Pages

Monday, 30 September 2013

TUJUH LAGI DIBUNUH DI ZAMBOANGA CITY (4 GAMBAR)

Tentera kerajaan berjaya membunuh tujuh orang saki baki anggota kumpulan bersenjata Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di pertempuran di pinggir pantai sebuah bandar selatan dalam operasi pencarian mayat, bom atau jerangkap samar.

Pasukan tentera dan polis khas semalam berjaya membunuh enam pemisah yang menyembunyikan diri di sebuah rumah di bandar Zamboanga selepas mereka enggan menyerah diri.

Seorang lagi ditembak mati dalam satu pertempuran yang berlaku di Rio Hondo kelmarin, salah satu tempat yang diduduki oleh kumpulan pemisah, kata jurucakap tentera Lt Kol Ramon Zagala.



Sumber olahan Berita dan Gambar : AGENSI/AP/Reuters

Friday, 27 September 2013

HOT NEWS : ADUN DAP KELUAR PARTI

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang, Dr Hiew King Cheu pada Jumaat mengumumkan keluar DAP berikutan peletakan jawatan beliau secara mendadak sebagai penasihat jawatankuasa perhubungan negeri itu minggu lalu.
Bagaimanapun, Hiew berkata beliau tidak akan menyertai parti komponen Barisan Nasional dan kekal sebagai wakil rakyat bebas.
"Saya memutuskan untuk keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas," katanya kepada The Star Online ketika dihubungi pada Jumaat.
Hiew berkata beliau akan menghantar e-mel surat peletakan jawatannya sebagai ahli parti kepada DAP lewat hari ini.

Thursday, 26 September 2013

BABI DAN SUBSIDI! TERKHILAF, ISTIGHFAR DAN MEMOHON MAAF! PEMBANGKANG ADA BUAT?JAUH SEKALI!!!


"Bismillah.

Astaghfirullah wa atubu ilaik. Aku mohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Mu". Itu lah baris pertama nukilan Abu Abdillah Riduan Khairi di atas status facebook beliau yang didakwa membanding pihak yang mendapat subsidi kerajaan dengan "babi". Dan kenyataan di facebook itu turut dikongsi oleh Abu Aqif Studio.

Malang sekali status facebook tersebut disalahtafsir oleh beberapa pihak. Namun apa harus dipuji adalah tindakan beliau segera memohon maaf secara terbuka dan bertawaduk kepada Allah di atas tindakan tersebut. Manusia tidak pernah lari daripada kesilapan. Pengerusi ILMU, Ustaz Dr Fathul Bari Mat Jahya, juga telah menasihati beliau supaya tidak mengulanginya.

Namun, teman ingin bertanya, pernahkah facebooker atau blogger yang pro Pakatan Rakyat memohon maaf dan bertawaduk kepada Allah di atas fitnah dan cacian serta gelaran kepada individu-individu tertentu yang dibuat selama ini. Bahkan mengelar dengan beberapa pemimpin-pemimpin yang bukan sehaluan dengan mereka dengan nama-nama yang menjijikkan waima dengan babi sekali pun. 

Adakah pembaca ingat apabila ada pemimpin PAS yang mengelarkan penerima BR1M sebagai binatang? Adakah beliau pernah memohon secara terbuka? Tidakkah itu penghinaan secara terus kepada rakyat yang menerima subsidi? 

Kenapa pula hamba Allah ini sedikit terkhilaf terus dihentam bagai sebagai dosa besar yang tiada ampunnya. Adakah kerana hamba Allah ini ahli ILMU, oleh kerana beliau pro-Kerajaan maka beliau melakukan salah yang besar? Adakah pemimpin PAS yang mengelar penerima BR1M sebagai binatang tidak SALAH?

Mengapa ketika isu Alvivi yang menghina Islam dengan "babi", berdiam diri dan tidak bercakap sepatah pun? Malah memberi alasan-alasan tidak munasabah bagi menghalalkan perbuatan dan penghinaan Alvivi terhadap Islam!

Cuba fikir secara matang dan rasional! Jangan hipokrit dan jadi seperti khawarij! Ingatlah! Setiap manusia adalah kelemahan waima siapa pun. Jangan jadikan seorang hamba Allah yang telah melakukan sekali kesilapan akan melakukan kesilapan buat selama-lamanya. Malah dek kerana kesilapan itu menjadi pengajaran berguna kepada hamba Allah ini dan lebih bertakwa dan tawaduk kepada Allah.


Sekretariat Ulama Muda Malaysia (ILMU) meminta isu status Facebook yang membandingkan pihak yang mendapat subsidi daripada kerajaan dengan babi, yang ditulis oleh seorang ahlinya tidak dibangkitkan lagi.

Pengerusinya, Dr Fathul Bari Mat Jahaya berkata, beliau sudah menegur penulis status itu, Abu Abdillah Riduan Khairi serta bertanya apa kewajaran untuk dia menggunakan perbandingan tersebut.

"Walaupun dia ahli ILMU tapi status itu tidak ada kena mengena dengan kita (ILMU). Kita pun tidak setuju dia gunakan istilah itu (babi) untuk dibandingkan dengan manusia. Saya sendiri sudah tegur dia," katanya, semalam.

Ditanya apakah status berkenaan bermaksud untuk menyokong kenyataannya sebelum ini yang mengatakan dalam sistem pemerintahan Islam tidak ada subsidi yang perlu dikeluarkan oleh pemerintah kepada rakyat, Fathul Bari berkata: "Ya!"

