdekad-dekad, sebelum tertubuhnya Malaysia lagi.”

Nampaknya, pembangkang cuba membunuh dua ekor burung dengan sebiji batu. Pembangkang yang tidak pernah menyebelahi Taib Mahmud, dilihat cuba mengenakan Najib dan Taib Mahmud sekali gus melalui laporan yang tidak bertanggungjawab tersebut. 

Mereka yang ‘bodoh’ yang dimaksudkan oleh Taib Mahmud ialah mereka yang tidak faham akan fakta kes Kalimah Allah di mahkamah. Hakikatnya, kes tersebut adalah bersifat terhad atau terpencil iaitu mengenai pengedaran The Herald di Semenanjung. 

Kes itu langsung tidak melibatkan Sabah dan Sarawak di mana segala amalan pihak Kristian di kedua negeri ini sejak berdekad-dekad lalu, boleh diteruskan seperti biasa. Malah, semua risalah dan kitab Kristian di kedua negeri itu juga tidak terlibat dalam keputusan tersebut. 

Justeru, tidak ada sebab bagi mana-mana pihak di Sabah atau Sarawak untuk melompat atau meroyan mengenainya. Taib Mahmud cukup memahami perkara ini sepertimana yang ditekankannya mengenai toleransi yang telah wujud sekian lama. 

Namun, media pro-pembangkang telah dengan sengaja tidak mengambilkira fakta kes, membesarkan isu, memanipulasi dan mengalih makna kata-kata Taib Mahmud sebagai berbentuk ‘serangan’ atau ‘sindiran’ terhadap Dato’ Seri Najib. 

Tindakan ini membuktikan betapa media pro-pembangkang sangat tidak bertanggungjawab serta tidak professional dalam menjalankan tugas. 

Ia juga membuktikan bahawa pembangkang sememangnya berniat jahat dan tidak jemu-jemu mencuba untuk mencetuskan ketegangan dan huru-hara di dalam negara. 

Atas dasar ini, rakyat Sabah dan Sarawak wajar menolak pembangkang mentah-mentah kerana apa yang dilakukan mereka bukanlah perkara kecil. Dengan bermain dengan isu agama, pembangkang sebenarnya bermain dengan kehidupan dan nyawa kita semua. Jangan kita sekali-kali lupa bahawa pembangkang telah pun membuktikan sejauh mana mereka sanggup lakukan demi kuasa, antaranya ialah insiden Lahad Datu. 

Kita boleh menolak terjadinya ketegangan kaum dan agama di dalam negara hanya dengan mengambil sikap tidak menghiraukan pembangkang. Jangan pedulikan hasutan mereka dan jangan terpengaruh dengan laporan media mereka yang penuh dengan agenda tersirat yang jahat. 

Seperti kata Taib Mahmud, kita telah hidup dalam harmoni selama berdekad-dekad. Hanya orang-orang bodoh sahaja yang akan terpedaya dan bangkit melakukan kemusnahan seperti yang diinginkan pembangkang. 

Dan kita percaya, rakyat Sabah dan Sarawak tidak sebodoh penyokong pembangkang di Semenanjung yang sanggup berdemo, merusuh, mengganas serta berguling di jalanraya semata-mata untuk memusnahkan negara. 

LAGI PEGAWAI KESELAMATAN BERSENJATA MEROMPAK! APA NAK JADI NI?

Seorang pengawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City Mall, dekat Setapak pada Khamis.

Rompakan berkenaan berlaku pada pukul 9 pagi dan sumber polis mengesahkan suspek merupakan rakyat Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Khairi Ahrasa mengesahkan insiden berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan berkata tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan.

Beliau berkata suspek merupakan pengawal keselamatan peribadi kedai emas berkenaan.

Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank Norazita Abu Talib selepas dia membuka pintu bilik kebal sebuah bank di Subang Jaya.

Suspek berjaya melarikan diri dengan wang rompakan berjumlah RM450,000 daripada bilik kebal bank berkenaan.

Bagaimanapun, polis berjaya menemui semula wang bernilai RM20,000 selepas menahan tiga ahli keluarga suspek dan usaha mengesan pengawal keselamatan berkenaan masih giat dijalankan.

Suspek juga dilaporkan menggunakan kad pengenalan palsu dengan menggunakan alamat terakhir di Tawau, Sabah.

mStar

CELAKA! HINAAN KEPADA NABI MUHAMMAD DAN AL-QURAN YANG AMAT MELAMPAU!

Amalan menghormati pegangan agama orang lain, sewajarnya dipegang dan dijadikan landasan untuk memastikan keharmonian, perpaduan dan kerukunan sesebuah negara. Amalan dan pegangan agama yang berbeza tidak bererti putus hubungan silaturahim sesama manusia. Namun, sejak kebelakangan ini, amalan tersebut tidak dijadikan pegangan malah pola-pola menghina agama lain khususnya agaam Islam, telah menjadi virus dan wabak yang tidak dapat dibendung. 

Media sosial dijadikan alat untuk menghina dan mencerca agama lain hinggakan mencetus rasa tidak senang dan ketegangan agama yang berlarutan. Malah, mungkin akan menambahkan lagi ketidakstabilan dan perpaduan dalam negara.

Satu petikan akaun twitter Queen Mutia Dewi yang dipercayai warganegara Indonesia  dan beragama Kristian mencerca dan menghina Nabi Muhammad S.A.W DAN Kitab Suci Islam Al-Quran dengan kata-kata yang tidak wajar bagi penganut agama lain menyebutnya. Malah menuduh Allah hanyalah khayalan. Begitu juga pengunaan Kalimah Allah oleh penganut agama Kristian akan mencetuskan kekeliruan yang akan berlarutan.


Amat menyedihkan kerana ada penganut agama lain yang tidak memahami agama Islam tetapi bercakap tentang Islam. Jika tidak tahu dan tidak faham, wajar bertanya kepada yang arif dan bukannya menuduh dan mencerca pegangan agama Islam. Fikiran yang dangkal dan kurang ajar ini tidak harus berlaku. Jika perkara ini berlarutan dan merebak, hampir pasti pertelagahan antara agama akan berlaku dan mungkin melibatkan pertumpahan darah. Moga-moga dijauhkan..

