Pages

Monday, 18 November 2013

TRANSKRIP KENYATAAN KARPAL MENGENAI PENDAFTARAN PAS HARUS DIBATALKAN!

Seperti yang diduga, Karpal Singh tidak akan mengaku kesilapannya mengenai kenyataannya meminta pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan kaum dan agama termasuk Pas, dibatalkan kerana membahayakan negara.

Sebaliknya Karpal dalam kenyataannya semalam memberi amaran supaya Dr Raja Ahmad Iskandar berhati-hati dalam membuat kenyataan sambil menuduhnya berbohong serta mencabar Naib Ketua Dewan Pemuda PAS itu mengeluarkan keseluruhan transkrip sidang akhbar berkenaan.

Sebelum ini, Raja Ahmad Iskandar mendakwa, beliau mempunyai cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat yang dibuat Karpal di Pulau Pinang, 5 November lalu bagi membuktikan Ahli Parlimen Gelugor itu berbohong.

Seperti bermain tarik tali, kenyataan balas membalas bagai tiada penghujungnya malah  Raja Ahmad Iskandar mempertahankan dakwaannya sebelum ini bahawa Pengerusi DAP itu berbohong apabila menafikan beliau meminta pendaftaran PAS dibatalkan. Malah Dewan Pemuda PAS mendesak kepemimpinan DAP mengarahkan Karpal meminta maaf kepada PAS dalam tempoh lima hari mulai hari ini.

Merujuk kepada petikan transkrip terjemahan bahasa Melayu yang dilampirkan bersama kenyataan Raja Ahmad Iskandar, Karpal berkata:

"Ia boleh, memang, seperti saya katakan sebelum ini. Bergerak di atas garis-garis keagamaan, perkauman, adalah satu perkara yang sangat membahayakan di dalam sebuah masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama seperti masyarakat kita. Saya fikir masanya mungkin sudah tiba bagi semua parti perkauman untuk dibatalkan pendaftarannya, ini malangnya merangkumi Pas juga. Kita perlu bersikap praktikal, kita perlu bersikap praktikal, jika kita mahu sebuah negara yang bersatu padu maka kita mesti mempunyai parti-parti yang berbilang kaum."

Teman menjangkakan drama ini akan berlarutan sehingga Muktamar PAS yang akan datang. PAS mengetahui Karpal Singh tidak akan menarik balik dan memohon maaf di atas kenyataan tersebut malah PAS akan hanya mampu melihat kecaman daripada rakan sekutunya selain dari "mengucapkan terima kasih". 

Tiada tindakan keras yang berani PAS lakukan, hanya berani bercakap untuk mengaburi mata ahli-ahli PAS supaya dilihat bertindak di atas sesuatu kecaman namun itu semua hanya mainan politik dan retorik semata-mata. 

Inilah yang dikatakan "tidur sebantal tapi mimpi lain-lain". PAS sanggup dipergunakan oleh DAP walaupun sentiasa dihina dan dikeji. Pemimpin PAS bagai sudah tidak ada suara dalam Pakatan Rakyat dan hanya mampu berdiam diri walaupun dipijak dan diteranjang bagai "melukut ditepi gantang"...Kesian..

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...