Pages

Friday, 28 June 2013

PANAS: Transkrip Penuh Temubual Dengan Jusuf Kalla Berhubung Pertemuan Dengan Anwar, Najib

Nama bapak Jusuf Kalla (JK), mantan Naib Presiden Indonesia menjadi penting di Malaysia kerana peranan persahabatannya dalam PRU13 baru-baru ini. Ramai rakyat Malaysia terkejut bagaimana beliau tiba-tiba muncul dalam kancah politik Malaysia.

Ikuti perbualan eksklusif saya dengan bapak Jusuf Kalla di Jakarta baru-baru ini yang turut memperkatakan pelbagai isu sampingan.

Sebagai Ketua Editor Merdeka-Online, sebuah portal baru yang saya usahakan dengan matlamat rakyat Malaysia boleh meresapi jiwa merdeka dengan semangat “a sense of belonging“. Baru-baru ini, pada 1 Jun 2013 saya berkunjung ke rumah bapak Jusuf Kalla, di Jakarta, Indonesia dengan niat untuk bertemu bapak Jusuf Kalla sekiranya beliau boleh ditemuramah. Alhamdulillah, bukan sahaja saya diterima dengan baik oleh bapak Jusuf kalla, tetapi saya turut dapat berbicara pelbagai hal khususnya mengenai Pilihanraya Umum Ke-13 di Malaysia. Ikuti sedutan soal-jawab saya dengan bapak Jusuf kalla.

MO: Assalamualaikum dan terima kasih saya ucap kepada Bapak atas kesudian menerima kehadiran saya.

JK: Waalaikum Salam warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

MO: Saya ingin menyatakan perasaan teruja atas peranan bapak dalam hal, kalau bisa disebut perdamaian semasa Pilihanraya Umum di Malaysia baru-baru ini. Saya dapati rata-rata rakyat Malaysia masih tertanya-tanya bagaimana bapak tiba-tiba bisa muncul dalam hal ini?

JK: Sebetulnya, saya ingin jelaskan bahawa bapak Anwar bertemu saya sebanyak 3 kali. Pertamanya pada bulan Mac, 2013 di rumah ini juga dia datang pada malam hari. Ketika itu, hadir bersama dua ahli Parlimen Indoneisa iaitu Yusril Ihza Mahendra dan Fahmi Idris.

Saya lihat, pada ketika itu, Anwar terlalu yakin akan menang Pilihanraya di Malaysia, kerana katanya di mana-mana dia pergi sambutannya cukup luar biasa.

Jadi Anwar mahu saya jadi perantaraan kepada bapak Najib, karena hubungan saya dengan kedua-dua mereka ini sangat baik, maka atas dasar persahabatan saya menerima. Bukan saya mahu masuk campur dalam urusan negara Malaysia, saya menerima urusan ini sebagai urusan persahabatan saya.

MO: Barangkali bapa bisa jelaskan apakah permintaan bapak Anwar semasa pertemuan dengan bapak tempohari?

JK: Anwar memang ada membuat beberapa permintaan supaya saya bisa sampaikan kepada bapak Najib. Pertamanya, Anwar mahu agar supaya bapak Najib menerima ketetapan bahawa sesiapa yang kalah hendaklah menerima kekalahan itu. Dan yang kalah juga hendaklah mengucapkan selamat berjaya kepada yang menang, dan yang kalah itu kalau bisa disesuaikan dalam pentadbiran kerajaan yang baru.

Jadi, saya terbang ke Kuala Lumpur dan menyampaikan permintaan-permintaan Anwar itu dan bapak Najib mendengar dengan baik.

Saya lihat bapak Najib seorang yang berjiwa besar, mendengar dengan baik segala permintaan Anwar tetapi bapak Najib juga mempunyai keyakinan yang tinggi akan menang Pilihanraya itu.

MO: Bagaimana tentang hal perjanjian, kerana di Malaysia heboh kononnya ada surat perjanjian antara Anwar dengan bapak Najib?

JK: Anwar memang ada membuat perjanjian bertulis. Anwar yang membuatnya, jadi semasa Anwar datang ke rumah saya, Anwar mahu supaya bapak Najib menurunkan tandatangan dalam perjanjian itu.

Anwar sangat konfiden akan menang. Di dalam mindanya dia sudah bayangkan dia Perdana Menteri. Jadi, saya kata kepada Anwar ok, kalau kamu kalah kamu juga harus menerima kekalahan kamu. Anwar bersetuju, jadi saya tandatangan dan Anwar juga tandatangan.

Apabila saya terbang ke Kuala Lumpur, saya bawa hal surat perjanjian ini kepada bapak Najib, saya melihat bapak Najib tidak ada masalah melihat perjanjian itu, tapi bapak Najib mengambil keputusan tidak menurunkan tandatangan. Saya tidak bisa memaksa.

Jadi saya balik semula kepada Anwar, saya beritahu kepada Anwar bahawa bapak Najib tidak turunkan tandatangan tetapi saya mahu kamu (Anwar) percaya kepada my mouth (mulut saya) bahawa bapak Najib tidak ada halangan dengan permintaan kamu (Anwar) itu. Maknanya, sesiapa yang kalah harus menerima kekalahan dengan hati yang terbuka (gentleman).

Inilah gentleman’s agreement antara saya dengan bapak Najib. Akhirnya Anwar bersetuju dalam isu bapak Najib tidak turunkan tandatangan karena Anwar mempercayai cakap saya.

Malangnya, selepas keputusan Pilihanraya, Anwar mungkir janji dan tidak komited kepada perjanjian itu sendiri. Itu sebab saya marah kepada Anwar dan kawan-kawan Anwar di Jakarta turut marah kepadanya kerana Anwar mungkir janji dan tidak komited. Asean Wall Street Journal menghub ungi saya bertanya apakah benar Anwar tidak komted. Saya beritahu mereka ya, benar Anwar memang tidak komited.

Saya tidak akan hubungi Anwar, biar dia tahu kami(Yusril, Fatmi dan teman-teman yang lain) marah kepadanya.

ISU PENIPUAN PILIHANRAYA

MO: Apa alasan Anwar tidak mahu menerima kekalahannya, mungkir janji dan tidak komited?

JK: Anwar menuduh berlaku penipuan, antaranya soal dakwat kekal. Jadi saya marah Anwar, saya kata kamu bilang dakwat itu tidak kekal, itu kamu lihat di jari kamu masih ada bekas dakwat kekal belum hilang (sambil bapak Jusuf Kalla memegang jari Anwar yang masih ada bekas dakwat).

Kemudian Anwar bangkitkan pengundi Bangladesh. Saya bilang sama Anwar, tak kan orang Malaysia tidak boleh membezakan percakapan, bahasa, budaya dan gaya orang Bangladesh. Tidak mungkin berpuluh ribu orang Bangladesh boleh dibawa masuk ke Malaysia dan menjadi pengundi. Ini tidak masuk akal.

Tapi, Anwar tetap tidak mahu menerima keputusan dan dia tetap dengan egonya.

MO: Anwar kata dia menang kerana undi popular dia lebih banyak daripada bapak Najib?

JK: Saya beritahu Anwar, kamu berada di Malaysia bukannya di Indonesia. Kalau kamu (Anwar) bertanding di Indonesia kamu sudah jadi Presiden Indonesia. Tapi di Malaysia sistemnya lain, kemenangannya dikira melalui sistem undi electoral, yang mana partai yang menang akan membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri.

