Pages

Monday, 9 December 2013

LELAKI YANG MATI DALAM RUSUHAN DI SINGAPURA DIKENAL PASTI #LittleIndiaRiot

Lelaki berusia 33 tahun yang meninggal dunia di dalam satu kemalangan jalan raya di Little India semalam, telah dikenal pasti.

Sakthivel Kumaravelu, lelaki warganegara India itu merupakan pekerja pembinaan sejak dua tahun lalu di sebuah syarikat Heng Hup Soon. Perkara itu disahkan oleh seorang lelaki yang mengecam mayat Sakthivel di bilik mayat Hospital Besar Singapura (SGH). Lelaki itu berkata keluarga Sakhtivel belum diberitahu mengenai kejadian malang itu.

Sumber menafikan dakwaan kepala mangsa telah dipancung yang disebarkan oleh beberapa laman berita tetapi mangsa mengalami kecederaan pada mukanya.

Kemalangan itu mencetuskan rusuhan di kawasan Little India dimana kenderaan polis dibakar oleh ratusan pekerja warga asing.

Seramai 27 pekerja warga asing dari Asia Selatan telah ditahan ekoran peristiwa itu dan boleh dipenjarakan selama tujuh tahun dan dirotan sekiranya didapati bersalah. Siasatan masih dijalankan.

Sumber berita dan olahan : The Straits Times

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...