"Apa yang saya maksudkan adalah tidak ada subsidi pukal iaitu subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan kepada semua peringkat dalam masyarakat secara pukal, tidak kira yang kaya atau miskin, semua dapat merasa subsidi, itu yang saya maksudkan tidak ada dalam Islam.

"Islam ada sistem zakat iaitu orang yang kaya atau berkemampuan, perlu keluarkan zakat untuk diberi kepada yang asnaf yang layak," katanya.

Ditanya lagi apakah kenyataan seperti perbandingan manusia dengan babi yang sememangnya kontroversi boleh mengundang padah yang buruk kepada ILMU dengan kedudukan mereka sebagai dalam kumpulan yang digelar ulama muda Umno, Fathul Bari yang akan bertanding merebut salah satu kerusi Exco Pemuda Umno mengakui perkara tersebut.

"Memang boleh menjejaskan dan boleh jadi masalah tapi seperti saya katakan, ini kenyataan peribadi Abu Abdillah Riduan Khairi, tiada kaitan dengan ILMU," katanya.

Fathul Bari sekali lagi minta masyarakat menghentikan polemik tentang perkara itu kerana penulis status berkenaan sudah memadamkan kenyataannya dan menggantikan dengan permintaan maaf.

“Saya sangat berharap, isu ini tidak berbangkit lagi setelah dia memohon maaf secara terbuka,” katanya. (Sinar Harian)

GEMPAR! PROJEK TOKONG TERBESAR DI DUNIA! DAH GILA?

Benar tetap benar tetapi yang salah tetap salah. Menyokong kepada yang baik, namun jika berlaku sebaliknya akan tetap disanggah dan ditentang.

Mengejutkan apabila satu projek pelancongan yang dinamakan ’1 Malaysia Spiritual Tourism’ bernilai RM10 bilion bakal dilaksanakan oleh syarikat Enchant Acres Sdn Bhd di Bukit Gambang, Pahang. Projek ini akan dibangunkan di atas tanah seluas 500 ekar mengatasi keluasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang luasnya 493 ekar.

Projek ini didakwa telah mendapat sokongan penuh Kerajaan Malaysia dan Tourism Malaysia yang berkonsepkan "spiritual tourism".

Projek ini akan melibatkan semua agama seperti Kuan Yin, Buddha Alam, Hindu, Sikh, Sai Baba, Taoisme, I- Kuan Tao, Confucianisme dan Kristian disamping  resort, pusat peranginan, restoran, pusat perniagaan, kelab, pusat-pusat hiburan, taman, kolej universiti, sekolah antarabangsa dan pusat pembelajaran.

Dimanakah rasionalnya kewujudan projek yang terbesar ini? Tempat-tempat yang seumpamanya telah "berlambak" di serata negara seperti Kek Lok Si dan Sleeping Buddha di Pulau Pinang, Sam Po Thong Cave dan Perak Tong di Perak, Tian Hou Kong di Kuala Lumpur dan Batu Caves di Selangor. Ini tidak termasuk  gereja terbesar di Asia Tenggara yang sedang rancak dalam pembinaan.

Islam adalah agama rasmi negara namun agama lain tidak dilarang diamalkan. Walaupun begitu, agama lain jangan berlebih-lebihan melakukan perbuatan seolah-olah menafikan Islam sebagai agama tunggak negara ini.


Maklumat lanjut mengenai projek ini boleh diikuti pada pautan berikut:

JIHAD NIKAH DI SYRIA ADALAH SATU PEMBOHONGAN YAHUDI?

Sebelum ini teman ada mengutip berita daripada AFP melalui sebuah keratan akhbar harian bertajuk "Wanita Sudan Melancarkan Jihad Nikad Di Syria". 

Kandungan berita tersebut menyebut, 

"Sekumpulan wanita Tunisia pergi ke Syria untuk melancarkan 'jihad nikah' bagi melegakan pejuang-pejuang yang memerangi tentera Presiden Bashar Al-Assad, kata Menteri Dalam Negeri, Lotfi ben Jeddou kepada Parlimen.

"Mereka tidur dengan 20, 30 atau 100 pejuang Islam," kata menteri berkenaan kepada anggota-anggota Parlimen Tunisia kelmarin.

"Selepas mengadakan hubungan seks menerusi jihad nikah, mereka pulang dalam keadaan hamil," tambahnya. "

Walau bagaimanapun sebuah portal bebas, Arrahmah Media Network telah menafikan berita tersebut. Portal tersebut mendakwa berita tersebut adalan pembohongan besar yang cuba memburuk-burukan "pejuang jihad" di Syria. Portal itu juga mendakwa, tuduhan tersebut hanyalah berasaskan sekeping gambar anak bersama seorang "pejuang jihad" di Syria yang telah disalahtafsir.

Namun teman tidak mahu menulis secara prejudis terhadap mana-mana pihak memandang kesahihan dan kebenaran kedua-dua berita mempunyai kekuatan masing-masing. Walau bagaimana pun, kita harus menilai sesuatu berita berasaskan bukti sahih dan ternyata benar.


KEMATIAN MENINGKAT DI ZAMBOANGA CITY (5 GAMBAR)

Sekurang-kurangnya 158 orang telah terbunuh sejak berlaku pertempuran di antara pejuang pemisah dan tentera di Filipina, berita negeri melaporkan pada Rabu.

Majoriti mereka yang dibunuh, 125, adalah pejuang pemisah daripada Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), kata Agensi Berita Filipina (PNA) yang dikendalikan oleh kerajaan. Di kalangan yang mati juga dilaporkan adalah 15 anggota tentera, lima daripada pihak polis, dan 13 orang awam.