Malangnya Anwar ini ego, imaginasinya sangat melampau-lampau, dia tetap mahu jadi Perdana Menteri.

Saya bilang kepada Anwar, “Kamu sudah gila?” mana mungkin kamu (Anwar) menjadi Perdana Menteri sedangkan kamu hanya menang 89 kerusi parlimen walhal bapak Najib menang 133. Tolong beri saya jawapan atas dasar apa kamu boleh jadi Perdana Menteri kerana kamu sendiri tahu kamu hanya menang 89 walhal bapak Najib menang 133.

Kami bertengkar dan akhirnya Anwar berfikir juga. Kemudian, kami juga berbicara tentang masa depannya dan masa depan Nurul Izzah. Saya bercakap tentang Menteri Penuh, Anwar meminta masa berfikir tentang perkara itu.

Kesilapan Anwar ialah dia sudah dua kali mengumumkan mahu bersara jika tewas dalam Pilihanraya, malangnya Anwar tidak pernah komited kepada janji-janjinya.

HIMPUNAN BLACK OUT 505

MO: Anwar kini sedang mengadakan himpunan Black Out 505 di seluruh negara sebagai bantahan ke atas keputusan Pilihanraya Umum baru-baru ini. Bagaimana bapak melihat perkara ini?

JK: Pertama saya mahu beritahu bahawa saya mengetahui Anwar dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington, Filipina, dan mungkin juga di negara Thai dan China, itu kamu kena selidiki. Pemberi dana yang besar itu dari sebuah syarikat besar di Filipina, dan sedikit-sedikit dari Turki untuk membantu aktiviti himpunan bantahan itu. Mereka tidak boleh menyembunyikan diri mereka kerana mereka adalah rakan-rakan bisnes yang kita ketahui siapa mereka.

Isunya untuk apa membuat himpunan tersebut jika ianya hanya memberi keuntungan kepada musuh-musuh Islam dan orang Melayu. Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengontrol (mengawal) parti DAP? Anwar terdiam dan Anwar tidak dapat memberi jawapan dengan jelas, ternyata Anwar punya masalah dan kepayahan untuk mengawal ahli-ahli parlimen dari parti lain.

Makanya, saya sendiri berfikiran tindakan Anwar mengadakan himpunan Black Out 505 itu hanya sia-sia sahaja, melainkan hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu musuh-musuh Islam.

PERTEMUAN SUSILO & ELEMEN WASHINGTON

JK: Baru-baru ini Presiden Susilo menelefon saya bertanyakan mengenai panggilan telefon dari “Polis Washington” supaya Presiden Susilo menerima permintaan Anwar untuk bertemu dengannya.

Saya memberitahu Presiden Susilo supaya tidak tunduk kepada tekanan Washington dan tidak kena dengan peraturan kenegaraan untuk menerima permintaan Anwar kerana Anwar hanya pembangkang bukan Perdana Menteri. Ini bermakna, saya sangat yakin, bahawa ada elemen Washington dalam urusan campurtangan kuasa luar dalam politik negara Malaysia. Anda perlu terus menyiasat perkara ini.

ISU PENCEROBOHAN LAHAD DATU

JK: Dalam kes pencerobohan Lahad Datu, saya juga tahu bahawa ada campurtangan dari orang-orang tertentu di Filipina, kawan-kawan Anwar seperti Joseph Estrada dan sebuah syarikat besar di Filipina memberi sokongan kewangan dalam kes pencerobohan di Lahad Datu.

Tujuan mereka satu sahaja iaitu untuk melemahkan kerajaan Malaysia, di mana mereka yang menceroboh itu mahu menunjukkan kepada dunia luar bahawa kerajaan Malaysia lemah dan gagal menangani isu tersebut.

MO: Saya ucap terimakasih kepada bapak atas kesudian bapak menerima kehadiran saya dan seterusnya berbicara tentang isu penting ini. Saya sangat hargai dan saya berharap rakyat Malaysia boleh melihat peranan bapak yang mulia ini khususnya kedua-duanya adalah sahabat baik bapak.

JK: Terima kasih.

Jakarta, Indonesia, 
1 Jun 2013.

Merdeka Online via Mynewshub

Thursday, 27 June 2013

GEMPAR! Bukti Cina Perintah Melayu! Malu der!

Pemimpin hangat-hangat taik ayam. Kalau dilihat pada awalnya begitu lantang bersuara dan berkeras bagai tiada siapa boleh menghalang keputusannya, tiba-tiba terkedu bila diugut oleh bangsa Cina. Sesuatu yang memalukan kepada pemimpin Melayu kerana tunduk kepada desakan bangsa Cina.

Keputusan menarik balik penutupan Jonker Walk bagai melutut kepada bangsa Cina. Malu besar kepada bangsa Melayu di Malaysia. Malu yang tak terhingga kerana pemimpin Melayu takut kepada tuntutan dan desakan Cina DAP. Cina DAP gertak sedikit sudah terkencing dalam seluar.

Bangsa Cina ditatang bagai minyak yang penuh. Hampir kesemua tuntutan bangsa Cina dipenuhi namun undi bangsa Cina hanya pada Cina DAP. Orang Melayu yang menjadi penyokong tegar UMNO/BN dipinggirkan dengan pelbagai alasan bodoh. Yang peliknya, Penutupan Uptown Perda, Pulau Pinang tidak pula dibuka semula walaupun orang Melayu mendesak dan berdemo supaya dibuka semula.  Cina DAP tak pedulikan pun tuntutan orang Melayu kerana Cina DAP anggap orang Melayu semuanya "bodoh"!

Inikah kehendak majoriti rakyat yang mengundi BN. Satu persoalan yang harus dijawab. Siapa yang memerintah sebenarnya? DAP atau BN?

Utara News

HOT NEWS! DAP Rancang Pindah Milik Harta Bernilai Jutaan Ringgit?

DAP didakwa sedang dalam proses memindahkan pemilikan aset parti yang bernilai jutaan ringgit kepada beberapa individu paling dipercayai dan lama dalam parti itu.

Aktivis MIC, Datuk R. Ramanan mendakwa, rancangan itu dipercayai berkait rapat dengan tekanan yang sedang dihadapi oleh DAP supaya diadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).

Beliau turut mendakwa, hanya dengan pembatalan pendaftaran parti oleh ROS, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkemungkinan besar akan dapat menyingkirkan sejumlah besar kumpulan yang tidak menyokongnya khususnya yang berketurunan India.

Menurutnya, Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang bimbang sekiranya pendaftaran parti itu dibatalkan, aset yang dimiliki oleh parti itu seperti bangunan mereka (Wisma DAP di Pulau Pinang dan Perak), pejabat, saham, wang serta aset lain akan dibekukan sekiranya terdapat bukti ada unsur manipulasi dalam pemilihan CEC Disember lepas.

"Saya mendapat maklumat daripada seorang pemimpin dalam DAP sendiri tentang rancangan ini. Beberapa individu veteran parti yang selama ini setia bersama parti dan beberapa ahli yang hanya taat setia dengan 'dinasti' telah dipilih sebagai orang kepercayaan bagi 'menjaga' harta-harta itu.

"Saya tidak menuduh tetapi saya mohon penjelasan daripada Guan Eng.

