Pages

Tuesday, 10 December 2013

GUAN ENG BIADAP GELAR NENEK RASIS!

Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Abdul Hamid menyifatkan kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang melabelnya "racist grandmother" atau nenek rasis sebagai biadab dan tidak sopan.

Beliau yang sangat kecewa dengan label itu mahu Ketua Menteri memohon maaf dengan serta-merta dalam persidangan DUN.

"Lim tidak sepatutnya merendah kaum wanita dan perkataan itu tidak seharusnya keluar dari mulut seorang Ketua Menteri.

"Itu adalah satu penghinaan kepada semua wanita di dunia ini dan saya mahu Lim memohon maaf," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Dalam laporan akhbar pada Selasa, Lim telah melabel Jahara sebagai seorang nenek rasis kerana membawa isu perobohan gerai-gerai makanan tidak berlesen yang didakwa dilaksanakan secara tidak adil dalam persidangan DUN, Isnin.

Sementara itu, Jahara berkata kerajaan negeri pimpinan DAP telah bersikap "berat sebelah" dengan perbezaan layanan dalam meroboh gerai-gerai makanan tanpa lesen di negeri ini.

Katanya, terdapat empat restoran "makanan laut" yang besar telah beroperasi di tanah milik kerajaan negeri di Jalan Bagan Ajam yang berada tepi pantai namun tiada tindakan perobohan dilakukan.

"Restoran seafood berkenaan dibina dengan konkrit tetapi hanya diberi kompaun setahun sekali sebaliknya seorang makcik yang berniaga di depan rumahnya di Persiaran Gurney, gerainya telah diroboh tanpa diberi sebarang notis minggu lepas," katanya.

Beliau berkata keempat-empat restoran makan laut itu dibina di satu bangunan kekal tetapi mereka hanya dikenakan kompaun.

"Ini satu tindakan yang tidak telus dan kurang adil dan saya berharap Lim dapat memberikan penjelasan yang munasabah," katanya.

BERNAMA

1 comment :

  1. Roboh gerai Melayu dan India suruh penguatkuasa MPPP yang buat. Lepas tu panggil mereka kucing kurap. Sepatutnya warga MPPP boikot jangan kutip sampah sehingga DAP menangis mintak maap.

    Patutlah orang-orang Melayu Kpg Batu Uban di hadapan Pulau Jerejak di halau dari tanah mereka, Sejarah Bt Uban dilenyapkan semata-mata memenuhi agenda rasis DAP membina rumah berhala iblis setan mazu.

    Orang Melayu-Islam dan UDA nak diam lagi ka melihat rumah berhala iblis setan mazu dibina secara haram di Pulau Jerejak?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...