Krisis di Zamboanga City bermula apabila sejumlah besar pejuang pemisah dari kumpulan pemisah Islam telag mendarat pada bulan ini.

Rusuhan telah meningkatkan kebimbangan kepada ketidakstabilan di rantau ini di mana kerajaan sedang mengikuti pelan damai baru selepas keganasan yang hampir sedekad.

Lebih daripada 109,000 orang telah dipindahkan di Bandar Zamboanga dan hampir 19,000 telah dipindahkan di wilayah Basilan, menurut kenyataan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Rabu, yang menyifatkan keadaan sebagai krisis kemanusiaan.

Bandar Zamboanga , di hujung barat daya Mindanao, adalah sebuah bandar Kristian.

"Kami semakin bimbang dengan keadaan dan keperluan yang semakin meningkat daripada orang terperangkap di dalam keganasan," kata Luiza Carvalho, Wakil PBB dan penyelaras kemanusiaan di Filipina. "Kami amat bimbang kepada yang lemah, terutama wanita dan kanak-kanak."

Kumpulan pemisah adalah daripada MNLF, sebuah gerakan pemisah yang diasaskan pada tahun 1971 oleh Nur Misuari dengan tujuan untuk mewujudkan kawasan autonomi Islam di Filipina.

MNLF telah menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan pusat di Manila pada tahun 1996, tetapi beberapa ahli-ahlinya telah melanggar perjanjian untuk meneruskan kempen ganas.

Bulan lalu, Misuari mengeluarkan "pengisytiharan kemerdekaan" untuk negara Moro - merujuk kepada penduduk pribumi Muslim Mindanao ini - selepas mendakwa bahawa MNLF tidak dilibatkan dalam perjanjian baru-baru ini dengan kumpulan pemisah lain, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang telah berjuang selama beberapa dekad untuk menubuhkan sebuah negara Islam merdeka di Mindanao.




Sumber berita dan olahan serta gambar : CNN/AFP/Reuters

PERINTAH BERKURUNG DI LAHAD DATU?

Kenyataan Ketua Polis Negara

Orang ramai khususnya masyarakat di Sabah diminta tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan sejak semalam mengenai ancaman terkini di Lahad Datu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan desas-desus bahawa polis telah mengeluarkan arahan perintah berkurung atau ‘curfew’ di Lahad Datu adalah tidak benar sama sekali.

“Itu semua tidak benar. Jangan percaya dakyah yang cuba menakut-nakutkan masyarakat di Lahad Datu. Tidak ada apa yang berlaku, keadaan di sana adalah terkawal. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Peringkat Tertinggi Strategi Lautan Biru Kebangsaan ke-8: Komunikasi Bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini.

Sambil menasihatkan penduduk supaya menjalankan aktiviti mereka seperti biasa, Khalid berkata anggota keselamatan memantau sebarang gerakan musuh di laut, darat dan udara.

Peristiwa pencerobohan pengganas dari selatan Filipina di Lahad Datu awal tahun ini mengorbankan 10 anggota keselamatan iaitu lapan anggota polis dan dua anggota tentera.

Insiden pencerobohan itu membawa kepada peningkatan kawalan keselamatan terutama di pantai timur Sabah melibatkan pasukan keselamatan seperti ATM dan PDRM.

– BERNAMA

Wednesday, 25 September 2013

KEMALUAN HAMPIR PUTUS DITETAK! GILA!!

Seorang pemandu lori balak hanya sempat berlari beberapa meter sambil memegang kemaluannya yang hampir putus sebelum rebah dan meninggal dunia selepas diserang rakan sekerja dipercayai akibat salah faham dalam kejadian di sebuah kawasan pembalakan di Batu 38, Kalabakan, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, mangsa yang dikenali sebagai Roslan Nordin, 35, mati akibat kecederaan parah di kepala dan badan termasuk kemaluan akibat diserang menggunakan parang.
Menurut sumber, ketika kejadian, seorang daripada pekerja di lokasi pembalakan melihat mangsa berlari menuju ke arah kilang papan dalam keadaan berlumuran darah.
“Namun, sebelum sempat memasuki kilang terbabit, mangsa dikatakan terjatuh sebelum dihampiri rakan sekerja lain.
“Sebaik dihampiri, beberapa pekerja pembalakan yang cuba membantu terkejut melihat keadaan mangsa berlumuran darah selain mengalami kecederaan parah di kepala dan kemaluan,” katanya.
Katanya, mangsa dipercayai cuba memberitahu apa yang berlaku, tetapi tidak sempat sebelum meninggal dunia.
Menurut sumber, rakan mangsa kemudian memaklumkan kepada pengurus kawasan pembalakan itu sebelum mereka membuat laporan polis. Menurut sumber Harian Metro.
“Pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia akibat parah di kepala, pinggang dan kemaluan dipercayai ditetak menggunakan parang panjang.
“Kejadian ini dipercayai dilakukan suspek iaitu rakan sekerja yang menghilangkan diri sebaik menyedari perbuatannya diketahui umum,” katanya.
Menurut sumber, siasatan lanjut mendapati suspek berusia 30-an ada menemui abang iparnya yang bekerja berhampiran kawasan pembalakan dan mengaku membunuh seorang lelaki.
“Abang ipar suspek yang mendengar pengakuan lelaki terbabit bagaimanapun enggan campur tangan mengenai perkara itu.
“Suspek dipercayai menemui abang iparnya sambil membawa sebilah parang dan mengaku menetak seseorang sebelum menghilangkan diri,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Senior Asisten Komisioner Omar Mammah ketika dihubungi semalam mengesahkan perkara itu dan memaklumkan mayat mangsa dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk bedah siasat. “Setakat ini, polis masih menyiasat motif kejadian dan berusaha mengesan suspek yang sudah melarikan diri selepas menyerang mangsa.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Tuesday, 24 September 2013

BREAKING NEWS! SEORANG AWAM DIPANCUNG DI ZAMBONGA CITY (6 GAMBAR)

Kumpulan pemisah yang menolak rundingan damai dengan kerajaan Filipina telah melepaskan sembilan guru dan empat pegawai kampung pada selasa sehari selepas menawan tebusan dalam serangan ke atas sebuah bandar selatan yang membunuh 10 orang, termasuk seorang awam yang telah dipancung , kata pegawai.