"Adakah khabar angin ini benar? Jika tidak, nafikan sahaja, tidak perlu bercerita banyak. Sekurang-kurangnya penjelasan ini akan memberi sedikit kelegaan buat ahli yang lain selain penyokong DAP," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isu pemilihan CEC parti menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh ahlinya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberi notis kepada 753 perwakilan untuk mengundi pada pemilihan tahun lalu selain timbul kemusykilan insiden memalukan salah kira undi.

Keputusan pemilihan itu yang diadakan pada 15 Disember tahun lalu juga menyaksikan tiada seorang pun calon Melayu terpilih, tetapi selepas 19 hari berlalu, DAP tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan mengisytiharkan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari sebagai ahli CEC.

Dakwa Ramanan, untuk mengaburi mata ahli DAP yang mendesak mahu pemilihan semula, Guan Eng kini begitu agresif bercakap tentang jerebu dan juga kejadian ribut melanda di Pulau Pinang baru-baru ini yang mengorbankan dua nyawa selain rod penebat kilat yang terletak di atas Menara UMNO patah dipukul angin kuat, seterusnya menghempap lapan kenderaan.

"Pemindahan aset telah dirancang sejak Pendaftar Pertubuhan (ROS) mula menyiasat unsur manipulasi undi dan penafian 753 ahli yang tidak dibenarkan mengundi pada pemilihan lepas. Namun pemindahan hanya awal bulan ini.

"Untuk mengalihkan perhatian umum, maka Guan Eng begitu agresif bercakap tentang jerebu dan isu ribut di Jalan Macalister baru-baru ini. Beliau begitu agresif menyerang kerajaan, sebenarnya beliau berniat untuk mengalihkan perhatian daripada menghidu perbuatan ini," dakwanya.

Namun demikian, menurut Ramanan, anak beranak dinasti Lim itu juga sebenarnya lebih rela andai pendaftaran parti itu dibatalkan supaya mereka berdua boleh menubuhkan DAP baru dengan hanya merekrut kroni-kroninya sahaja.

"Sebenarnya Dinasti Lim berhasrat 'menguburkan' legasi pengasas sebenar DAP, bekas Presiden Singapura, C. V. Devan Nair yang berketurunan India. Mereka berdua mahu mengasaskan parti mereka sendiri. Kedua, sekiranya pemilihan semula diadakan semula dengan kehadiran 753 ahli yang dinafikan hak mereka, maka keputusan tidak akan sesekali berpihak kepada mereka.

"Saya cabar Guan Eng supaya segera tampil nafikan semua tuduhan ini," tegasnya. (Utusan)

BREAKING NEWS : Teresa Kok Akui Projek Ternakan Babi RM100 Juta dibincangkan Kerajaan PR Selangor

Bagai satu rahmat apabila kes saman Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok terhadap Utusan Malaysia berlangsung beberapa hari ini. Satu persatu terbongkar akan agenda jahat dan perancangan licik Cina DAP. 

Sebelum ini, Teresa Kok menyatakan pendirian beliau tidak bersetuju untuk menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi semasa perbicaraan semalam. Yang terbaru, pengakuan projek ternakan babi di Selangor bernilai RM100 juta dibincangkan oleh Kerajaan PR Selangor. Yang paling menyedihkan apabila desakan membuka kuota sebanyak 10% bagi membenarkan bukan bumiputera melanjutkan pengajian di UiTM. Lebih malang lagi apabila peruntukan kewangan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada masyarakat bukan Islam.

Dimanakah agenda Melayu dalam Pakatan Rakyat?

KUALA LUMPUR 26 Jun - Isu projek ternakan babi menjadi perhatian pada  perbicaraan kes saman Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok terhadap Utusan Malaysia hari ini apabila bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu mendakwa projek bernilai RM100 Juta itu telah diluluskan sejak di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, Peguam Mohana Kumar yang mewakili Utusan dan Ketua Pengarangnya Datuk Zaini Hassan menyanggah kenyataan Teresa apabila menjelaskan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu pada April 2008.

Jawapan balas Mohana itu menyebabkan Teresa akhirnya mengakui Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim telah membincangkan projek tersebut sejurus Pakatan Rakyat (PR) berjaya merampas Negeri Selangor pada Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu.

Dalam pada itu, Teresa juga mengakui berlakunya satu desakan dari pihak Kerajaan Negeri terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim agar membuka kuota sebanyak 10% bagi membenarkan bakal pelajar bukan Bumiputra melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Akan tetapi, beliau menjelaskan usul tersebut tidak berjaya dilaksanakan susulan bantahan keras dari para pelajar UiTM.

Pada perbicaraan kes itu, Teresa turut mengiyakan soalan yang diajukan Peguam Mohana dengan menjelaskan Kerajaan Negeri Selangor turut  menyalurkan peruntukan wang dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada masyarakat bukan Islam.

Tindakan tersebut telah mendapat maklum balas negatif daripada umat Islam di Selangor.

Kes ini dibicarakan berikutan tindakan Teresa menfailkan  saman terhadap Utusan ekoran laporan yang dikeluarkan akhbar tersebut pada sekitar tahun 2008 yang disifatkannya sebagai fitnah.

Perbicaraan bersambung esok. - Rakyat News

#MelayuKenaTipuLagi

Wednesday, 26 June 2013

KURANG AJAR! DAP Mahu Tutup Semua Pasar Ramadhan

Penutupan Jonker Walk dijadikan alasan untuk balas dendam DAP kepada peniaga Melayu. Cita-cita DAP untuk menutup ruang peniaga Melayu berniaga waima tidak tinggal seorang pun.  Sebenarnya tindakan menutup perniagaan kepada orang Melayu telah lama dilakukan oleh Kerajaan Cina DAP Pulau Pinang.

Kenyataan Tony Pua supaya semua pasar ramadhan ditutup membuktikan sikap rasis dan balas dendam yang membara kepada orang Melayu. Namun masih ada orang Melayu yang bersengkongkol dengan Cina DAP ini demi sesuap nasi sekaligus membunuh perniagaan orang Melayu.

Penutup Uptown Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang juga salah satu contoh sikap balas dendam Cina DAP kepada orang Melayu. Hampir 140 orang peniaga Melayu hilang mata pencarian dengan  sekelip mata. Itu pun masih ada orang Melayu menyokong cina DAP yang rasis in dan menambahkan sikap kurang ajar mereka terhadap orang Melayu.


KUALA LUMPUR: Sikap perkauman DAP semakin terserlah hari ini apabila Ketua Publisiti parti itu, Tony Pua mencadangkan pasar Ramadan juga ditutup kerana didakwanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Katanya, jika benar alasan kerajaan negeri bahawa keputusan untuk menutup pasar malam pelancong Jonker Walk di Kota Melaka kerana mahu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang melampau, maka tindakan yang sama perlu diambil ke atas Pasar Ramadan.

"Saya rasakan kalau-kalau satu pasar malam mahupun pasar tani ataupun pasar Ramadan akan menyebabkan kesesakan lalu lintas, maka semua pasar-pasar, semua pasar tani di Melaka atau mana-mana negeri perlu dibatalkan secara langsung.

"Kenapa tutup saja di Jonker Walk? Saya rasa semua tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri ini adalah tindakan politik yang langsung tidak mengambil kira keperluan rakyat di Malaysia. Ia hanya mengambil kepentingan politik Umno," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau selain itu turut menggesa penutupan Jonker Walk itu dibatalkan dengan serta merta.