INFOGRAFIK : KADAR PENEMBUSAN INTERNET DI MALAYSIA

Kadar penembusan internet di Malaysia telah pun melangkaui angka 67.1%, sekaligus masih lagi dalam sasaran untuk mencapai sasaran yang ditetapkan pada tahun 2015.

Sebelum ini, Malaysia mensasarkan untuk mencapai kadar penembusan internet sebanyak 75% menjelang tahun 2015 kelak. Selain daripada itu, ia juga turut disasarkan yang mana seluruh Malaysia akan mula menggunakan IPv6 pada penghujung tahun hadapan.

Inilah kadar penembusan internet di negara ASEAN.



DAP TOLAK CHRISTOPHER "ZAIRIL"LIM

Kemelut parti DAP nampaknya menemui jalan buntu kerana kepimpinan parti enggan mengakui kesalahan sendiri. Langkah yang diambil untuk menangani masalah yang berlaku pula langsung tidak menyelesaikan apa-apa tetapi hanya menambahkan lagi kekusutan. 

Masalah yang dihadapi DAP sebenarnya bukanlah sukar untuk difahami. Ia bermula apabila ahli-ahli dan pemimpin bawahan tidak puas hati kerana pemilihan CEC tidak telus. Apabila masalah awal ini tidak diatasi, tetapi meneruskannya dengan melantik pula mereka-mereka yang menang dengan cara kontroversi itu memegang atau mengambil-alih jawatan orang lain yang dilantik secara demokrasi, maka api yang membara mula merebak dan menyala. 

Inilah yang berlaku di Kedah, di mana Christopher Zairil Lim telah dilantik menjadi Pengerusi DAP Kedah bagi menggantikan Lee Guan Aik tanpa sebab musabab yang konkrit. Tiada siapa di dalam DAP Kedah yang rapat dengan Christopher dan jasanya di dalam parti juga masih belum terbukti. Perlantikan Christopher adalah sesuatu yang tidak masuk akal sama sekali. 

Akibatnya, DAP Kedah kini bergolak dengan perasaan tidak puas hati dan berang terhadap kepimpinan. 

Namun, seperti sebuah parti diktator tulen, kepimpinan DAP bukan sahaja enggan melayan perasaan mereka ini tetapi menyifatkan mereka sebagai tidak rasional kerana mempersoalkan keputusan kepimpinan. Malah, Guan Aik juga dipersalahkan atas alasan tidak menghalang perlantikan Christopher Zairil sejak dari awal. 

Enggan melayan aduan dan rungutan ahli-ahlinya, kepimpinan DAP bertindak menubuhkan dua jawatankuasa bagi menangani masalah negeri-negeri secara berasingan. Negeri Kedah, telah diletakkan di bawah seliaan Tony Pua yang turut bertanggungjawab ke atas Perlis, Pulau Pinang dan Perak. 

Tindakan ini, bagaimanapun dilihat oleh DAP Kedah sebagai bukti sikap ‘tidak berhemah’ Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agong parti. Guan dituduh sebagai sengaja mengelak dari berhadapan dengan masalah yang diciptanya sendiri. Lebih teruk ia juga dilihat sebagai cubaan Guan Eng untuk menguasai terus pentadbiran peringkat negeri. 

Tidak tahan dengan apa yang berlaku, Guan Aik nekad untuk membawa permasalahan parti ke ROS Kedah. 

Guan Eng nampaknya telah tersilap perhitungan. Sangkanya, ahli-ahli dan pemimpin bawahan DAP adalah hamba sahayanya yang akan akur terhadap apa jua keputusannya tanpa banyak soal. Sangkanya mereka semua boleh dikerah sesuka hati sebagaimana Maharaja Cina mengarahkan pembinaan tembok besar. Inilah masalahnya apabila merasakan diri sendiri To’kong. 

Strategi Guan Eng untuk menipu orang-orang Melayu di Kedah dengan melantik Christopher Zairil sebagai Pengerusi nampaknya memakan diri. Orang-orang Melayu tidak tertipu tetapi orang-orang Cina DAP pula yang makan hati. 

Christopher Zairil bukan seorang Melayu dan semua orang-orang Melayu Kedah sudah cukup maklum akan perkara ini. Siapa yang akan lupa bagaimana ibu Christopher Zairil merebut harta peninggalan isteri pertama bapa tiri Christopher iaitu Tan Sri Khir Johari, di mahkamah. Christopher hanyalah anak tiri Tan Sri Khir Johari dan tidak punya setitik pun darah Melayu dan semua orang Kedah sudah tahu perkara ini. 

Kini, strategi licik ini membawa kepada masalah yang lebih besar. Sekali lagi DAP berkemungkinan berhadapan dengan ROS di peringkat negeri. Sedangkan, di peringkat pusat juga keadaan nampaknya bakal membawa ke arah yang sama. 

Jelas di sini bahawa Lim Guan Eng bukanlah seorang pemimpin yang bijak dan jauh sekali seorang pemimpin yang baik. Beliau yang terlalu angkuh dan bongkak sering membuat keputusan yang salah akibat gemar menganggap orang lain bodoh. Sedangkan yang bodoh adalah dirinya sendiri kerana tidak memahami bahawa orang tamak itu selalunya rugi dan orang sombong itu selalunya dibenci. 

Entah bila Guan Eng akan menyedari bahawa satu-satunya cara untuk menyelesaikan semua masalah partinya ialah dengan mengaku kesalahan sendiri dan meminta maaf ataupun lebih baik lagi - berhenti.

Wednesday, 30 October 2013

COMANGO : PAS JADI MUSANG BERBULU AYAM!


Harakahdaily semalam melaporkan kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad yang menyeru NGO Islam agar membantah tuntutan COMANGO. Katanya, “Tanpa mengira latarbelakang politik mahupun ideologi, marilah kita memahami dan mendalami keindahan Islam dengan betul.”

Di akhir kenyataannya, beliau juga mendesak kerajaan Malaysia mengambil serius isu ini dan bekerjasama dengan NGO Islam untuk menghadapi COMANGO. 

Menarik sekali kerana Kamaruzaman tidak pula menyebut PAS secara spesifik tetapi hanya membayangkan yang semua yang di pihak Islam perlu terlibat dalam menentang COMANGO. 

Antara kandungan kenyataannya, Kamaruzaman sendiri telah menggariskan bahawa antara perkara penting yang perlu dipertahankan ialah perlembagaan berkaitan Enakmen Jenayah Syariah dan Artikel 152 berkenaan hak Melayu selain pengharaman Syiah serta penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian. 