Keganasan sepanjang minggu ini akibat daripada pertempuran antara tentera kerajaan dengan beberapa saki baki lelaki bersenjata yang terpisah daripada satu lagi kumpulan pemisah Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang mana pada 9 September telah menawan 100 orang awam sebagai tebusan dan beberapa kawasan-kawasan yang diduduki di Bandar Zamboanga.

Kira-kira 40 Kumpulan Pemisah Moro masih menawan kira-kira 20 tebusan yang masih berkurung di Zamboanga , kata jurucakap tentera Lt Kol Ramon Zagala.

Tiada butir-butir lanjut diketahui samada kedua-dua serangan adalah berkaitan tetapi pemimpin kedua-dua kumpulan telah bertemu sekurang-kurangnya sekali dan kedua-duanya menentang rundingan damai yang melibatkan 11,000 anggota Barisan Pembebasan Islam Moro (MNLF).

Dalam serangan terbaru pada Isnin , pertempuran meletus dan kumpulan pemisah menggunakan tawanan mereka sebagai perisai manusia, kata jurucakap tentera serantau Kol Dickson Hermoso.

Empat tentera dan empat anggota kumpulan pemisah terbunuh , tambahnya lagi.

Pada Selasa, tentera telah menjumpai dua mayat orang awam, salah seorang daripadanya telah dipancung dan seorang lagi ditembak di kepala , kata seorang lagi jurucakap tentera , Kol Dickson Hermoso .

Beberapa tebusan kemudian melarikan diri atau telah dibebaskan oleh tentera , manakala baki sembilan guru dan empat pegawai telah dibebaskan pada 4:45 pagi Selasa, kata tentera.






Kutipan dan olahan berita dan gambar : GMA News TV/AFP/Reuters

PUNCA SEBENAR KEMATIAN PELATIH PLKN

Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), ditemui mati di bilik air Kem Pinggiran Pelangi, dekat Muazzam Shah, tengah malam kelmarin, dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

Mangsa, Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, yang berasal dari Kerdau, Temerloh, ditemui terbaring dalam bilik air itu oleh rakan lain pada jam 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata laporan bedah siasat Hospital Muadzam Shah menunjukkan ada kesan lebam di belakang telinga mangsa dipercayai akibat pukulan objek tumpul.

Teruskan siasatan

“Mangsa meninggal dunia kemungkinan akibat dipukul berdasarkan kesan lebam di belakang telinga tetapi kita akan teruskan siasatan bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Johari berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sebaik ditemui, mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Muadzam Shah, namun disahkan sudah meninggal dunia,” katanya. Menurut sumber Berita Harian.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pengarah Latihan Khidmat Negara, Rozainor Ramli, berkata sebelum itu, mangsa dalam keadaan sihat serta baru selesai menjalani latihan bersama pelatih lain.

“Satu pasukan khas ditubuhkan pada peringkat jabatan bagi menyiasat perkara itu sebaik memperoleh laporan bedah siasat mengenai punca kematian mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bapa mangsa, Norhamidi Bakar, 46, ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Muadzam Shah, berkata kali terakhir beliau bertemu Muhammad Suhaimi adalah ketika menghantarnya ke kem untuk pendaftaran, bulan lalu.

Anak sulung daripada tiga beradik itu seorang yang pendiam namun disenangi rakan.

“Sebelum pergi, arwah bersemangat menyertai PLKN dalam usaha mengejar cita-citanya menjadi anggota polis. Saya reda dengan kejadian yang menimpanya,” katanya.

FAIL - HAPPY FIFTH FAILNIVERSARY DATO SERI ANWAR IBRAHIM

Inilah janji-janji yang tak kunjung tiba. Bagai menanti buah yang tak gugur. Penyokong menunggu sampai berjanggut. Apakan daya ada yang masih percaya...Tunggulah!..


Monday, 23 September 2013

Adakah Chin Peng Merupakan Seorang Pejuang Negara ?

Pandangan SYA Mengenai Isu Chin Peng
Isu ini sebenarnya merupakan satu isu yang amat sensitif. Oleh itu , diharapkan para pembaca dapat membaca dengan pemikiran yang rasional dan tenang.

Ramai yang suka memetik sesuatu tindakan dan perjuangan tanpa melihat kepada objektif perjuangan tersebut.Saya hendak mulakan dengan satu analogi yang cukup mudah dan walaupun ada persamaan maka kita akan melihat mula perbezaannya.

1. Ah Chong membunuh Toshiba kerana hendak membalas dendam
2. Ah Chong membunuh Toshiba kerana hendak mempertahankan dirinya
3. Ah Chong membunuh Toshiba kerana hendak mendapat kuasa
4. Ah Chong membunuh Toshiba kerana hendak melindungi keluarganya

Persamaan di atas Ah Chong adalah seorang pembunuh dan hanya kerana apa yang membezakan pembunuhan beliau sah atau tidak.

