Pages

Monday, 2 December 2013

POLIS BURU TEMAN LELAKI MANGSA 3 BERADIK YANG DIBUNUH

Kesedihan keluarga mangsa 3 beradik yang dibunuh kejam oleh manusia bangsat masih lagi belum reda. Teman juga dapat merasai bagaimana perasaan yang dialami oleh keluarga mangsa memandangkan keluarga mangsa kehilangan kesemua anak-anak kesayangan yang ada. 

Walaupun mahkamah akhirat akan mengadili manusia bangsat pembunuh kejam kanak-kanak ini namun manusia bangsat perlu dijejaki dan diadili di mahkamah dunia. Laporan terkini kes kematian 3 beradik ini telah menampak hasil. Menurut sumber, walaupun Polis belum membuat sebarang tangkapan, namun sudah berjaya mengumpul saksi bagi membantu siasatan.

Polis sedang menjejaki teman lelaki kepada salah seorang daripada tiga mangsa untuk membantu siasatan. Pihak Polis sedang mendapatkan maklumat mengenai teman lelaki mangsa.  Teman lelaki mangsa Norsyafika Nadia Rosdi, 14, dipercayai berada di Perlis.

Pihak Polis juga sedang mencari dan mengumpul beberapa bukti lain bagi mengaitkannya dengan kes pembunuhan itu.

Teman menyeru kepada rakyat Malaysia yang prihatin, marilah kita sama-sama sebarkan untuk membantu pihak Polis supaya lebih ramai lagi saksi untuk membantu siasatan sehingga tertangkapnya manusia bangsat dan laknat tersebut. 

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...