Justeru, kita hairan, apa sudah jadi dengan sikap PAS yang gemar manjadikan Islam itu sebagai milik-persendirian parti mereka? Apa sudah jadi dengan tuduhan PAS bahawa kerajaan UMNO tidak Islam? Apa sudah jadi dengan tuduhan bahawa perlembagaan negara adalah perlembagaan kafir? Kenapakah PAS mengharapkan kerajaan UMNO ke hadapan, dan juga NGO? Kenapakah PAS malu-malu untuk mengambil kredit secara ‘borong’ dalam kes ini dengan berdemo besar-besaran? 

Jika PAS boleh berdemo untuk kes liwat Anwar, berdemo untuk menentang Lynas, berdemo untuk BERSIH, Himpunan Kebangkitan Rakyat, Blackout, Royalti Minyak dan entah apa-apa demo lagi, sehingga sanggup mengganas dan berguling-guling bergadai nyawa anak isteri dan ibu bapa, maka seharusnya isu tuntutan COMANGO ini mendapat reaksi yang jauh lebih hebat lagi dari semua demo itu. 

Bukan kita menyokong demonstrasi, cuma reaksi sebegitu tentu lebih menepati laungan riak dan takbur PAS sebagai ‘pejuang Islam’ yang tulin. 

Sikap yang diambil oleh PAS mengenai tuntutan COMANGO menyamai sikap yang diambil mereka ketika menghadapi isu murtad di Selangor. Iaitu ‘segan’ untuk ke hadapan bagi menentang secara lantang. 

Mungkin Kamaruzaman terlepas pandang bahawa PAS juga tidak begitu konsisten dalam mempertahankan Kalimah Allah dan PAS pada satu ketika cukup nekad menyokong perjuangan DAP untuk menghapuskan hak-hak Melayu atas alasan ‘perkauman’. 

Atau mungkin juga Kamaruzaman sebenarnya tidak terlepas pandang tetapi cukup sedar bahawa PAS tidak boleh ke hadapan dalam membela Islam dalam isu ini kerana dikhuatiri akan menyinggung perasaan DAP dan juga para gay, lesbian dan pondan di dalam PKR. 

Justeru, tidak hairanlah Kamaruzaman menolak para NGO dan UMNO ke hadapan, sementara PAS hanya menonton di belakang. 

Apa yang berlaku membuktikan bahawa perlembagaan Malaysia dan kerajaan Malaysia tidak pernah menolak Islam seperti yang dituduh oleh PAS. Malah, perlembagaan yang digubal UMNO itulah yang memelihara dan menjulang kedudukan agama Islam sekali gus mempertahankan hak umat Islam di negara ini. 

Oleh itu, ada baiknya sebelum Kamaruzaman membuat apa-apa kenyataan mengenai COMANGO, beliau terlebih dahulu mengaku akan hakikat ini dan meminta maaf atas keterlanjuran PAS memusuhi UMNO. Islam itu bermula dari diri sendiri iaitu dengan berjihad menentang iblis di dalam hati. Hanya dengan cara itu, kita akan dapat bersatu dan mempunyai kekuatan untuk menentang COMANGO dengan lebih yakin. 

MAHFUZ AKAN DIPECAT KALAU PAS KALAH DI SUNGAI LIMAU


Selain dari calon yang bertanding, rupanya ada lagi orang yang risau sekiranya Pas GAGAL mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau. Melalui maklumat yang diterima pagi ini, antara yang paling pening kepala sekiranya Pas kalah ialah Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar.

Ini kerana, kegagalan Pas mempertahankan kubu kuat mereka akan menjadi satu tamparan hebat buat Mahfuz yang sebelum ini bersungguh-sungguh melobi untuk jawatan Pesuruhjaya.

Malah mengikut sumber dalaman, antara yang mahu memastikan parti itu kalah ialah bekas Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas, Negeri Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi. Ini kerana Phahrolrazi yang sebelum ini bersekongkol dengan Mahfuz untuk menjatuhkan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak kecewa apabila dengan tindakan ahli Parlimen Pokok Sena itu yang dikatakan mengkhianati dirinya.

Phahrolrazi sebelum ini, dikatakan turut mengidamkan jawatan sebagai Pesuruhjaya Negeri merasakan tertipu dengan gerakan licik yang dimainkan oleh Mahfuz. Atas sebab itu, Phahrolrazi merasakan PRK Sungai Limau adalah merupakan kesempatan terbaik untuk meminta Pas pusat merombak kembali kepimpinan negeri.

Di saat jentera Pas sedang berhempas pulas memperhebatkan jentera kempen, kumpulan Phahrolrazi dikatakan sedang sibuk mengerakkan jentera mensabotaj parti dari dalam.

Malah atas sebab itu juga, Mahfuz sanggup menggunakan pendekatan untuk menipu pengundi bagi menarik sokongan. Sebagai contoh, pada permulaan kempen jentera Mahfuz telah menggunakan gambar ‘superimposed’ untuk berbohong kononnya calon Pas rapat dan sering mengadakan perjumpaan dengan Ustaz Azizan.

Seterusnya dia kantoi menipu lagi apabila cuba menggunakan bapa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Sri Jamil Khir Baharom kononnya mendoakan agar BN/Umno kalah di Sungai Limau. Namun apabila diperiksa semula, nyata ia hanyalah propaganda kempen untuk menarik simpati pengundi.

Dan yang terbaru, Mahfuz jelas terdesak apabila cuba menipu dengan menggunakan isu susu tamat tempoh untuk menipu rakyat yang kononnya diberikan oleh jentera BN/Umno di Pusat Daerah Mengundi Sungai Dedap. Namun setelah diteliti, aduan tersebut rupanya dicipta oleh kakitangan Harakahdaily.

Dengan pelbagai siri pendedahan pembohongan Mahfuz ini, sudah cukup membuktikan betapa jentera parti itu yang semakin terdesak.

Kesimpulannya, Mahfuz akhirnya sedar tindakannya untuk melobi jawatan Pesuruhjaya tanpa mendapat sokongan para pemimpin negeri bakal merosakkan imejnya sekali gus merosakkan peluangnya untuk mempertahankan jawatan sebagai Naib Presiden Pas.