Dalam isu Chin Peng , PAS  Muhammad Sabu , PKR Tien Chua dan Pemimpin DAP yang lain terus mengatakan Chin Peng adalah pejuang negara hanya berlandaskan kepada frasa pertama iaitu Chin Peng berjuang menentang penjajahan dan kezaliman Jepun. Namun begitu , untuk mengatakan Chin Peng adalah Pejuang Negara atau tidak perlu berlandaskan kepada konsep frasa kedua iaitu demi apa dan mengapa ?

Pada tahun 1937 Chin Peng menyertai gerakan AEBUS dan seorang penyokong kuat Sun Yat Sen di negara China dan pada tahun 1939 beliau sebenarnya hendak ke Yunnan ( China ) untuk menyertai perjuangan politik di negara China. Namun begitu , Chin Peng disarankan oleh pemimpin komunis di China untuk terus berada di Tanah Melayu untuk menguatkan penyebaran ideologi komunisme . Chin Peng pada awalnya hendak membantu negara China untuk menentang Jepun di China . Oleh itu , apabila dinasihatkan untuk terus berada di Tanah Melayu  dan Jepun pula menjajah kita pada ketika itu maka Chin Peng mengambil peluang tersebut untuk bangkit menentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Oleh itu , Chin Peng menentang Jepun kerana beliau menyokong perjuangan komunis dan membenci serangan Jepun terhadap negara Cina adalah satu kebenaran. Jika hendak katakan Chin Peng menyerang Jepun demi Tanah Melayu maka setakat ini masih ada hujah sejarah yang tepat untuk membuktikkannya. Namun begitu , perjuangan Chin Peng pernah membantu Tanah Melayu maka frasa ini masih lagi tepat pada tempatnya. Kita perlu ingat Jepun menyerah kalah bukan disebabkan kekuatan Chin Peng tetapi pada tahun 1945 Jepun menyerah kalah disebabkan oleh bom di Hiroshima dan Nagasaki oleh pihak Amerika Syarikat. Sekirannya dengan mudah mengatakan Chin Peng adalah pejuang negara maka bukankah dalam isu ini Amerika Syarikat juga pejuang negara ? Atau sebenarnya kebetulan ? Kalau kebetulan maka adakah Chin Peng benar – benar merupakan seorang pejuang negara ? Tapi kalau hendak katakan sumbangan dan jasa Chin Peng membantu dalam menyerang Jepun maka kenyataan ini masih lagi adil pada tempatnya.

Namun begitu , mengapa pula selepas Malaysia sudah MERDEKA pada tahun 1957 dan Chin Peng masih lagi meneruskan pemberotankan bersejatanya sehingga tahun 1989 ? Jika sebelum ini Chin Peng berjuang dengan membebaskan negara Malaysia daripada Jepun mahupun British dan mengapa pula selepas itu menyerang penduduk tempatan , pihak polis dan tentera dan rakyat Malaysia  ? Adakah tindakan serangan ini benar – benar demi membebaskan Malaysia daripada penjajah ataupun untuk berkuasa ?

Kalau ada hujah sekali yang bernas dan tepat mengatakan Chin Peng adalah pejuang negara kerana melihat jasanya menentang Jepun dan British maka mungkin juga ada kebenarannya.

Namun begitu , frasa yang lebih tepat untuk menggambarkan keseluruhan rentetan peristawa dan sejarah yang sebenar. Keadaan ini bermaksud Chin Peng Pernah Menjadi Seorang Wira dan Pejuang Negara ( apabila menentang Jepun dan British ) tetapi mula mengkhianati negara selepas itu.

Dalam bahasa English CHIN PENG USE TO BE A NATIONAL HERO BUT LATER ON A TRAITOR .

Saya rasa frasa saya lebih adil. Saya tidak mahu meluputkan jasa Chin Peng pada awalnya namun sejarah bukan sahaja boleh kita main pilih dengan suka – suka dan dijadikan hujah. Kita perlu melihat keseluruhan jangka masa itu.

Sebagai contohnya , pada hari ini saya sangat baik terhadap keluarga anda dan selalu membantu keluarga anda. Keadaan ini bermakna saya sangat berbudi kepada keluarga anda. Namun begitu , tiba – tiba saya pula akhirnnya membunuh seluruh keluarga anda maka adakah hanya disebabkan saya pernah membantu dan berbudi terhadap keluarga anda maka saya boleh membunuh keluarga anda dengan sesuka hati ?

Apa frasanya ? DIA  Pernah Berbudi kepada Keluarga Saya namun Akhirnya Beliau Khianat.

ANWAR IBRAHIM KENA KEJAR! SIAPA PULAK?

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini mengulangi desakan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab kesahihan surat misteri bertajuk “Bankleaks Anwar/Karpal (20/06/2013)” yang diedarkan di Parlimen Permatang Pauh, awal Ogos lalu.

Surat lapan muka surat yang didakwa didedahkan oleh pemberi maklumat rahsia yang merupakan bekas pekerja Pengerusi DAP, Karpal Singh itu menceritakan ‘urus niaga’ bernilai jutaan ringgit melibatkan Anwar dan Karpal, selain mencatat nilai simpanan Anwar yang berjumlah kira-kira 16,867,680.88 di 5 buah bank.

“Seperti dijanjikan, JMM tampil hari ini menyerahkan surat kebenaran untuk ditandatangani Anwar bagi membolehkan Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan maklumat akaun-akaun bank seperti terkandung dalam surat misteri sekaligus membersihkan nama beliau.

“Kalau tak nak jumpa, beliau boleh pos terus kepada bank negara dan Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz untuk menjelaskan kemelut akaun beliau ini,” ujar Presiden JMM, Azwanddin Hamzah.

