Pages

Friday, 8 November 2013

REMAJA HINA ISLAM DI FACEBOOK DITANGKAP!

Seorang remaja dari Melaka yang membuat kenyataan menghina Islam di Facebook telah ditangkap oleh polis pada semalam.

Ketua Polis Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata, remaja 17 tahun  telah ditahan oleh polis di Bandar Hilir, Melaka pada pukul 3 petang dan kemudiannya diserahkan kepada pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

"Dia disiasat di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948," kata ACP Zainuddin.

Dipercayai beliau telah dibebaskan dengan jaminan polis di tengah malam kelmarin.

Menurut ACP Zainuddin, suspek yang tinggal di Petaling Jaya, telah berhenti sekolah sejak dua tahun lalu dan gemar bermain permainan komputer.

Polis juga telah cuba untuk mencari seorang yang lain yang telah menjawab posting remaja tersebut.

sumber dan olahan daripada The Star

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...