Kemelut itu timbul apabila akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Daily hari Isnin lalu melaporkan Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron sebagai berkata, mesyuarat anggota exco pada 12 Jun lalu memutuskan menutup pasar malam berkenaan demi memenuhi hasrat rakyat.

Bagaimanapun Idris telah menafikan laporan itu. Katanya, keputusan yang diambil pada mesyuarat exco itu adalah untuk membuka semula jalan raya yang ditutup kerana kerajaan negeri menerima banyak rungutan daripada pengguna berhubung kesesakan teruk di sekitar laluan masuk ke bandar raya Melaka berhampiran Jonker Walk setiap hujung minggu.

"Ada pengguna mendakwa untuk sampai ke bandar raya Melaka dari Plaza Tol Ayer Keroh memakan masa sehingga empat jam," katanya.

Perkara itu bertambah kusut apabila sebuah portal mesra pembangkang memetik ADUN Kesidang, Chin Choong Seong bahawa penutupan Jonker Walk adalah 'pembalasan' kepada pengundi Cina yang menyokong pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13. Antara Pos

#OrangMelayuKenaTipu

Berita Penuh mengenai Teresa Kok yang tidak bersetuju "Islam Sebagai Agama Persekutuan"


Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menyatakan pendirian beliau tidak bersetuju untuk menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Teresa dihadapan Hakim Siti Khadijah dalam perbicaraannya terhadap Utusan Melayu (M) Bhd di Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini.

Ketika perbicaraan, Peguam Mohana Kumar yang mewakili Utusan menyoal Teresa samaada beliau bersetuju ataupun tidak pewartaan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan oleh.

"Tidak setuju," kata Teresa.

Teresa yang diwakili oleh Peguam Sankara Nair kemudiannya kerap membantah soalan-soalan seterusnya yang diajukan kepadanya.

Saman Teresa terhadap utusan difailkan pada Februari 2009 ekoran dakwanya Utusan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah keatas dirinya.

Rakyat News

CELAKA : Sally Yen Bertambah Kurang Ajar Hina Islam

Hinanya agama Islam. Tiada siapa pun yang mahu mempertahankan agama suci Islam. Tindakan penguatkuasa yang lemah menambahkan kekalutan dan menimbulkan keresahan kepada semua penganut agama Islam di negara ini. Jika dibiarkan berleluasa, agama Islam akan dipermain-mainkan sesuka hati oleh penganut agama lain.

Tindakan seorang Cina Bangsat, Sally Yen yang menghina Rasulullah dan agama Islam secara terang-terangan langsung tidak diambil peduli oleh penguasa yang berwajib. Tambahan pula sokongan Ustazah Segera PAS, Abby Abadi terhadap tindakan Cina Bangsat ini menyebabkan Cina Bangsat ini bertambah berani.

Komen terbaru Sally Yen lebih dasyat menghina Islam tanpa dipedulikan langsung oleh penguasa berwajib ataupun pak-pak menteri. Oleh kerana Sally Yen ingin berbangsa Cina, maka tiada tindakan boleh dibuat kerana kekebalan bangsa Cina di negara ini dilindungi oleh pak-pak menteri. Lagi menjadi parah, parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, takut untuk bersuara demi menjaga hati rakan sekutu Kristian Cina DAP.

Malang bagi penganut agama Islam di sebuah negara, Islam sebagai agama rasmi. Agama sendiri tidak dapat dipertahankan malahan bangsa sendiri memijak sesama bangsa demi sekelumit wang ringgit yang ditaburkan oleh Cina-Cina Bangsat.

Rakyat masih menunggu apakah tindakan berani yang akan dilakukan oleh pak-pak menteri  dan penguasa yang berwajib atau masih takut saku-saku dipoket sendiri menguncup!

#JihadKeranaAllah

KESIAN: Chegu Bard Kena Bontot! Adeeees!

Bak kata pepatah, "Rumah Siap, Pahat Berbunyi". Dalam diam rumahtangga yang dilihat bahagia rupanya bergolak dan bercakaran macam kucing dan anjing. Hubungan yang akrab bagai cium mulut rupanya telah dijuburi tanpa sedar. (Sakit tak?).

Begitulah nasib penyokong dan anjing-anjing tukang lalak Anwar Ibrahim yang asyik kena tipu waima "penganjing utama", Chegu Bard.

Bertambah kesian apabila anjing-anjing ini berpanas dan berguling-guling sambil melalak tak ingat dunia memperjuangkan agenda "Tuan Anjing". Lebih malang lagi apabila anjing-anjing ini ditangkap, langsung tidak dipedulikan oleh tuannya.

Sudah menjadi resmi anjing, sebagai bodoh dan biul menurut kehendak tuannya, sementara tuannya gelak ketawa kerana melihat kebodohan anjing-anjing belaan mengikut telunjuk bodoh yang tak masuk akal.

##KesianKenaTipu

ScreenShot Credit : ASSU

BREAKING NEWS : SAMAN BODOH! Gila Punya Manusia

Dunia sudah semakin gila. Gila bagai tak terbendung akibat ajaran Anwar Ibrahim yang gila meroyan mahu jadi Perdana Menteri. Semua kesalahan akan diletakkan ke atas bahu Kerajaan waima Anwar Ibrahim tidak dapat menjadi Perdana Menteri sekalipun.

Inikan pula masalah jerebu yang melanda negara, masih mahu disalahkan kepada Kerajaan juga. Budaya menyalahkan Kerajaan BN adalah Propaganda Pakatan Rakyat untuk menarik sokongan dan simpati rakyat hingga perkara yang tidak masuk akal pun akan dicari punca kesalahan terletak di tangan Kerajaan. Malah akan mengancam menyaman Kerajaan dengan dakwaan cuai dan pecah amanah sehingga menyebabkan krisis jerebu di Malaysia.

Teman tak pasti, "kepala hotak" pencacai ini terletak dimana; samada di kepala atau di lutut. Punca jerebu adalah dari sebelah negara jiran, Indonesia. Mana mungkin kesalahan terletak kepada kerajaan Malaysia. Mengapa tidak menyaman terus Kerajaan Indonesia? Pelik kan? Kalau mahu jadi terkenal dan popular sekali pun, biarlah bertempat dan berpada-pada. Bak kata orang "BODOH SOMBONG" dan berlagak pandai tapi "BODOH". Adik beradik bodoh seangkatan dengan biul. Kesian..Sudah lah bodoh, biul la pulak!

KUALA LUMPUR: Dua kumpulan mengancam untuk menyaman kerajaan Malaysia atas dakwaan cuai dan pecah amanah sehingga menyebabkan krisis jerebu yang melanda negara.

Kumpulan terbabit  adalah Memacu Arus Perjuangan(MAP) dan Parti Rakyat Malaysia(PRM).

Satu notis dikatakan telahpun diserahkan kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk G. Palanivel pada pukul 4 petang tadi.

Notis antara lain meminta penjelasan kerajaan termasuk apakah langkah-langkah khusus yang dirancang akan diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah jerebu ketika ini.

Kerajaan juga diberi masa seminggu(7 hari) untuk membuat penjelasan itu.

Kegagalan, akan memaksa kumpulan itu “mengambil tindakan undang-undang dan langkah-langkah selanjutnya”.

Kumpulan itu berkata tindakan undang-undang itu dilakukan bagi meletakkan tanggungjawab terhadap kerajaan yang didakwa mereka “di bawah perlembagaan, kerajaan seharusnya melindungi warganya”.