Azwanddin mewakili JMM menyerahkan dua keping surat yang disediakan JMM di kediaman Anwar di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.

Pekerja Anwar bagaimanapun mendakwa Anwar sudah keluar.

Surat JMM berkenaan diterima oleh seseorang dikenali sebagai Pak Ibrahim dan tiga pekerja Anwar. Menjawab persoalan Pak Ibrahim mengapa tidak terus pergi ke pejabat Anwar, Azwanddin menyatakan JMM akan berbuat demikian minggu hadapan.

JMM sebelum ini pernah berikrar akan mengikuti Anwar ke mana sahaja termasuk di Parlimen, ceramah-ceramah, rumah dan malah sehingga ke Amerika Syarikat (AS) sekali pun asalkan ketua pembangkang berkenaan sanggup menandatangani surat kebenaran akses kepada akaun banknya.

Video dan kisah selanjut di Mynewshub

BREAKING NEWS! ANGGOTA POLIS TERKORBAN DALAM OPERASI OPS CANTAS KHAS

Seorang anggota polis maut selepas dipercayai dihentak batu di mukanya oleh seorang penjenayah semasa melakukan Ops Lejang di Taman Teknologi Çheng Melaka pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, mangsa dipukul ketika mengejar penjenayah terbabit di kawasan kilang yang menempatkan barangan besi buruk itu

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa dikatakan menahan sebuah kereta dinaiki tiga lelaki sebelum dua daripada mereka ditahan, manakala seorang lagi suspek melarikan diri ke dalam belukar. Mangsa dipukul ketika mengejar penjenayah terbabit di kawasan kilang yang menempatkan barangan besi buruk itu

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, ketika mengesahkan perkara itu berkata, ketika mangsa mengejar seorang suspek itu, berlaku bergelutan sebelum anggota polis dihentak dengan batu dan disahkan meninggal dunia. 

Takziah kepada keluarga anggota polis berkenaan.

Sumber Berita : Kosmo dan Admin amRF

SYABAS POLIS DIRAJA MALAYSIA @PDRMsia

Kes jenayah yang melibatkan penggunaan senjata api di negara mencatatkan penurunan sehingga 90 peratus sejak Ops Cantas Khas dilancarkan, menurut polis.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan, terdapat pengurangan kes jenayah secara keseluruhan sejak operasi berkenaan dilancarkan, 17 Ogos lalu.
"Sejak 36 hari (daripada 17 Ogos hingga 22 September), kes jenayah berat telah mencatatkan penurunan daripada 12.48%, dengan kes bunuh turut mencatatkan penurunan sebanyak 33.78%, kes rompakan bersenjata secara berkumpulan turun sebanyak 23.58% dan rompakan pula turun sebanyak 26 peratus jika dibandingkan daripada jumlah hari yang sama pada 12 Julai dan 16 Ogos.
"Secara keseluruhan sebanyak 23 senjata api, 14 senapang buatan sendiri, 1,238 butir peluru, sebutir bom buatan tangan dan 445 kereta curi ditemui semula sejak 17 Ogos hingga 22 September.
"Kami juga menahan 10,695 orang atas pelbagai kesalahan, termasuk peras ugut, rompakan bersenjata, kereta curi serta mereka yang terlibat dengan kumpulan kongsi gelap," katanya sambil menambah, bahawa setakat ini pihak polis telah menjalankan pemeriksaan ke atas 267,496 orang dan 168,556 kenderaan.
SAC Abdul Jalil berkata daripada jumlah tersebut sebanyak 198 kereta dan 215 motosikal yang dicuri ditemui semula.
"Empat pistol palsu, 27 pedang, 105 parang dan 116 pisau serta 29 tukul besi turut dirampas," katanya.
He said that on Saturday alone, police checked 16,951 people and 7,872 vehicles, resulting in the arrest of 407 people.
“We seized a home-made air rifle and five bullets from one suspect.
“Eight stolen motorcycles and three stolen cars were also recovered on Saturday,” he added.
Opd Cantas dilancarkan ekoran peningkatan kes tembak di negara ini, mereka yang terlibat dipercayai menggangotai kumpulan kongsi gelap yang terlibat dengan aktiviti haram seperti pengedaran dadah dan peras ugut.
Fasa 1, operasi berkenaan menyasarkan untuk mengesan dan merampas senjata terutamanya senjata daripada ahli kumpulan kongsi gelap.
Fasa 2, yang sedang berlangsung melibatkan usaha untuk mengesan ahli 49 kumpulan kongsi gelap yang telah diisytiharkan sebagai pertubuhan haram.
Sementara Fasa 3, pula polis akan mengesan ketua kumpulan kongsi gelap berkenaan serta merampas aset mereka.
Fasa ini dijangka bermula tidak lama lagi.
Abdul Jalil turut menggesa mereka yang mempunyai maklumat mengenai kumpulan kongsi gelap berkenaan segera menghubungi pihak polis di talian 03-2266 3333 atau 03-2031 9999 atau melaporkan maklumat tersebut kepada mana-mana balai polis berhampiran.

Mstar

Sunday, 22 September 2013

TERKINI ZAMBOANGA CITY! 6 LAGI TERBUNUH DALAM PERTEMPURAN (4 GAMBAR)

Enam lagi terbunuh dalam pertempuran pada Sabtu di selatan Filipina antara tentera kerajaan dengan kumpulan pemisah setelah mengepung sebuah bandar pelabuhan, menurut jurucakap tentera. Lima orang anggota Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) telah terbunuh dalam pertempuran dengan tentera di bandar Zamboanga, 875 kilometer ke selatan Manila, kata Leftenan Kolonel Ramon Zagala.