Inilah yang dinamakan, kehidupan ini ibarat roda yang berpusing. Nampaknya semua gerakan jahat yang pernah dilakukannya untuk menyingkirkan Ustaz Azizan suatu ketika dahulu mula memakan diri. Bak kata pepatah bangkai gajah masakan boleh ditutup. Ini kerana lambat atau cepat, semua kejahatan yang pernah dilakukan pasti akan diketahui juga.

Pesanan kepada Mahfuz, bersedialah untuk dipecat sekiranya GAGAL mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau.

SUSPEK KES BUNUH DIREMAN!

Suspek utama kes bunuh seorang lelaki warganegara China yang ditemui mati di rumah teman wanitanya dekat Taman Mawar Indah, Triang direman tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Kes itu turut mendapat liputan akhbar Singapura kerana suspek adalah pemandu teksi warganegara Singapura yang berkahwin dengan wanita Cina tempatan.

Suspek yang berusia 47 tahun menyerah diri kepada polis di Kuala Lumpur kelmarin dan dibawa ke Mahkamah Majistret Temerloh jam 9 pagi semalam untuk direman.

Suspek yang bersahaja keluar dari mahkamah sambil tersenyum dan sempat menasihati seorang petugas media supaya berhati-hati ketika jurugambar terbabit hampir terjatuh terlanggar pasu ketika mengambil gambarnya.

Pada 13 Oktober lalu, seorang warga China berusia 30-an yang bermalam di rumah teman wanitanya ditemui mati dibunuh dipercayai dilakukan oleh suami teman wanitanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, wanita terbabit juga cedera parah dan dirawat di hospital manakala dua anaknya tidak dicederakan.

Lelaki warga China itu bermalam di rumah teman wanitanya sebelum diserang dengan senjata tajam oleh suami wanita itu yang pulang ke rumah tidak lama kemudian.

Dipercayai wujud pertelingkahan dan pergaduhan menyebabkan suami wanita itu bertindak luar kawalan sehingga menyebabkan kematian.

Sinar

SUDAH TIBA MASA SUNGAI LIMAU #BeraniHijrah

Pekan Sungai Limau di dalam daerah Yan, Kedah sudah begitu sinonim dengan PAS. Sejak Almarhum Tan Sri Azizan Razak memenangi kerusi DUN tersebut pada 1995, kawasan itu bagai tidak boleh ‘ditembus’ lagi oleh Barisan Nasional. 

Selama itu juga, kawasan itu tidak pernah berubah walaupun secara keseluruhannya, negeri Kedah mengalami pembangunan yang agak rancak. Sungai Limau berada di sisir perairan Selat Melaka dan mempunyai potensi besar untuk membangun dari segi pelancongan. Namun, ini tidak berlaku dan penduduk Sungai Limau juga seolah-olah sudah ‘mangli’ dengan kehidupan santai begitu. Mungkin juga, itulah cara hidup yang dipromosikan PAS sejak dahulu lagi iaitu, hanya mengejar akhirat dan mengtidak-apakan soal dunia. 

Sekali imbas, Sungai Limau dilihat menepati mana-mana kampung di Kelantan dari segi mentaliti penduduknya dan juga landskapnya. Terdapat beberapa sekolah agama dan sekolah pondok di sini tetapi ianya tidak terjaga. Wujudnya hanya sebagai syarat bagi mengesahkan niat untuk mencari akhirat. 

Walhal, hanya beberapa puluh kilometer ke Utara atau Selatan Sungai Limau, iaitu di Bandaraya Alor Setar dan juga bandar Sungai Petani, serta kawasan sekeliling yang di bawah Barisan Nasional, kita akan mendapati pembangunan yang menggalakkan. Hubungan jalanraya antara Sungai Limau dengan kedua bandar ini juga lengkap dan mudah melalui lebuhraya. Bagaimanapun, segala kemodenan itu terputus sebaik tiba di Sungai Limau. 

Apabila terlantik sebagai Menteri Besar Kedah, Almarhum Tan Sri Azizan difahamkan mempunyai visi yang tinggi untuk kawasannya. Projek seperti Hub Hidrokarbon yang dirancang dibina di kawasan itu dijangka mampu menjana pendapatan negeri serta memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, sekali gus meningkatkan ekonomi dan pembangunan di Sungai Limau. 

Bagaimanapun, niat murni ini tidak terlaksana akibat terdapat berbagai halangan, termasuklah kekurangan pengalaman di pihak kerajaan negeri sendiri. Justeru, Sungai Limau kekal di takuk lama, ketinggalan dari kemajuan dunia. 

Penduduk Sungai Limau mungkin merasa selesa dengan kehidupan dan rutin harian yang sama ini. Malangnya, dunia telah berubah dan manusia perlu menyesuaikan diri dengan perubahan itu. Penduduk Sungai Limau tidak boleh ketinggalan dalam mengejar ilmu pengetahuan dan kemajuan kerana itulah tujuan utama Allah SWT menjadikan manusia. 

Jika benar penduduk Sungai Limau ingin mencari akhirat, maka mereka perlu terlebih dahulu menurut perintah Allah SWT untuk mencari ilmu, meneroka dunia serta meningkatkan diri ke tahap tertinggi. 

Sudah menjadi hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa kemajuan di Malaysia ini hanya boleh dicapai melalui parti Barisan Nasional, bukan PAS. PAS mempunyai masa yang begitu lama untuk memajukan Sungai Limau, tetapi mereka tidak melakukannya. Mungkin alasan pada mulanya ialah PAS tidak punya kuasa, tetapi alasan ini tidak boleh dipakai lagi apabila PAS berjaya menjadi kerajaan negeri. 

Benar, Almarhum Tan Sri Azizan telah mencuba, namun, tanpa pengalaman dan kelayakan, segala-galanya tidak semudah yang disangka. 

Jangankan kemajuan dunia, kemajuan akhirat juga dilakukan PAS secara sambil lewa di Sungai Limau memandangkan sekolah-sekolah agama dan pondok juga tidak terjaga. Seolah-olahnya, PAS benar-benar menyerahkan nasib rakyat Sungai Limau kepada takdir semata-mata. 

Bagaimanapun, kita sanjung Tan Sri Azizan yang sanggup merendah diri meminta nasihat musuh politiknya di dalam UMNO untuk memajukan negeri. Malangnya, Allah SWT lebih menyayangi dirinya dan beliau tidak sempat melaksanakan impiannya untuk Kedah amnya, dan Sungai Limau, khasnya. 

