Pages

Sunday, 10 November 2013

SUSPEK WANITA KES CULIK BAYI FREDDIE DITAHAN

Suspek wanita yang terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak berusia 20 bulan, Freddie Joseph pada Jumaat berjaya ditahan oleh pihak polis.
Difahamkan wanita berkenaan diberkas awal pagi Ahad.
Polis juga kini sedang menjejaki seorang lagi suspek lelaki yang terlibat dalam kes berkenaan.
Polis Kuala Lumpur dijangka memaklumkan mengenai penahanan suspek pada sidang media yang akan diadakan pada pukul 2.30 petang ini.
Dalam kejadian 6.10 petang Jumaat, seorang kanak-kanak dilarikan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai warga asing menggunakan kereta Toyota Camry berwarna putih dihadapan rumahnya di Jalan Terasek 7, Bangsar.
Pada masa kejadian, ibu mangsa, Sarah Joseph, 38, masuk sebentar ke dalam rumah selepas memberi anaknya makan di halaman rumah, sebelum beliau terdengar bunyi bising di luar rumahnya.
Ketika itu, beliau nampak seorang lelaki cuba melarikan Freddie lalu menerpa ke arahnya untuk menyelamatkan anaknya sambil menjerit meminta pertolongan sehingga berlaku pergelutan.
Akibat pergelutan itu, Sarah cedera di pergelangan tangan kanannya.
Bagaimanapun, bayi berkenaan ditemui dalam keadaan selamat di Taman Tasik Titiwangsa oleh seorang pesara pada tengah hari Sabtu.
Polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai penculikan.

MSTAR

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...