"Ini menjadikan 102 orang musuh-musuh yang telah dibunuh," katanya. "Kami akan cuba untuk menamatkan pengepungan ini secepat yang mungkin." Seorang perempuan tua juga dibunuh apabila peluru mortar melanda rumahnya, kata polis Inspektor Elmer Acuna, membawa kepada 12 orang awam terbunuh sejak serangan bermula pada 9 September. Sepuluh anggota tentera dan tiga pegawai polis juga telah terbunuh  manakala lebih 118,000 penduduk telah dipindahkan.

Lebih daripada 10,000 buah rumah telah musnah dalam kebakaran yang didakwa angkara pejuang MNLF pejuang yang ingin menghalang kemaraan tentera kerajaan. Kumpulan pemisah juga didakwa menawan beratus-ratus orang awam sebagai tebusan, tetapi hanya kira-kira 20 orang tebusan sahaja yang masih berada dalam tawanan, kata pihak berkuasa.



Kutipan dan olahan berita serta gambar daripada Business Recoder/AFP/Reuters

LELAKI LIBAS POLIS DENGAN PARANG DITEMBAK!

Seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam satu kes curi cedera ditembak selepas cuba menyerang anggota polis dengan parang di Jalan Dara dekat kawasan ladang Felda Chini di sini 5.45 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata, terdahulu polis menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan suspek, 45, dipercayai sedang mencuri buah kelapa sawit di ladang berkenaan sebelum tiga anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Semasa tiba di kawasan ladang berkenaan, polis mengepung untuk memberkas suspek namun dia bertindak agresif sebelum menyerang anggota polis terbabit dengan parang.

"Suspek yang tidak mahu menyerah diri itu bertindak melibas parang berkenaan ke arah anggota polis menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, tembakan itu mengenai bahagian perut dan dada suspek.

"Berdasarkan siasatan awal suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau," katanya.

Katanya, suspek kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan dan keadaannya dilaporkan stabil.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 307 Kanun Keseksaan," katanya.

BERNAMA

ALKISAH MELAYU MALAYSIA MEWAFATKAN MAYAT KOMUNIS!

MELAYU l:

CHIN Peng sudah mati. Namun, segelintir rakyat Malaysia juga mati fikiran mereka. Mereka mahu supaya mayat komunis itu atau abunya dibawa pulang dan diberi penghormatan.

Ramai pula Melayu dalam laman sosial yang menangisi pemergian pemimpin komunis itu. Ada yang berkata Chin Peng sudah wafat! Mereka mahu mayatnya dikebumikan di tanah air ini.

Seorang lagi pemuda Melayu semasa 'bertwit' menulis: Mayat Chin Peng akan dibawa pulang? Kami anak muda sedia sahut dan urus jenazah pejuang itu!

Tidak pasti apakah budak itu sedar apa yang dia cakap? Atau hanya mahukan perhatian murahan.

Sedarkah dia berapa ramai orang kampung dan askar-askar Melayu dan kaum lain terbunuh dan dibunuh angkara kezaliman komunis di zaman itu.

Budak itu adalah pengikut tegar PKR. Adakah para pemimpinnya Anwar Ibrahim (yang kini sudah terlalu senyap) atau isterinya Wan Azizah juga berfikiran sama seperti budak itu?

Kita cabar Anwar dan Wan Azizah nyatakan pendirian mereka terhadap Chin Peng. Apakah pendirian mereka juga sama macam budak itu?

Persoalannya di sini bukan untuk membincangkan mengenai kematian komunis itu, tetapi kesanggupan budak itu, bekas pelajar UiTM, yang tergamak membuat kenyataan sedemikian.

Dia bukanlah budak bodoh, tetapi sengaja cuba membuat provokasi dengan keadaan itu.

Dia mahu supaya pengikutnya, termasuk Anwar dan Wan Azizah menyokongnya dan dalam masa yang sama mahu supaya satu lagi pihak menghentamnya.

Kita juga tidak pasti apakah itu juga pendirian ibu bapa yang melahirkan anak itu ke dunia ini.

Persoalannya, mengapa hanya Chin Peng? Mengapa mereka hanya mendesak mayatnya dibawa pulang ke Malaysia, bagaimana pula dengan komunis Melayu yang lain, yang juga mati dalam buangan. Tak dengar bising pun meminta komunis Melayu yang mati di luar negara itu dibawa pulang!

Malangnya, budak-budak Melayu itu hanya menjaga pak turut daripada mesej yang ditiup oleh orang lain. Sedihnya.

MELAYU ll:

SUDAHLAH Melayu ditekan orang asing kata kita bodoh, tak competent, tak cekap. Ironinya seorang Melayu, peguam Dr. Azmi Sharom sendiri berkata agenda ekonomi bumiputera yang diperjuangkan kerajaan tidak mengikut Perlembagaan (unconstitutional)?

Nampak gaya nasib Melayu dah tak lama. Kalau Melayu ini mati, barulah orang-orang ini akan berpuas hati.


Mereka yang bercakap ini bukan orang miskin, mereka sudah tentu orang senang yang tidak tahu orang Melayu kampung mahu pun bandar masih memerlukan bantuan.

Orang putih di Britain pun, tanpa bantuan kerajaan dengan agenda kesihatan percuma (NHS) dan perumahan, mereka juga akan mati dan mengamuk. Bukan semua orang putih di UK dan di England itu kaya.

Samalah juga dengan orang Melayu di sini. Mereka perlu dibantu. Jika mereka dibantu apa salahnya? Adakah itu salah? Jika kita mahu keluarkan mereka daripada kemiskinan, apakah itu menyalahi Perlembagaan?

