Pages

Tuesday, 10 December 2013

BUKTI BERGAMBAR PULAU JEREJAK DIJADIKAN KUIL BUDDHA! (20 GAMBAR)

Sikap Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau Pinang seringkali berdolak-dalik dalam apa juga isu, sudah menjadi resam dan biasa terutamanya yang membabitkan kaum cina. Isu pertukaran nama Pulau Jerejak di Pulau Pinang kepada "Mazu Island" yang tersembunyi sejak sekian lama, Guan Eng cuba pula menyalahkan pihak lain khususnya UDA Holdings yang mempunyai kepentingan 60% ke atas pulau tersebut.



Pulau Jerejak yang mempunyai keluasan 362 hektar itu pernah dijadikan pusat tahanan penyakit kusta sejak 1930 dan didakwa kini telah ditukar kepada "Mazu Island". Bekas pejabat pegawai yang menjaga pesakit kusta didakwa telah dijadikan kuil "Mazu" (Goddess of Sea). Tempat ini sepatutnya digazetkan sebagai tapak warisan dan bukannya menjadi pusat penyembahan. 

Walaupun Guan Eng menafikan gambar beliau bersama seorang individu yang dipercayai pengendali kuil "Mazu Island", namun banyak bukti menunjukkan keterlibatan Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam isu ini. Malah, UDA Holdings tidak tahu menahu tentang kewujudan perkara ini. Apabila Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid mendedahkan bukti di DUN Pulau Pinang yang mendakwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang terbabit dalam pertukaran nama pulau tersebut, Guan Eng enggan menjawab malah ADUN DAP dan PKR menuntut Datuk Jahara menarik balik tuduhan tersebut.



Walaupun berbagai penafian, namun sumber mendakwa akan ada lagi pembinaan yang akan dijalankan dan paip air sejauh 50km telah dibina merentasi "Mazu Island".














2 comments :

  1. Oh No ! apa la nak jadi mcm ni
    Kami menjemput semua blogger Ping di PingBlog.Net,Skrip agregator terkini dengan ping sangat mudah kerana auto description dan juga auto image.Setiap artikel yang telah di ping akan kami submit sekali lagi pada 'google index'secara auto dan manual untuk memaksa google indeks blog anda sekerap mungkin. Artikel anda akan dipost pada twitter dan 294 fanpage serta group facebook.Kualiti Backlink,dan highkan rank blog anda dengan memasang banner kecil kami !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...