Kini, penduduk Sungai Limau diberikan peluang oleh Allah SWT untuk mengubah nasib diri sendiri melalui undi. Sampai bila Sungai Limau perlu menjadi sebuah kawasan mundur di negeri Kedah? 

Bayangkan peluang pekerjaan dan perniagaan yang mampu tercipta sekiranya UMNO diberi kepercayaan untuk melakukannya. Bayangkan juga bantuan yang boleh disalurkan kepada sekolah-sekolah agama dan sekolah pondok bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan pembangunan sekiranya UMNO diberi mandat menerajui kawasan ini. 

Apa yang pasti, UMNO mampu membawa kehidupan yang jauh lebih berkualiti dan seimbang antara dunia dan akhirat bagi penduduk Sungai Limau. Maka, inilah diseru agar pengundi Sungai Limau mengundilah dengan bijak pada 4 November ini kerana tiada siapa yang dapat mengubah nasib anda selain diri anda sendiri. Sudah sampai masa untuk anda berhijrah kepada yang lebih baik. 

MAHFUZ JADI HERO CINA! JANGAN NAK BUAT LAWAK!

Barisan Nasional menerima penolakan masyarakat Cina dalam PRU-13 yang lalu sebagai pengajaran bahawa memberi segala-galanya bukanlah jaminan kepada sokongan. Selain itu, publisiti dan promosi yang berlebih-lebihan juga mampu memakan diri. 

Dengan menolak BN bermakna masyarakat Cina menyokong Pakatan Rakyat. 

Namun, apa yang ingin dibincangkan di sini ialah, menyokong Pakatan Rakyat, tidak bermakna masyarakat Cina turut menyokong PAS. Hakikatnya, PAS juga ditolak mentah-mentah oleh masyarakat Cina. Ini terbukti apabila PAS hanya mendapat undi dari kaum Cina di kawasan di mana DAP dan PKR tidak bertanding sahaja. 

Akibatnya, PAS mendapat jumlah kerusi tercorot berbanding sekutu-sekutunya. 

Jelas, undi yang diberi oleh masyarakat Cina kepada PAS bukanlah ikhlas, tetapi sekadar memenuhi keperluan bagi menjatuhkan kerajaan BN yang diterajui Melayu UMNO. Yang memberi kerusi kepada PAS hanyalah orang-orang Melayu. 

Justeru, dari konteks sokongan masyarakat Cina, PAS dan UMNO adalah senasib dalam PRU yang lalu. Tetapi, dari konteks sokongan Melayu, UMNO telah menandingi PAS kerana berjaya menambahkan bilangan kerusi sementara PAS pula kehilangan beberapa kerusi lagi. Ini bermakna sekiranya PR menang, PAS tidak akan mempunyai suara yang lantang dalam kerajaan. 

Bagaimanapun, PAS masih tidak belajar apa yang UMNO telah pelajari iaitu berpada-pada dalam menarik sokongan pengundi dan jangan sampai digadai segalanya semata-mata demi kerusi. Oleh itu, PAS masih lagi tersorong-sorong pipi cuba memancing hati masyarakat Cina sehingga sanggup menggadai agama. 

Terbaru, PAS cuba membela masyarakat Cina dengan menghentam Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri. Untuk itu, Mahfudz Omar menuduh PM dan BN berdendam dengan masyarakat Cina sehingga membelakangkan kaum itu dalam agihan peruntukan. BN dikatakan memberi peruntukan yang lebih kepada kaum India atas dasar ‘terima kasih’ iaitu satu tindakan yang sengaja menyindir masyarakat Cina. 

Mahfudz merujuk kepada peruntukan sejumlah RM100 juta bagi tujuan pendidikan kaum India di dalam Bajet 2014. Selain itu terdapat juga dana sejumlah RM50 juta bagi program pembangunan usahawan India. 

Keputusan kerajaan ini dilihat sebagai langkah yang wajar dan tepat dalam usaha untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum di Malaysia. Seperti yang kita sedia maklum, selain bumiputera, kaum India juga masih jauh ketinggalan berbanding kaum Cina. 

Perlu diingatkan bahawa kewujudan kumpulan samseng India yang ramai sebenarnya berkait rapat dengan kedudukan ekonomi mereka. Oleh itu keputusan kerajaan untuk membantu masyarakat India adalah keputusan yang bijak dan bakal membawa kebaikan untuk semua kaum juga. 

Masyarakat Cina sebaliknya tidak memerlukan bantuan dari segi ekonomi kerana mereka telah pun mendominasi aktiviti ekonomi dalam negara. Sikap mereka yang angkuh dan sering mendabik dada sebagai pembayar cukai tertinggi, dengan sendirinya menafikan segala bantuan kepada mereka. 

Hakikatnya, tindakan kerajaan tidak menggariskan bantuan ekonomi kepada masyarakat Cina dalam Bajet 2014 adalah tindakan yang tepat, logik serta praktikal. Sekiranya masyarakat Cina atau Mahfudz ingin melihatnya sebagai sindiran, maka terpulanglah kepada mereka. 

Apa yang menarik ialah Mahfudz cuba menjadi juara kaum Cina di kala DAP giat menindas Melayu yang menjadi ahli parti itu. Mungkin Mahfudz menyangka dengan cara ini maka masyarakat Cina akan mengundi PAS dalam PRU-14. 

Bukankah lebih baik Mahfudz bangun membela Melayu di dalam DAP dan juga di Pulau Pinang daripada bertindak membela masyarakat Cina dalam soal Bajet negara? 

Tidakkah Mahfudz mendengar luahan hati Melayu di dalam DAP seperti Zulkifli Mohd Noor? Atau bekas Melayu DAP seperti Tunku Aziz? Atau Melayu-melayu rakyat marhaen yang dirampas gerai dan tanah mereka oleh DAP? Atau yang rumah mereka dilanda banjir tetapi langsung tiada bantuan dari DAP? 

Siapakah di dalam kepimpinan Pakatan Rakyat yang akan membela mereka ini? Jika Mahfudz dan PAS turut memperjuangkan Cina, siapa yang akan memperjuangkan Melayu? 

Nampaknya, tidak lain tidak bukan, hanya UMNO sahajalah harapan Melayu - dahulu, kini dan selamanya. 