“Kami perhatikan jerebu telah mencapai paras bahaya kebelakangan ini. Darurat telah diisytihar, sekolah telah ditutup ekoran udara beracun dan jerebu bahaya” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan Setiausaha Agung MAP, Jufliz Faiza dan Setiausaha PRM Al Jafree Md Yusop.

Menurut kenyataan itu lagi, pihak media juga telah menyiarkan nama lapan syarikat negara ini yang dikatakan terbabit dengan pembakaran hutan di Indonesia.

Ahad lalu kumpulan yang sama memberikan kerajaan 48 jam untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan namun mendakwa tidak mendapat maklum balas.

Menteri Alam Sekitar Indonesia, Balthasar Kambuaya sebelum ini menamakan 8 syarikat Malaysia yang didakwa terbabit dalam pembakaran hutan di wilayah Riau dan Jambi.

Syarikat terbabit adalah PT Langgam Inti Hiberida, PT Bumi Rakksa Sejati, PT Tunggal Mitra Plantation, PT Udaya Loh Dinawi, PT Adei Plantation, PT Jatim Jaya Perkasa, PT Multi Gambut Industri dan PT Mustika Agro Lestari.

Selain itu 14 syarikat lain turut disiasat - Astro Awani

Tuesday, 25 June 2013

HOT NEWS! Anwar Kena Tipu Dengan Cina! Padan Muka!

Sebahagian besar seni politik bersandarkan kepada angka – lebih besar pengikut seseorang pemimpin politik maka dianggap semakin hebatlah ketokohannya dan begitulah sebaliknya.

Pada ceramah-ceramah, jika melaut penyokong yang datang untuk mendengar amanatnya maka beliau dilihat sebagai seorang yang mempunyai ikutan dan sokongan yang ramai di kalangan rakyat.

Maka politik angka menjadi amat penting unbtuk menonjolkan seseorang tokoh itu samada ia popular atau sekadar pemimpin politik cukup makan.

Begitu juga parti politik mempunyai keahlian mencecah jutaan orang sudah tentu tidak sama keperkasaannya dengan parti yang hanya disokong oleh jumlah anggota yang lebih kecil.

Makna besar itu dilihat lebih kuat, lebih popular dan lebih hebat dan jumlah yanbg kecil dalam konteks politik dilihat sebagai pinggiran bukan berada di dalam arus perdana atau ‘mainstream’.

Anwar Ibrahim mahu dilihat sebagai pemimpin hebat dan berwibawa di kalangan pengikut-pengikutnya.

Setiap kali beliau menghadiri ceramah politik dipastikan kapasiti lokasi mesti mampu menampung sekurang-kurangnya 2,000 para hadirin.

Begitulah purata jumlah kehadirin penyokong Anwar setiap kali beliau muncul di khalayak ramai.

Jika jumlah itu kurang daripada itu Anwar akan menarik muka dan tempias kemarahannya akan terpalit kepada pegawai-pegawai peribadinya.

Seringkali setiausaha politik yang sering mengikuti bontot Anwar pada setiap program yang dianjurkan oleh parti pembangkang akan berpeluh jantan jika didapati jumlah penyokong yang hadir tidak sampai angka yang diharapkan.

Setiausaha politik kelam kabut dibuatnya membuat panggilan sana dan sini untuk mengarahkan pimpinan peringkat ranting/cawangan dan cabang/bahagian untuk mengerahkan ahli-ahli mereka pada majlis yang akan dihadiri Anwar.

Ada kalanya Anwar sahaja meninggalkan majlis apabila jumlah yang hadir amat mengecewakan.

Kadangkala beliau akan menghantar pasukan peninjau untuk memantau sesuatu program itu samada ia mendapat sambutan atau tidak.

Jika sambutannya hanya beberapa kerat, pasti Anwar akan membatalkan kedatangannya walaupun sudah dua atau tiga minggu kain rentang dipasang di sekeliling tempat ceramah untuk mengkhabarkan kedatangan beliau.

Kehadiran Anwar juga membawa rahmat kepada peniaga-peniaga makanan dan minuman serta mereka yang menjual CD ceramah, buku, poster dan bermacam-macam anika aksesori yang berkaitan dengan parti pembangkang.

Jika Anwar tidak datang maka hanguslah modal yang dilaburkan untuk membuat makanan dan minuman yang hanya terbuang begitu sahaja kerana kekurangan pelanggan.

Perhimpunan Black 505 di Padang Merbok baru sahaja selesai Sabtu lalu.

Pembangkang mensasarkan lebih setengah juta atau 500,000 penyokong akan turun ke jalanan untuk menuntut supaya Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya serta timbalannya meletak jawatan.

Ini antara desakan pembangkang yang tidak dapat menerima keputusan pilihan raya yang memihak kepada Barisan Nasional.

Jika keputusan itu tidak memberi sebarang implikasi politik kepada Anwa sudah tentu tidak akan ada siri jelajah Black 505 yang bermula seminggu selepas berakhirnya PRU13.

Malang bagi Anwar kekalahan pembangkang juga bermakna impian beliau untuk menjadi Perdana Menteri hancur berkecai kerana itulah penutup kepada kerjaya politiknya selama ini.

Sementara pemimpin-pemimpin pembangkang lain dari Pas dan Dap akut dengan keputusan PRU13 kerana mereka tidak bercita-cita tinggi untuk menjadi PM, Anwar pula bertindak macam orang gila.

Sudah tentu angka kurang daripada 10,000 yang hadir pada penutup atau ‘finale’ Black 505 di Padang Merbok amat mengecewakan Anwar.

Beliau menjangka ‘habis busuk’ sekurang-kurangnya 100,000 akan turun untuk menyertai beliau menentang untuk menumbangkan kerajaan BN.

Akhirnya jumlah penyokong yang sanggup mengharungi cuaca panas dan meredah jerebu yang menyesakkan nafas tidakm sampai 10 peratus daripada angka yang disasarkan, malah 5 peratus pun tidak sampai.

Hanya datang mewakili hanya antara 2 hingga 3 peratus sahaja sasaran asalnya.

Sebagai pemimpin agung pembangkang jumlah kehadiran tersebut sudah tentu amat menghampakan seolah-olah beliau terkena satu tamparan maha hebat daripada pengikut-pengikutnya.

Mungkin selepas perhimpunan itu pemimpin pembangkang akan berhimpun daan bermesyuarat untuk mencari faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan Black 505.

Alasan mudah untuk menyelamatkan diri para penganjur akan meletakkan kesalahan atas faktor cuaca yang berjerebu.

Tetapi dalam keadaan pihak keselamatan memberi kerjasama dan ruang secukupnya untuk berhimpun dan berdemonstrasi, menjadikan jerebu sebagai punca kegagalan sudah tentu akan ditertawakan rakyat.

Hakikatnya penutuk kepada kempen jalanan pembangkang untuk membantah keputusan PRU13 juga menandakan berlabuhkany tirai ke atas karier politik Anwar.

Anwar gagal segagalnya untuk terus mengheret rakyat bersekongkol dengannya untuk terus menghambat satu impian yang hanya memberi kepentingan kepada diri seorang individu sahaja.

Angka menaikkan Anwar dan angka juga akhirnya menamatkan riwayat politiknya.

