Pages

Wednesday, 4 December 2013

MERITROKASI ALA PAKATAN RAKYAT


Tuduhan ‘boros’, ‘menghabiskan wang rakyat’, ‘membazir’ dan ‘perompak’ telah terlalu sering dilemparkan terhadap kerajaan oleh pembangkang. Kononnya, semua pemimpin-pemimpin BN itu zalim, korup dan tamak. Kononnya juga, pemimpin pembangkang itu begitu prihatin, zuhud, sederhana, bersih dan telus. 

Namun, dalam ‘kezuhudan’ dan ‘kesederhanaan’ pemimpin pembangkang, kita tiba-tiba dikejutkan dengan pengumuman kenaikan gaji mereka di Selangor sehingga 373%. Perlu diingatkan bahawa Pulau Pinang juga telah menaikkan gaji pemimpin kerajaan negeri sejurus selepas DAP berkuasa manakala Selangor pula sebelum ini, telah pun menaikkan elaun pemimpin negeri. Jelas, segala kenaikan itu belum cukup lagi dan mereka perlu menambah lagi gaji masing-masing. 

Lebih menyakitkan hati rakyat apabila kerajaan negeri Selangor masih lagi tidak menunaikan keseluruhan janji di dalam Manifesto mereka. Elaun anak-anak tadika, elaun ibu tunggal dan beberapa janji lain lagi masih lagi tinggal janji. Malah, masalah air juga belum lagi selesai sepenuhnya. 

Justeru, kita hairan apabila pihak pembangkang membela kenaikan gaji yang drastik ini dengan menganggapnya sebagai selaras dengan KPI kerajaan negeri. Kononnya, para pemimpin Selangor layak mendapat kenaikan gaji yang begitu tinggi kerana mereka telah menjalankan tugas dengan baik. 

Malah, ada juga yang berhujah bahawa Speaker kerajaan negeri Selangor, Hannah Yeoh, layak mendapat gaji lebih tinggi dari Perdana Menteri kerana beliau telah menunjukkan prestasi cemerlang berbanding Dato’ Seri Najib Razak?

Persoalannya, prestasi apa untuk dibandingkan antara Speaker DUN dengan Perdana Menteri? Bagaimanakah prestasi tersebut dinilai? Dari segi kerja-kerja politik atau kerja-kerja untuk kebajikan rakyat? Berapa ramaikah rakyat Selangor yang hidupnya berubah atas jasa Hannah Yeoh? 

Prestasi apa jika berpuluh lagi manifesto masih belum terlaksana? Inikah meritokrasi ala Pakatan Rakyat?

Atau, mungkinkah prestasi tersebut dinilai dari sejauh mana dakwah Kristian yang berjaya disampaikan oleh seseorang pemimpin? Atau sekuat manakah kebencian terhadap BN dan Melayu yang mampu diterapkan setakat ini? 

Jika prestasi ini yang dimaksudkan maka sememangnya Hannah Yeoh layak menerima gaji yang lebih tinggi dari Perdana Menteri. 

Bagaimanapun, gaji yang dibayar oleh kerajaan negeri kepada seorang pemimpin negeri adalah untuk beliau bekerja demi rakyat bukannya demi kesinambungan politiknya mahupun kerja-kerja untuk agamanya. 

Setakat ini, rakyat Selangor yang bukan berbangsa Cina dan juga yang bukan beragama Kristian tidak dapat ‘merasai’ apa-apa jasa Hannah Yeoh yang melayakkan beliau menerima gaji lebih tinggi dari Perdana Menteri.

Apa yang dilakukan oleh Hannah Yeoh tidak sekelumit pun setanding dengan tanggungjawab dan kerja-kerja yang dilakukan oleh Dato’ Seri Najib. 

Tetapi apa yang pasti, kesungguhan Perdana Menteri bekerja telah yang menjamin keutuhan negara dan kesejahteraan hidup kita semua. 

Tindakan PR membela kenaikan gaji pemimpin Selangor secara drastik membuktikan bahawa parti itu meletakkan pemimpin mendahului rakyat. Hujah PR dalam mempertahankan kenaikan gaji itu pula membuktikan bahawa parti itu mencuba untuk memperbodohkan rakyat di samping mempersetankan sahaja segala pendapat dan pandangan rakyat. 

Mungkin PR perlu perkenalkan slogan baru iaitu “Pemimpin didahulukan, Rakyat diperbodohkan”. 

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...