PAS KEDAH BUAT NIK AZIZ MACAM KAIN BURUK! SESUAI LAP CERMIN KERETA JEW!!

Hairan bin Ajaib! Walaupun hari berkempen sudah memasuki ke hari ke-7, namun sehingga kini tiada satu pun poster Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kelihatan di sekitar kawasan Sungai Limau.

Berbanding sebelum ini, Nik Aziz sering dijadikan sebagai modal utama kempen bagi menarik sokongan pengundi yang dikatakan menghormatinya sebagai seorang ulama.

Tambah memelikkan apabila, kelibat Nik Aziz langsung tidak kelihatan atau setidak-tidaknya hadir untuk memberikan tazkirah di masjid atau surau. Apa sudah jadi? Nampaknya selepas Nik Aziz digugurkan dari jawatan Menteri Besar Kelantan, khidmat dan auranya turut hilang.

Lebih menyedihkan, khidmatnya sebagai penceramah juga langsung tidak diperlukan oleh jentera Pas Kedah, walaupun pemerhati politik merasakan parti itu bakal berdepan dengan laluan sukar bagi mempertahankan kerusi Dun di Sungai Limau.

Malah melalui sembang-sembang di kedai kopi, ada yang mengatakan Nik pada ketika ini sedang sakit tenat dan sukar untuk dibawa ke Sungai Limau bagi membantu jentera kempen.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan bekas Menteri Besar Kelantan itu tidak bersetuju dengan pemilihan Azam Samad sebagai calon Pas. Ini kerana Azam dikatakan bakal dijadikan sebagai boneka kumpulan liberal di dalam parti itu sekiranya menang sekali gus bakal menjadi kumpulan penentang terhadap kelompok pimpinan ulama Pas.

Walau bagaimanapun, dalam banyak isu yang dibangkitkan terdapat satu isu yang agak menarik untuk dikongsikan. Iaitu penolakan secara total oleh jentera Pas Kedah khususnya di Sungai Limau terhadap kehadiran Nik Aziz.

Ini kerana rata-rata di kalangan mereka dikatakan sangat terkesan dengan tindakan Nik Aziz yang dilihat menyebelahi Phahrolrazi dan Mahfuz. Malah Nik Aziz juga dikatakan langsung tidak membela Azizan ketika belaiu dijadikan sebagai sasaran oleh para pengikut Pas kerana dikatakan ‘Mesra BN’.

Sikap berdiam diri itu, akhirnya telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pengikut Azizan yang merasakan tindakan berdiam diri Nik Aziz itu telah menyebabkan keadaan menjadi semakin buruk dengan pelbagai fitnah dan cacian. Sedangkan sebagai seroang Musyidul Am, Nik Aziz sepatutnya mengambil pendekatan untuk menenteramkan suasana.

Disebabkan itu, ada yang mengatakan Nik Aziz telah dinasihatkan agar tidak turun ke Sungai Limau bagi mengelakkan jentera Pas kawasan Jerai mengambil pendekatan boikot. 

Selain dari Nik Aziz, turut menjadi tanda tanya ialah treler Pas yang digunakan ketika pilihanraya umum yang lalu. Sekiranya sebelum ini mereka begitu berbangga dengan kehadiran treler yang dikatakan canggih itu terutama ketika program-program ceramah. Namun ketika kempen PRK di Sungai Limau ini jangankan treler, kereta sorong pun tak nampak bayang.

Kesimpulannya, PRK Sungai Limau ini telah menyebabkan Nik Aziz tidak lagi dianggap relevan sebagai umpan atau model yang boleh membantu kemenangan calon parti. Nampaknya gambar Nik Aziz menangis itu, amat sesuai dengan keadaannya pada ketika ini yang tidak ubah seperti kereta sorong buruk.

SYIAH BANTU JENTERA PAS DI SUNGAI LIMAU?

Kemeriahan kempen di Sungai Limau sedikit tercemar apabila penduduk kampung dikejutkan dengan kehadiran beberapa orang pelajar yang berketurunan arab di sekitar kawasan kempen. Setelah diselidiki, rupa-rupanya mereka adalah pelajar dari Iran yang belajar di beberapa universiti negara.

Dikatakan mereka di bawakan secara khas bagi mengikuti program ‘anak angkat’ anjuran sebuah NGO yang pro pembangkang. Mereka menggunakan alasan kononnya untuk membuat kaji selidik, namun apabila disiasat, kehadiran mereka rupanya untuk membantu jentera kempen calon Pas.

Mungkin ada yang merasakan itu adalah merupakan perkara biasa dalam kempen pilihanraya. Namun yang menjadi persoalannya ialah mengapa pembangkang menggunakan pelajar Iran bagi membantu jentera kempen?

Ini kerana umum mengetahui, rata-rata di kalangan mereka berpegang kepada fahaman sesat Syiah yang jelas bertentangan dengan pegangan Ahli Sunah Wal Jemaah. Apakah pembangkang sedang berusaha untuk menghalalkan Syiah di Malaysia?

Tambah memeranjatkan, mereka juga turut menaikkan beberapa poster Syiah di sekitar kawasan kempen bagi menyokong calon Pas. Salah seorang petugas Pas yang ditemui, diminta mengulas mengenai perkara ini menjelaskan dia langsung tidak mengetahui mengenainya.

Sambil mendakwa ia mungkin kerja jentera Umno / BN yang sengaja ingin mencemarkan imej Pas. Mungkin ada logiknya, tapi apabila difikirkan balik mungkin, mana mungkin NGO yang pro pembangkang mahu bersekongkol dengan BN.

Tambahan pula, selama ini Umno adalah merupakan satu-satunya parti yang menghalang dan menentang penyebaran ajaran Syiah di Malaysia. Dan lagi melalui data dan statistik yang dikeluarkan oleh pihak Jakim, antara kubu kuat ajaran Syiah ialah di Kedah.

Malah Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir adalah antara pemimpin negeri yang pertama mahu mengazetkan dan mengenakan tindakan undang-undang kepada pengikut Syiah.

Melalui kajian ilmu, Syiah merupakan golongan yang sesat lagi menyesatkan. Mereka tidak termasuk dalam golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pegangan mereka juga dilihat bercanggah dengan al-Quran dan hadis Nabi SAW.