Sudin Sahak

BREAKING NEWS! Perebutan Tanah SJK Cina Dengan Kementerian Pelancongan

Tidak ramai yang tahu, sekarang ini berlaku perebutan tanah seluas 0.13 hektar, di Jalan Pasar, Kuala Lumpur antara SJKC Chin Woo dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK). Tanah tersebut adalah milik KPK bagi membina Kampung Budaya, projek Kota Warisan yang sedang rancak berjalan.

Malangnya, tanah tersebut telah digunakan oleh SJKC Chin Woo. Atas alasan mereka telah mendapat ‘kelulusan’ daripada penjajah British sejak tahun 1938 untuk menggunakan dan membangunkan tanah tersebut. KPK tidak ada hak ke atas tanah tersebut menurut Lembaga Pentadbir SJKC Chin Woo.

KPK sebaliknya berkata, tanah itu adalah miliknya berasaskan geran yang ada. KPK tidak teragak-agak membawa perkara ini ke muka pengadilan sebagai jalan penyelesaian.

Peliknya, bagaimana SJKC Chin Woo boleh menggunakan tanah tersebut tanpa kelulusan DBKL? Apakah mungkin mereka menggunakan tanah tersebut sesuka hati? Atau apakah mungkin DBKL memberikan kelulusan? Jika tidak, kenapa SJKC Chin Woo begitu berani? 

Kes yang hampir sama berlaku di Kuantan. Pada akhir tahun lalu, Gereja Katolik mencabar percubaan Kementerian Pelajaran dan kerajaan negeri Pahang untuk mengambil alih tanah di mana gereja St Thomas berada. Isu tanah ini timbul, apabila kerajaan mahu mengambil alih tanah milik gereja Katolik, yang telah dibina sekolah St Thomas di situ.

Pihak gereja mengatakan mereka telah mendapat kelulusan sejak zaman British 1905. Kes ini mungkin sedikit berlainan, geran tanah tersebut gereja yang empunya. Pihak gereja bermatian-matian mempertahankan tanah tersebut dan membawa perkara ini ke muka pengadilan.

Walaupun pada saya, sepatutnya pihak gereja menyerahkan tanah tersebut untuk pembangunan sekolah, kerana sudah banyak gereja di sekitar Kuantan berskala besar, sedangkan tidak ramai penganut Kristian di sana. Janganlah ultra kiasu. Saya difahamkan kerajaan negeri mengalah kerana tanah tersebut bukan miliknya, walaupun kerajaan negeri adalah hak jika mahukan tanah tersebut bagi tujuan pembangunan sekolah. Lagi pula, gereja dan sekolah St Thomas adalah dari kumpulan yang sama. Kenapa gereja tidak mahu mengalah?

Sama juga isu tanah di Jalan Pasar, SJKC. Pihak KPK tidak seharusnya mengalah seperti tindakan gereja tersebut. Kenapa SJKC begitu berani menceroboh tanah yang bukan miliknya? Mereka tahu kerajaan akan mengalah. Saya tidak akan membantah jika SJKC Chin Woo mahukan tanah tersebut jika mereka mengikut agenda kebangsaan.

Tetapi melihat kepada nama sekolah yang tertera di bangunan SJKC ini sudah memualkan. Di bangunan sekolah ini tertera nama besar dalam bahasa Cina dan nama bahasa Inggeris Chin Woo School. Persoalan saya, di manakah bangunan ini berada di Malaysia atau negara China? Kenapa tidak ditulis SJKC Chin Woo dalam bahasa Melayu. Di mana langit dijunjung?

Kadangkala saya terfikir, kerajaan sudah membantu SJK dalam segala segi. Peruntukan yang diberikan sama seperti aliran sekolah yang lain, kenapa agenda negara tidak disambut? Paling kurang, daulatkan bahasa Melayu walaupun bahasa Cina digunakan di dalam sekolah tersebut. Kenapa perlu mencinakan semua sekali sekolah seperti ini.

Mungkin para pembaca nampak isu ini kecil, tetapi impaknya besar. Pelajar-pelajar ini tidak berasa mereka berada di Malaysia, sebuah negara yang berasaskan sistem kenegaraan Melayu dan menjunjung BM sebagai bahasa kebangsaan.

Cina bentuk bagaimana yang ingin kita lahirkan? Cina yang lebih Cina daripada Cina di China? Sedangkan bahasa dialek Cina yang lain sudah kuasai seperti Kantonis dan Hokkien. Adakah wajar sehingga mereka langsung tidak boleh berbahasa Melayu hanya kerana mahukan mereka menguasai semua bahasa Cina. Cuba tanya Cina di Thailand dan Indonesia? Apakah kita akan terus melahirkan generasi yang menterbalikkan jalur gemilang

Di Singapura, bukan hendak memuji, negara ini diperintah oleh Cina. Kenapa mereka sekolah mereka tidak menjadi secina-cinanya? Kenapa di Malaysia kita mahu menjadi sedemikian cinanya. Kenapa Cina di Singapura boleh menerima Inggeris sebagai bahasa utama? Kenapa BM sukar diterima di sini?

Jawapannya, BM tidak ada nilai komersial. Mereka memandangkan rendah pada BM. Menguasai BM tidak ke mana-mana. Tidak ada nilai tambah. Hanya akan menjadi Melayu. Lebih membimbangkan jika jadi Cina seperti saya, dituduh lebih Melayu dari Melayu. Saya lebih rela menjadi lebih Melayu dari Melayu daripada menjadi secina-cinanya dalam sistem kenegaraan Melayu. Walaupun saya tidaklah sedemikian Melayunya.

Buktinya, jangan harap Cina sama Cina bertemu mereka berbual dalam BM. Jika ada, petanda kiamat. Kecuali orang seperti kami. Itupun sudah kekok berbahasa Melayu jika bertemu Cina, kerana sosialisasi perkauman, kecuali bertemu Teo Kok Seong atau Khoo Kay Kim.

Bahasa adalah alat penyatuan. Tanpa satu bahasa sebagai bahasa negara, agak sukar untuk menyatukan rakyat berbilang bangsa. Jika alasan ekonomi China semakin menguasai dunia, kenapa Singapura sendiri tidak menjadi secina-cinanya, tetapi negara kecil ini tetap maju? Mana lebih penting, bahasa atau sikap. Pandai berbagai bahasa sekalipun, tidak ada gunanya, jika sikap tidak berubah.

Justeru, sudah sampai masanya Akta Derhaka diwujudkan. Bukan sahaja derhaka kepada raja, tetapi derhaka kepada agenda negara yang termaktub dalam perlembagaan.

Berbalik kepada tanah yang digunakan SJKC China Woo, siapakah yang akan mengalah? Saya fikir para pembaca sudah dapat meneka dalam kesamaran…

Ridhuan Tee Abdullah

BREAKING NEWS! Penyokong Blackout 505 Menyesal Didedah

Permainan Anwar Ibrahim sememangnya licik. Putar belit dan kehebatan berpidato beliau diakui hingga dapat mengaburi penyokong-penyokong tanpa sedar. 

Dari awal lagi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menghasut rakyat supaya memprotes kemenangan BN di dalam Pilihanraya ke 13 yang lalu dengan dakwaan penipuan, 40 ribu bangla, blackout dan segala bagai tohmahan yang sehingga hari ini tiada satu bukti pun dapat dikemukakan. Anwar Ibrahim dan permimpin-pemimpin PR menghasut dan mengheret penyokong-penyokong di jalanan kononnya untuk mendesak sehingga diadakan Pilihanraya semula.

