Pages

Thursday, 5 December 2013

DOKUMEN SALAHGUNA KUASA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG DIDEDAH!

Seperti bak kata pepatah ' paku dulang paku serpih, kata orang, Guan Eng yang lebih. Inilah yang berlaku di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guan Eng. Kerajaan Negeri Pulau Pinang didakwa menyalahgunakan proses tender dalam pemberian kontrak bernilai hampir RM7 juta untuk membina tebatan banjir dan menaiktaraf sistem perparitan di Jalan Kampung Baru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang 

Kerajaan Negeri yang yang berbangga dengan slogan Kecekapan, Akauntabiliti dan Ketelusan, atau CAT didakwa menganugerahkan projek itu, melalui proses tender berpandu dan terbuka.

Dalam satu artikel dalam portal Malaysia Today mendakwa dalam proses tender terbuka yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri, perunding dalaman dilantik sebelum tender dilaksanakan. Portal itu mendakwa kerajaan negeri memberikan tender bernilai hampir RM7 juta kepada S. P. Mega Sdn Bhd secara tidak telus bagi membina tebatan banjir dan menaiktarafkan parit di sekitar Jalan Kampung Baru, Bukit Mertajam.


Lisa Adam

Kecekapan, Akauntabiliti dan Ketelusan, atau CAT, adalah mantera yang diguna pakai oleh Lim Guan Eng dan DAP dalam mentadbir Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ia satu langkah yang diambil bagi memastikan keterbukaan dalam segala urusan kerajaan negeri terutama sekali dalam hal pemberian tender.

Ia juga satu strategi kerajaan negeri bagi meyakinkan rakyat yang berada di Pulau Pinang bahawa pentadbiran kerajaan negeri adalah berbeza dan lebih telus dari yang sebelumnya.

Selaras dengan CAT, perunding dalaman terlebih dahulu akan dilantik bagi mengesyorkan harga projek yang kemudiannya akan dilaksanakan melalui sistem tender terbuka atau ‘open tender’. Sementara syarikat-syarikat yang mengambil bahagian hanya akan dipertimbangkan sekiranya sebut harga yang diberikan oleh mereka adalah tidak melebihi 20% lebih murah atau lebih mahal dari harga yang telah disyorkan oleh perunding.

Walau bagaimanapun, tindakan kerajaan negeri memberikan tender bernilai hampir RM7 juta kepada S. P. Mega Sdn Bhd secara tidak telus bagi membina tebatan banjir dan menaiktarafkan parit di sekitar Jalan Kampung Baru, Bukit Mertajam, menjadi bukti bahawa CAT adalah sekadar slogan untuk mengaburi mata rakyat Pulau Pinang.

Tidak lebih dari itu.

Apa yang menariknya adalah, pada fasa awal rundingan mengenai projek berkenaan, Exco Kerajaan Negeri termasuk Lim Guan Eng sendiri telah melanggar prinsip CAT dengan mengadakan rundingan secara terus dengan satu syarikat lain tanpa melalui tender terbuka.

Namun syarikat terbabit gagal atas sebab-sebab teknikal kerana, pertama, syarikat terbabit bukan dari Pulau Pinang, dan kedua, syarikat terbabit hanya layak untuk projek dengan harga di bawah RM3 juta. Sedangkan harga yang dicadangkan oleh perunding adalah RM6.9 juta.

Maka sekali lagi, melalui rundingan terus yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dan juga Exco Kerajaan Negeri, mereka mengesyorkan projek berkenaan diberikan pula kepada S. P. Mega Sdn Bhd.

Jadi, di manakah ketelusan yang diuar-uarkan oleh DAP Pulau Pinang dalam perkara ini bila sudah jelas kedua-dua syarikat yang dikemukakan dalam projek tersebut diperkenalkan sendiri oleh Lim Guan Eng?

Adakah ini gaya pentadbiran baru yang cuba ditonjolkan oleh Pakatan Rakyat dalam negeri-negeri di bawah pentadbirannya? Penipuan terancang yang berselindung di sebalik CAT yang cuma sekadar slogan kosong? Cakap tak serupa bikin. Mungkin kerajaan negeri punya definisi tersendiri mengenai ketelusan dan selagi rakyat masih terbuai dengan ‘keindahan’ mantera-mantera seperti ini, mereka akan terus ditipu. (Malaysia Today)







No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...