Pages

Sunday, 1 December 2013

ALKISAHNYA USTAZ DAN PARTI POLITIK


Episod 1: Ustaz masuk PAS

Ramai pun ustaz masuk parti politik Pas. Orang anggap itu biasa. Masakan tidak mereka didoktrin sejak dari tadika Pasti. Sampaikan sahabat kami yang merupakan anak kepada calon Pas di Negeri Sembilan meriwayatkan bahawa anak buahnya berumur tadika menjuih/ menjebek bibirnya apabila melihat Menteri Pelajaran (yang juga TPM) di televisyen. Kini sahabat itu Alhamdullillah sudah bertaubat.

Episod 2: Ustaz masuk PKR

Tidak sedikit jumlahnya agamawan dan ustaz yang menyertai parti politik PKR yang amat dikenali pendokong-pendokongnya dari mazhab sosialis, marxis, liberal, plural, dan segala macam 'sual-sual' yang lain. Namun yang dihairan-pelik-ajaibkan ialah agamawan Pas tidak pernah ambil pot pun walau satu pot susu getah pun berkaitan segala isme-isme ini melainkan yang mereka kokok dan gonggongkan setiap detik ialah kekafiran isme sekularisme dan nasionalisme. Dan tidak perlu ditunjukkan kepada siapa tuduhan itu dilontarkan, semua kita pun sudah maklum.

Ustaz masuk PKR, no hal.

Episod 3: Ustaz masuk DAP!

Benarkah? Wujudkah? Kami selalu berharap bahawa berita ini tidak benar akan tetapi banyak bukti menunjukkan hal ini seperti pernah berlaku. Kalau pernah dan masih ada kita doakan semoga ustaz itu istighfar dan bertaubat kepada Allah. Tinggalkan semua kesesatan yang pernah beliau terlanjur lakukan dan kembali kepada landasan agama yang benar yang pernah dilalui oleh para sahabat Nabi.

Kerana realitinya terlalu pahit makanya kami tidak mahu bahkan tidak mampu mengungkapkannya lebih rinci.

Episod 4: Finale Yale Yale

Kemuncak gilang-gemilang dari semua episod ustaz masuk itu masuk ini ialah apabila ustaz masuk parti pemerintah kerajaan pusat sekarang ini yang takdirnya masih BN/ Umno.

Gegak-gempita seluruh Tanah Melayu. Riak gelombang membadai hingga terasa merentasi Laut Cina Selatan sampai ke Tg Simpang Mengayau. Bukan main lagi mengalahkan Taufan Haiyan.

Berkokoklah ayam-ayam jantan walaupun tidak bertelur. Menyalaklah anjing kurap dan anjing jalalan seperti nampak syaitan di malam hari. Siak kampung pun memukul beduk seakan-akan ada orang mati. Ibu-ibu bingkas bangun sambar selendang dan pisau kalau-kalau ada bawang yang perlu dimayang. Bapa-bapa asah golok mempersiap kemungkinan ada lembu akan perlu ditumbangkan dan dilapah. Begitulah ibarat dan gayanya apabila ustaz masuk Umno.

Kesimpulannya: dah artis masuk Pas jadi ustaz-ustazah jadi-jadian. Dah Syiah masuk Pas jadi pemimpin kanan. Bertanding menang bertanding lagi menang lagi. Liberal, marxis, sosialis, plural, dan segala orientasi seksual setiap hari mengeram banyak telur macam katak beranak banyak macam babi dalam PKR. DAP, apa yang hendak diharap selain ajak main konda-kondi. Itupun kalau depa tak menipu.

Apa pilihan yang ada? Bela kambing dan naik gunung? Atau mendekati pemimpin dan menasihati mereka dengan cara yang benar.

Pendirian:

Menasihati pemimpin dengan cara yang benar. Taat kepada mereka dalam hal yang makruf dan mengingkari maksiat yang dilakukan.

Adapun parti politik, demokrasi dan sikap hizbi itu dibahas panjang, detil dan rinci oleh ulama Ahlus Sunnah. Walaupun tanpa parti tanpa organisasi; sikap hizbi (kepuakan melampau) juga boleh wujud.

Antara karya tuntas dan bagus ialah Parti Politik dan Demokrasi oleh Syaikh Sofiurrahman Mubarakfuri (pengarang Raheeq Al-Makhtum), Muamalatul Hukkam oleh Syaikh Dr. Khalid al-Anbari dan banyak judul yang lainnya.

Mohd Riduan b. Khairi.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...