Sokongan bangsa Cina kepada laungan Anwar ke jalanan membuatkan Anwar lupa diri. Anggapan sempit Anwar bahawa 100 peratus bangsa Cina berada dibelakangnya hinggakan mahu diboikot angkat sumpah. Namun, bangsa Cina bukan bodoh! Bangsa Cina kuat melaungkan tapi tidak berani berdepan. Mereka lebih sayangkan anak bangsa mereka sendiri. Mereka tidak mahu dipenjara kerana seorang pemimpin yang gila mahu menjadi Perdana Menteri.

Sorakan “SPR Syaitan” “SPR Penipu” dan “Reformasi” hanya menjadi retorik semata-mata. Kain rentang yang tertulis “Dakwat kekal selamanya; kuasa rakyat lawan korupsi; I’m a man on a mission, so please resign; dan tipu pilihan raya. Rakyat bangkit humban kamu", hanya tinggal kain sahaja. Penyokong-penyokong Anwar dan Pakatan Rakyat bagai terjaga dari tidur apabila Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah mengangkat sumpah jawatan semalam. Barulah mereka sedar telah ditipu selama ini. Apakan daya, Anwar Ibrahim bersedap-sedap, penyokong dapat gelang dan jeriji besi. Kesian...

#PercayalahLagi






Zalimkah Polis Berkas Penyamun?

Penulis percaya, jika sedikit hari lagi ada di kalangan peguam Pakatan Pembangkang yang membangkitkan isu polis zalim kerana membiarkan penyamun berbangsa India yang berjaya ditahan oleh pihak polis selepas menyamun ini meniarap di atas jalan tar yang panas dengan tangan bergari ke belakang, semestinya ia tidak lagi menjadi sesuatu yang menghairankan. Memang sudah menjadi kebiasaan kepada Pakatan Pembangkang untuk menyalahkan pihak polis walaupun atas perkara yang  tidak dilakukan oleh anggota pasukan tersebut.

Bermula daripada Bersih yang diadakan secara berangkai, semua dikatakan salah pihak polis apabila berlaku kekecohan sedangkan ketara mereka yang melakukan provokasi melampau. Bahkan di dalam salah satu siri himpunan Bersih, nampak jelas mereka yang mengganas apabila melakukan kekerasan terhadap anggota polis yang sedang bertugas seterusnya mencederakan mereka serta merosakkan harta awam namun tuduhan dijatuhkan ke bahu pasukan polis.

Mungkin puak Pakatan Pembangkang ada menyimpan dendam yang tidak berpenghujung kepada pasukan polis, justeru pelbagai tuduhan dilemparkan kepada pasukan tersebut untuk menjatuhkan semangat mereka. Namun begitu, tanpa puak ini menyedarinya, sebenarnya pasukan polis inilah yang memberikan mereka keselamatan.

Tanpa pasukan polis, tidak mungkin mereka bebas bergerak ke sini sana tanpa gangguan. Dengan adanya pasukan polis, mereka boleh meninggalkan kediaman mereka untuk pergi bercuti ke mana-mana tanpa perlu risau akan dipecahmasuk oleh perompak. Namun bagi puak yang sudah buta mata dan hati ini, jasa pasukan polis ini tidak menimbulkan kesan di hati mereka apatah lagi untuk dihargai.

Apabila berlaku jenayah, kepada pihak polis mereka meminta pertolongan. Namun apabila selamat dari jenayah, bukan hendak berterima kasih, sebaliknya tuduhan demi tuduhan dilemparkan kepada pasukan tersebut.

Tahanan mati di lokap, pihak polis juga disalahkan. Tidak cukup dengan itu, anggota polis juga dituduh sebagai anjing kerajaan. Itu belum lagi dikira tuduhan polis rasuah dan sebagainya.

Tidak dinafikan ada segelintir anggota polis yang tidak beretika, namun ia bukan bermakna pasukan tersebut boleh sesuka hati diperlekehkan. Tugas mereka mulia, menjaga keselamatan dalam negara.

Justeru, penulis menyeru, kalaupun tidak memuji, cukuplah untuk orang ramai terutama puak Pakatan Pembangkang menghormati pasukan keselamatan yang tanpa mengira waktu ikhlas bertugas menjaga keselamatan dan mencegah jenayah.

Suara Generasi Baru

HOT NEWS! Cita-Cita Husam Musa Jadi Presiden PAS

Sebelum ini mungkin ramai yang menjangkakan kenyataan bekas calon Timbalan Presiden PKR, Zaid Ibrahim akan menimbulkan bantahan dari majoriti ahli-ahli Pas yang mencadangkan agar Naib Presiden parti itu, Husam Musa dipilih sebagai Presiden. Malah ramai yang merasakan cadangan tersebut sebagai gerakan permulaan kepada ahli dan penyokong parti itu memandangkan pemilihan pimpinan tertinggi bakal diadakan tidak lama lagi.

Zaid sebelum ini mengatakan masa depan parti Pas akan lebih cerah sekiranya dipimpin oleh Husam. Ini kerana menurutnya, Pas yang kini dipimpin oleh golongan ‘pro-ulama’ banyak dosa dan memerlukan perubahan sebagai satu usaha membawa parti dengan pendekatan yang berbeza.

“Kumpulan (pemimpin) yang tua-tua atau ulama banyak kepada dosa pahala. Jadi saya rasa pendekatan PAS perlu berbeza,” menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh portal Antarapos ketika menghubunginya.

Namun ternyata sangkaan itu meleset sama sekali, ini kerana apa yang dicadangkan itu bukanlah sekadar cadangan kosong, kerana ternyata sudah wujud satu gerakan untuk menyingkirkan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dalam pemilihan parti kelak.

Ini kerana ketika pakatan pembangkang sedang ghairah untuk menghimpunkan rakyat bagi menggulingkan kerajaan, ribuan risalah mengenai isu yang dibangkitkan tadi telah di kesan diedarkan secara meluas.

Risalah yang menyebut “Ayuh Kita Angkat, Dato Paduka Hj Husam Musa Sebagai Presiden Baru” itu banyak dikesan berada di sekitar kawasan himpunan “Black505” petang tadi. Apakah ini sebagai petanda awal, berakhirnya pemerintahan Hadi dalam Pas?

Malah kegagalan pihak penganjur menghimpunkan 100 ribu orang ketika himpunan yang diadakan tadi telah menyebabkan mereka menyalahkan pimpinan pro-ulama di dalam Pas yang dikatakan sebagai punca dan penyebab kepada kegagalan tersebut.

Menurut salah seorang hadirin yang ditemui, mereka mengatakan pendirian yang tidak selari para pemimpin Pas berhubung program ini adalah punca utama ia tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan.

Pimpinan Pas dari kelompok itu sebelum ini mengeluarkan kenyataan menolak sebarang percubaan untuk menggulingkan kerajaan melalui protes jalanan. Malah mereka juga turut  tidak meWAJIBkan mana-mana untuk ahli parti dari menyertai himpunan yang diadakan itu.

Mungkin kerana berang dengan kenyataan para pimpinan pro-ulama yang dirasakan tidak serius untuk membantu merealisasikan impian Anwar menjadi Perdana Menteri, Husam telah mengeluarkan kenyataan balas dengan mengatakan pemimpin Pas yang tidak hadir perhimpunan Black505 adalah merupakan pengkhianat kepada parti.

