Pages

Monday, 2 December 2013

ALFATIHAH! YA ALLAH! KUATLAH SEMANGAT KELUARGA INI!

Alfatihah! Hari ini teman berkongsi kesedihan ibubapa mangsa pembunuhan kejam tiga beradik yang telah ditemui mati semalam. Sedih dan pedih tak terhingga yang mungkin sukar digambarkan kepada keluarga ini. Sabtu lalu, mayat Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui oleh orang awam di kawasan bendang di Alor Senibong manakala dua lagi adiknya iaitu Nur Izzati Husna Rusdi, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3 tahun, ditemui beberapa pemancing ikan di gigi air sungai di Kampung Padang Tani, dekat Alor Semela pada Ahad.

Menurut sumber Polis, kematian tiga beradik dipercayai akibat dibunuh.

Betapa kejamnya manusia. Kanak-kanak yang tidak berdosa yang mangsa kerakusan manusia berhati binatang. Apakah dosa anak-anak kecil ini sehingga dibunuh dengan kejam ini? Manusia jenis bangsat pembunuh kanak-kanak tidak boleh dibiarkan hidup dimuka bumi Allah ini. 

Teman pun terasa mengalir air mata apabila mengenangkan nasib kanak-kanak yang tidak berdosa ini. Dapat dirasakan bagaimana perasaan ibubapa adik beradik ini. Masyallah...Marilah kita sama berdoa supaya keluarga ini cekal menempuh dugaan ini. 

YA ALLAH..YA TUHANKU..KUATLAH SEMANGAT KELUARGA INI MENERIMA DUGAAN MU YANG AMAT BERAT INI. BERIKANLAH KEBERKATAN DAN INAYAHMU KEPADA KELUARGA INI. SESUNGGUHNYA HANYA ENGKAULAH TEMPAT MEMOHON PERTOLONGAN DAN PERLINDUNGAN..AMIN YA RABBAL ALAMIN..

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...