Pages

Saturday, 9 November 2013

TV AL-HIJRAH PROMOSI AJARAN SYIAH?

Tidak dipastikan bagaimana perkara ini berlaku. Qasidah Cinta Rasul yang berlangsung di Putrajaya malam semalam yang disiarkan di saluran TV AlHijrah seakan-akan pelik. Difahamkan program adalah anjuran Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama TV Alhijrah yang bertajuk DARI ANDALUSIA KE PUTRAJAYA sempena Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa (PIIACuf) serta sambutan Ulangtahun ke-3 TV Alhijrah yang bermula 1-10 November 2013, di Dataran Perbadanan Putrajaya, Precint 3. 

Teman tidak mahu komen panjang memandangkan teman bukanlah ahli dalam bidang agama, namun pencerahan kepada perkara ini wajar diperjelaskan.

Cuba perhatikan lirik Qasidah ini,

"Selamat Datang, Datuk kepada Hassan dan Hussin". 

Persoalan timbul adakah Qasidah ini menyeru kehadiran Rasulullah S.A.W? Adakah unsur-unsur ajaran Syiah di dalam Qasidah ini?

Semoga yang arif memberikan penjelasan supaya umat Islam tidak terkeliru bagi mengelakkan timbul salah faham dan salah tafsir..Mohon pencerahan..

Rujukan ulasan di 


5 comments :

  1. bab qasidah ni adalah dari sheikh alisunnah.. takkanlah bila sebut hasan husin terus cop syiah brooo.... kena tahu asal qasidah..kalau betul dari syiah conformlah syiah... isunya qasidah ni memang asaal ulama sunnah..paham baik2 bro

    ReplyDelete
  2. Siapa ulamak sunnah yg dimaksudkan oleh sang sepakat? Dari mana dalilnya?

    ReplyDelete
  3. Seperti yang kita semua ni tahu qasidah ini syair2 yang ditulis oleh individu yang merindui nabi... seperti syair2 dlm bahasa melayu juga.. adakah senang untuk kita tafsirkn maknya dlm rangkap syair tu..?? Yang soal syiah.. kita sendiri tahu yg syiah x meninggikn taraf nabi muhamad saw.. dia lg iktiraf saidina ali..

    ReplyDelete
  4. inilah kaedah syiah menyebarkan pengaruh dan propaganda mereka. melalui lagu dan nyanyian dalam bahasa arab, bagi orang melayu yg tidak pandai bahasa arab maka mereka menganggap ungkapan itu ayat2 suci yang perlu di hormati. Nabi pun tak suruh umatnya memuja baginda. cuma ikut apa yang disampaikan... syiah adalah proksi yahudi untuk memecahbelahkan umat islam sejagat. seluruh dunia akan melihat ajaran syiah ini adalah ajaran islam sebenar. yahudi melalui amerika sentiasa berlakon mahu mengancam negara iran dan begitu sebaliknya. tapi sehingga saat ini iran dan amerika tidak akan berperang. kini kita melihat goglongan ahli sunnah yang dibunuh dengan pelbagai cara. mereka memang pandai bermain wayang. sejak sekian lama orang parsi amat membenci orang arab. jadi yahhudi pandai menggunakan peluang ini untuk menjatuhkan islam.

    ReplyDelete
  5. Sebelumnya berlaku juga pada lirik lagu ya taiba yang liriknya ada menyebut Hasan dan Husin. Harap lain kali tv patut memahami lirik2 lagu yang dibawa. Jika x sesuai ganti dengan yang lain. Elakan kontrovesi dan persepsi negatif.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...