Tidak cukup dengan itu, Husam turut mengeluarkan fatwa baru kepada ahli Pas dengan menawarkan syahid kepada mereka yang mati ketika perhimpunan itu. Ini kerana dia sedar, ahli dan penyokong Pas yang ‘wala’ sudah pasti akan akur dan tunduk dengan arahan pemimpin dari pro-ulama.

Ternyata kerisauan yang melanda Husam itu ada asasnya. Ini kerana program pada petang itu jelas membuktikan tanpa sokongan ahli dan penyokong Pas, parti DAP dan PKR tidak akan ke mana. Apa pun alasannya, dengan jumlah kehadiran sekitar 8 ribu orang pada himpunan Black505 pada petang tadi telah membuktikan keGAGALan mereka.

Kesimpulannya, sama ada Husam mahupun penyokong mungkin merasakan kehadiran Hadi di dalam Pas bakal merumitkan segala gerakan dan perancangan yang telah diaturkan oleh kumpulan Endorgan yang membawa fahaman Anwarinas. Oleh sebab itu Hadi mesti disingkirkan!

Suara Generasi Baru

Monday, 24 June 2013

BREAKING NEWS!Bukti Peniaga Cina Anaiya Produk Melayu

Nasib orang Melayu ditanahair sendiri. Dikhianati dan dihina, tiada pembelaan dari pihak penguasa. Malang bertimpa lagi, apabila Raja-Raja Melayu juga dihina malah agama  Islam pegangan orang Melayu dipermainkan oleh bangsa Cina dari hari demi hari. Bagai melukut ditepi gantang menagih simpati penguasa namun tidak dipedulikan demi meraih undi bangsa Cina yang bertambah kurang ajar.

Sudah jatuh ditimpa tangga, barangan dan produk orang Melayu juga diboikot oleh bangsa Cina, malah sudah sekian lama berlaku. Barangan dan produk keluaran Melayu dianaktirikan oleh peniaga-peniaga berbangsa Cina yang telah gagal dilihat oleh pihak penguasa. Kata mereka (penguasa), "jangan ambil pusing, undi bangsa Cina penting!".

Teman mengutip artikel ini daripada Facebook Page Boikot Barangan Cina DAP untuk dijadikan contoh dan bukti yang terbaik seperti apa yang dimaksudkan. Dengan kata lain, orang Melayu harus mewujudkan semangat ke"bangsa"an demi survival orang Melayu sendiri. Kita bukan rasis tapi siapa yang mulakan dulu?

Admin FF pergi ke satu pasaraya ini. admin pergi di section penjagaan diri iaitu syampoo, ubat gigi dan lain-lain. Admin cuba periksa barangan kita seperti Secret Garden, Mukmin dan Halagel, sekali bila pusing-punya pusing dibahagian penjagaan diri tu admin FF tengok tak ada. Macam mana Secret Garden buatan Johor Corporation dan Ubat gigi Mukmin serta Halagel tak ada. Admin FF dah pelik, yang ada pun hanya ubat gigi Safi DAP.

Admin FF tinggal bahagian tu dan cuba lihat di bahagian sardin. Alhamdulillah King Cup kita bersebelahan dengan Ayam brand. Ramai orang ambil King Cup dari Sardin Ayam Brand yang lendir dan hanyir. Admin cuba periksa dimana Sardin Agromas dan Pertima. Pusing punya pusing tengok sardin Agromas dengan Pertima tak ada. Admin FF pun dah syak sesuatu. Sebab di Tesco berdekatan rumah admin barang Agromas dan Pertima tak pulak diasingkan. Nampaknya pasaraya ni ada tak kena.

Lepas tu, admin FF jalan dekat bahagian lain dan ternampak rupanya-rupanya barang kita dah dianaya letak semua barang bumiputera satu tempat yang tersorok dan belakang. Admin tengoklah dalam satu section tu, ada Syampoo Secret Garden, ada Ubat gigi Mukmin,Halagel, tiba-tiba dekat rak atas ada rempah Mak Siti, bawah rempah Mak Siti ada sardin Agromas dengan Pertima. Sebelah ubat gigi boleh plak bantai campur dengan section Sos dan Kicap iaitu dari brand Bumihijau. Kalau nak asingkan untuk produk IKS sahaja, kenapa campur bersama Secret Garden yang bukan dari IKS?

Admin FF panggil promoter yang berdekatan. admin FF tanya "dik sejak bila barang-barang ni campur letak kat sini, saya tengok ubat gigi ada, sardin ada, rempah pun ada. kenapa tak asing letak sama tempat untuk bahagian masing-masing?"

Promoter tu pun cakap "barang-barang ni memang lama kami dah susun macam ni, saya kerja baru dua tahun kat sini. barang-barang ni memang kat sini bang, ni manager yang set suruh letak dekat sini"

Admin FF tanya balik, "sapa manager adik? melayu ke cina?" Promoter tu pun jawab "cina bang, minta maaf la bang. saya ikut arahan je, tak boleh alihkan. saya pun tak tau kenapa dia letak kat sini"

Admin FF pun beredar dari pasaraya tu dalam keadaan marah. Inikah yang dinamakan persaingan yang sihat? Adik promoter tu baru masuk dua tahun dan barang dah memang sedia letak disitu. Mungkin sudah bertahun-tahun di anaya begitu. Bagaimana kita nak melahirkan jutawan melayu jika barang-barang kita dianaya? Bagaiman melayu hendak merasa barangan dari air tangan bumiputera sendiri? Hanya dengan pengenalan dan kempen ini sahaja orang melayu akan berusaha untuk mencari barangan mereka sendiri.

Jika tidak kita beritahu dan sebarkan. rasa-rasanya, sampai kita tua pun orang melayu tidak akan berjaya, bukan kerana kita malas, bukan kerana kita tidak boleh bersaing. tetapi kerana kita telah ditindas dari persaingan sihat. dimana hak seorang pengguna? Adakah membeli barangan bumiputera dilabel sebagai rasis?

#MelayuUntukBangsaMelayu

LAWAK! Peserta Blackout 505 Baru Sedar Kena Tipu

Hari ini semua 222 ahli Parlimen telah mengangkat sumpah termasuk 88 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Suara-suara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang mahu memboikot upacara angkat sumpah tidak menjadi kenyataan.

Tipu helah pemimpin Pakatan Rakyat untuk menipu rakyat bagai masuk angin keluar asap. Para penyokong pakatan Rakyat dengan mudah ditipu oleh "kaki penipu" mendakwa Pilihanraya Umum 13 dicemari dengan penipuan oleh UMNO dan SPR. Maka berduyun-duyunlah penyokong membanjiri jalanan membantah kemenangan BN yang didakwa wujud pengundi hantu bangla. Tapi dalam masa yang sama pemimpin mereka sendiri turut sama mengangkat sumpah dan sekaligus menerima keputusan Pilihanraya ke 13.

Namun lama kelamaan penyokong  PR akan sedar tipu helah pemimpin mereka sendiri untuk mengaburi mata rakyat. Jangan diikut penyokong tegar seperti Adam Adli dan Safwan Anang, mereka ini dibayar untuk memprotes. Dalam apa keadaan pun, tetap akan memprotes kerajaan BN demi survival poket sendiri. Malang bagi penyokong yang membuta tuli tanpa dapat habuan satu sen pun. Hanya gelang dan palang besi jadi habuan.

#KesianKenaTipu

ScreenShot Credit : Ersalina Rose
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...