Terdapat tiga kategori golongan Syiah iaitu: Syiah mughaliyah (pelampau), Syiah Rafidah (Imamiyah) dan Syiah Mu'tadilah (Zaidiyah).
Antara strategi yang digunakan ialah, memasuki ke dalam pertubuhan harakat Islamiyyah, tanzim haraki seperti Pas, ABIM, JIM, Hizbut Tahrir dengan cara taqiyyah,pura pura dan niat menguasai pucuk pimpinan atau menghancurkannya dari dalam.

Kesimpulannya, para pelajar asing dari Iran yang diturunkan itu selain digunakan untuk membantu kempen, mereka mungkin digunakan untuk menarik lebih ramai orang-orang Kedah agar terpengaruh dengan ajaran sesat ini. Dan tidak mustahil mereka juga turut akan menawarkan mutaah kepada para pengundi di Sungai Limau.

Tuesday, 29 October 2013

BUKTI HUDUD PAS HANYA MAINAN POLITIK PILIHANRAYA

Kita sangkakan, lagu ‘hudud’ akan terus tenggelam dari dinyanyikan oleh PAS semenjak parti itu giat menyokong puak Kristian menyebar dakwah melalui muslihat Injil berbahasa Melayu yang menggunakan nama Allah. Namun, PRK Sg. Limau telah memaksa PAS memainkan lagi lagu hudud melalui Harakah. Pastinya, ia bertujuan bagi mengingatkan pengundi Sungai Limau bahawa PAS itu masih lagi ‘berminat’ dengan Islam dan bahawa tindakan parti itu memejamkan mata dalam isu murtad hanyalah strategi politik semata-mata.

Kali ini, lagu hudud dinyanyikan oleh Menteri Besar Kelantan yang baru, Datuk Ahmad Yakob. Katanya, Kerajaan Negeri Kelantan serius ingin melaksanakan hudud serta tidak lemah semangat untuk terus berusaha agar Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 yang diluluskan DUN Kelantan dapat dilaksanakan sepenuhnya. 

Soalan kita, jika benar serius, kenapakah ia belum dilaksanakan lagi? Apakah halangannya?

Alasan yang biasa PAS berikan ialah hudud tidak boleh dijalankan selagi tidak mendapat persetujuan kerajaan persekutuan. Ini kerana Kerajaan Persekutuan telah menolak enakmen itu atas alasan terdapat terlalu banyak kelemahan yang mana menjejaskan proses keadilan terutamanya terhadap wanita, dalam membuktikan kejadian rogol. Enakmen tersebut juga telah didapati meragukan kerana menghalalkan liwat dalam hubungan suami isteri. Selain itu, proses pemilihan hakim dan saksi juga tidak dapat digariskan dengan terperinci bagi mengelak sebarang ruang manipulasi atau berat sebelah berlaku. 

Justeru, menurut PAS, kerajaan persekutuan merupakan halangan terbesar bagi Kelantan untuk melaksanakan hudud. 

Namun, sekiranya PAS benar-benar serius dan perlu mendapatkan kelulusan kerajaan persekutuan, bukankah langkah yang terbaik ialah memperbaiki Enakmen itu bagi menangani segala kelemahan dan keraguan tersebut? 

Kenapa perlu didesak ke atas sebuah undang-undang yang ada kelemahannya? 

Kenapakah tidak diusulkan deraf undang-undang yang baru? Jika perlu dideraf beratus kali sekalipun PAS wajib melakukannya bagi memastikan ia sebuah enakmen yang sempurna. Bukankah undang-undang Allah SWT itu adalah sempurna? Bukankah undang-undang Allah SWT itu adil? 

Maka jika PAS ingin melaksanakan undang-undang Allah SWT, maka PAS wajib menterjemahkan undang-undang itu dengan sempurna juga. Mana mungkin hukum Allah itu ada kelemahan seperti Enakmen Jenayah Syariah 1993 Kelantan itu?

Oleh itu, selagi ia tidak diperbaiki dan dipertingkatkan sehingga sempurna, selagi itu akan tetap ditolak oleh kerajaan pusat. Sekali gus, ini membuktikan bahawa PAS sebenarnya tidak serius untuk melaksanakan hudud tetapi sengaja ingin membiarkan ia tergantung untuk dijadikan modal politik dalam menyerang UMNO. 

Hakikatnya, hukum Allah SWT itu memerlukan perlaksanaan yang tepat dari semua segi dan tidak boleh ada sedikit pun kelemahan atau keraguan. Ketepatannya wajib diambilkira dari proses pemilihan hakim, pemilihan saksi, keadaan masyarakat serta siasatan yang sempurna dan hukuman pula perlu mengambilkira latarbelakang individu mengikut kes. 

Kesukaran itu memaksa manusia menilai keupayaan sendiri untuk menghukum atas hukum Allah SWT. 

Atas dasar itu, Al-Quran telah menjelaskan bahawa keadilan seharusnya mengatasi undang-undang. Dalam kata lain, biar apapun undang-undangnya, yang penting ialah keadilan itu terlaksana. 

Namun, PAS telah menjadikan hukum Allah SWT ini sebagai modal politik, sebagai mainan dan bahan promosi untuk meraih kuasa. 

Kesimpulannya, PAS bukan sahaja tidak serius mengenai hudud, tetapi mempermainkannya pula. Sebaiknya PAS tutup sahaja isu hudud dan tumpukan secara serius tentang cara-cara untuk memperbaiki ekonomi negeri dan rakyat Kelantan secara keseluruhannya. 

SEJAK BILA PULAK PAS MEMBELA USTAZ AZIZAN RAZAK? KALAU TAK TIPU BUKAN PAS NAMANYA!

Semasa hayatnya beliau dicerca, dimaki, dilemparkan dengan pelbagai tuduhan, malah ada di kalangan mereka yang ingin ludah mukanya kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan yang tidak ‘mesra pakatan’.

Itu belum lagi dikira sumpah seranah yang dilemparkan, ketika beliau mengambil keputusan untuk tidak mengiktiraf ‘Buku Jingga’ yang dijadikan sebagai kitab rujukan tertinggi oleh pemimpin dan penyokong pakatan.

Namun apabila beliau, telah meninggal dunia, nama Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak secara tiba-tiba menjadi harum bak kasturi dan menjadi sebutan di sana-sini. Malah sebarang kenyataan yang buruk yang dirasakan menghina akan segera mendapat pembelaan. Pelik bukan???