Sudah tentulah kedudukan kaum-kaum lain tidak dikecualikan, tapi keutamaan haruslah kepada kumpulan majoriti yang besar ini. Kerana jika yang besar ini mengamuk, buruk padahnya.

Namun, saya angkat tangan menyerah kalahlah jika ada orang Melayu macam lawyer Dr. Azmi Sharom berpandangan sebegini. Kita tahu Azmi ini juga bukan bodoh, dia ini bijak pandai.

Tetapi siapa Azmi ini? Menurut carian saya, dia ialah pensyarah di Universiti Malaya (UM). Seorang yang gemar menentang kerajaan. Anti-BN.

Jika diklik dan mencari namanya di YouTube dia banyak memberi kuliah kepada pelajar IPTS mengenai Perlembagaan.

Antara komen yang pernah disampaikannya juga ialah mengenai kebebasan beragama.

Dia juga ialah kolumnis akhbar The Star. Masih mengajar di Universiti Malaya dan mempunyai pengikut yang besar oleh kalangan bukan Melayu dan belia-belia Melayu Liberal, khususnya, pelajar undang-undang.

Dia mendakwa sebagai autoriti dalam Perlembagaan Malaysia.

Mungkin pensyarah lain tidak sehebat Azmi, kerana mereka tidak sevokalnya, atau tidak menulis dalam bahasa Inggeris di akhbar Inggeris, atau tidak memberi kuliah kepada para pelajar IPTS atau tidak berceramah mengenai Perlembagaan!

Zaini Hassan
Utusan Malaysia
18 September 2013

AIR PASANG SURUT BERTUKAR TRAGEDI (10 GAMBAR)

Kuasa Allah tiada siapa pun boleh menghalangnya. Allah Maha Besar!

Satu kejadian dan fenomena air pasang surut bertukar tragedi apabila gelombang besar setinggi 20 meter yang dipengaruhi oleh taufan "Trami" melanda Sungai Qiantang Haining. Laoyancang. Fenomena air pasang surut ini amat jarang berlaku menyebabkan ribuan orang datang untuk melihat sendiri.

Walau bagaimanapun, fenomena yang menyeronokkan itu bertukar tragedi yang memusnahkan tembok dinding penghadang air pasang surut setinggi 20 meter, menyebabkan kecederaan yang hampir 30 orang pelancong.











CEC DAP! DAP MASIH GAGAL KUASAI EXCEL?

SEPATUTNYA bila pemilihan pertama sudah dibuktikan penuh dengan penipuan undi dan penyelewengan, pemilihan kedua yang bakal diadakan perlulah diaudit oleh audior luar.

Barulah orang kata adil dan logik.

Sebab orang yang terlibat menguruskan kedua-dua pemilihan tersebut ialah orang yang sama.  Kalau dia boleh menipu secara terang-terangan dalam pemilihan yang pertama, apa yang menghalang dia dari menipu dalam pemilihan yang kedua?

Penulis rasa sebagai sebuah parti yang hampir penuh dengan para manipulator undang-undang, persoalan semacam ini adalah persoalan yang sangat-sangat asas.  Macam sebelum makan kena bersihkan tangan dulu, asas macam itu sekali.

Tapi bila DAP tetap nak menlantik auditor dalaman untuk memastikan ketelusan dalam pemilihan kedua bulan ini, ia mencetus persoalan yang sangat besar, sama ada sengaja nak tempah bala, atau tidak ada firma audit luar yang berani mempertaruhkan imej masing-masing setelah melihat ketirisan dan ketidak telusan yang berlaku dalam pemilihan pertama.

Penulis berat mengatakan, masalah kedua itulah yang menyebabkan DAP terpaksa melantik auditor dalaman.

Meniaga, lebih-lebih lagi dalam bidang audit ini memang macam itu, semuanya tentang reputasi dan imej syarikat sebab disitulah datangnya punca pendapatan dan peluang bisnes yang lain.  Kalau bangku rosak boleh beli baru, imej rosak, bukan senang nak dapat balik.

Dalam masa yang sama pulak, takkan DAP nak upah auditor yang cikai-cikai untuk audit keputusan CEC nanti, tapi masalahnya dengan auditor luar yang terkenal seperti Price Water House dan sebagainya, imej dan reputasi penting.

Tengok keputusan dalam pemilihan yang pertama, penulis boleh faham kalau tidak ada firma audit terkenal ini yang berani.  Tak dapat duit dari DAP pun tak mengapa, jangan pelanggan akan datang pulak lari atau lebih teruk, pelanggan yang sedia ada pun hilang jugak.

Hanya disebabkan DAP seorang.

Situ saja membuktikan bahawa DAP ini adalah sebuah parti yang tidak boleh dipercayai.  Memang dia cakap degar-degar pasal ketelusan, akauntabiliti dan sebagainya, tapi sekarang kita semua tahu bahawa itu hanyalah penyedap bibir saja.

Hakikat yang sebenarnya, parti itu nombor dua paling tidak boleh dipercayai dalam soal ketelusan pemilihan dibelakang PKR.  Pemilihan PKR jangan cakaplah, lagi tunggang langgang, sudahlah jawatan Ketua Umum setaraf wali,tidak boleh dicabar oleh sesiapa.

Pandangan terhadap DAP ini perlu diubah dari sekarang.  DAP bukan lagi parti yang mementingkan ketelusan, DAP adalah parti yang mengutamakan kronisme dan nepotisme lebih dari demokrasi dan kehendak sebenar ahli.

Suara Generasi Baru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...