Tetapi itulah realitinya, sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau. Paling menarik mereka yang kononnya ingin membela dan mempertahankan maruah Allahyarham Azizan ini, adalah merupakan orang sama yang pernah mewujudkan gerakan bawah tanah untuk menjatuhkannya suatu ketika dahulu.

Hipokrit!!!! Itulah ayat yang paling sesuai dilabelkan kepada mereka-mereka ini. Masa hayat dihina dengan pelbagai cara, namun apabila telah meninggal dipuji dan di bela. Tapi yang menyedihkan pembelaan tersebut langsung tidak mencerminkan keikhlasan kerana ingin digunakan bagi menagih simpati pengundi.

Terbaru Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar cuba menjadi hero dengan mengeluarkan kenyataan kononnya mempertahankan Allahyarham Azizan. Dengan mata yang terbeliak, dan riak muka yang dibuat-buat bengis Mahfuz cuba menggambarkan kemarahan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kencing manis.

Menariknya apabila perkara itu dibangkitkan kepada penduduk di Kampung Dulang Besar, ramai yang hanya mampu senyum sumbing.

“Pandai sungguh depa (mereka) ni main politik. Dulu masa Ustaz hidup, dok balun sakan. La ni bila dah takdaq (tidak ada) bukan main bela” ulas Pak Man yang ditemui.

Muhyiddin sebelum ini dikatakan telah memberikan kenyataan berhubung pemotongan subsidi gula sebanyak 34 sen yang dilakukan oleh kerajaan adalah bagi mengurangkan penggunaan gula yang boleh menyebabkan penyakit kencing manis dan komplikasi potong kaki.

Namun apabila diteliti ia adalah merupakan satu fakta yang tidak boleh disangkal. Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir ketika mengulas berkata PAS mempolitikkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung penyakit kencing manis bekas menteri besar Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Sehubungan itu, kata Mukhriz, Timbalan Perdana Menteri tidak berniat langsung untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak.

“Saya berada di situ sewaktu beliau (Muhyiddin) berucap… Dia cuma sentuh mengenai Bajet 2014, kemudian membangkitkan isu pemansuhan subsidi gula dan antara lain mengenai masalah penyakit kencing manis.

“Penyakit kencing manis ini sangat berleluasa di negeri Kedah…itu sahaja niat beliau (Muhyiddin). Tidak ada langsung nak mengatakan apa pun selain daripada itu,” kata Mukhriz.

PAS SUDAH BERGADUH DI SUNGAI LIMAU! INI PUN SALAH UMNO KA?

Ramai yang seolah-olah tidak dapat menerima hakikat apabila ada yang mengatakan tidak semua orang Pas itu dari kumpulan ulama atau mempunyai latar belakang agama. Pada mereka Pas itu Islam dan Islam itu Pas.

Sedangkan sekiranya diteliti, terdapat banyak kelompok di dalam Pas antaranya kumpulan Liberal, Syiah, Anwarinas @ Endorgan, Pak Turut, berlagak Alim, berpura-pura menyokong Islam (Kelab Penyokong Pas) dan sebagainya. Inilah realiti sebenarnya, di dalam Pas terhimpun pelbagai kumpulan yang mempunyai pelbagai ideologi atau dalam bahasa mudah ‘rojak @ pasembor’.

Malah sekiranya ada yang mengatakan Pas ingin memperjuangkan Islam, juga tidak kena dari bahasa. Kerana tidak sampai dari separuh pimpinan atasan parti itu yang mempunyai latar belakang agama.

Contoh yang paling dekat ialah, pemilihan Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah. Ia jelas membuktikan bahawa parti itu tidak lagi menitik beratkan Islam sebagai asas perjuangan.

Malah sejurus selepas perlantikan Mahfuz sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah,Phahrolrazi Zawawi selaku Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas negeri telah mengambil satu tindakan drastik dengan meletakkan jawatan.

Walaupun dia mendakwa ingin memberi peluang kepada Mahfuz untuk memilih kepimpinan baru, namun umum mengetahui Phahrolrazi sebenarnya kecewa kerana tidak terpilih untuk menggantikan Azizan bagi menerajui kepimpinan Pas negeri.

Malah ketika diminta mengulas mengenainya, Phahrolrazi secara sinis mengatakan dia tidak berapa rapat dengan Mahfuz.

“Biarlah dia membawa idea baharu sebab kalau lantik yang lama masih lagi terikat dengan pendekatan lama," katanya.

Paling menarik perhatian ialah, sejurus selepas Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) mengumumkan kekosongan kerusi DUN Sungai Limau, Pas Kedah kembali bergolak apabila masing-masing ingin meletakkan calon pilihan mereka.

Parti itu, sebelum ini dikatakan telah menyenarai pendek seramai 8 nama calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, 4 November ini kerana berdepan dengan masalah pepecahan dalaman.

Malah menurut sumber dalaman, wujud kem dalam kepemimpinan Pas Kedah pada masa ini iaitu kumpulan yang pro dengan bekas Pesuruhjaya Pas Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, kem Phahrolrazi Zawawi dan kem Mahfuz Omar. Masing-masing dikatakan mahu meletakkan calon pilihan masing-masing.

Kumpulan Allahyarham Azizan sebelum ini turut dikatakan kecewa dengan keputusan Pas Pusat melantik Mahfuz seolah-olah Pas Kedah sudah ketandusan pemimpin yang mempunyai latar-belakang agama.

Macam dah tak ada orang lain! Itulah antara komen yang dilemparkan oleh salah seorang penyokong Pas yang jelas tidak bersetuju dengan perlantikan itu.

“Agaknya depa ni benci dengan ulama. Pas Kedah banyak melahirkan ulama. Lulus pondok ada, lulus Al-Azhar pun ada. Tapi kenapa Mahfuz yang dipilih. Kalau macam ni mamposlah Pas Kedah” marah salah seorang pengikut Pas yang ditemui.

Kesimpulan, jelas itu tidak lagi menjadikan dasar Islam sebagai perjuangan parti. Apa yang penting pada mereka ialah mendapatkan kuasa, walaupun terpaksa mengunakan apa sahaja cara. Kepada Mahfuz, selamat mengemudikan jentera Pas negeri agar jangan mampos (sekadar mengulang kembali kenyataan tadi).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...