Pages

Wednesday, 6 November 2013

PROGRAM PRISM DAN X-KEYSCORE MILIK NSA INTIP MALAYSIA

Sekarang Kerajaan Malaysia telah pun mengeluarkan amaran keras terhadap kedutaan US di Kuala Lumpur. Wisma Putra (jangan memain dengan Wisma Putra) telah pun memanggil encik Joseph Y. Yun .. Duta US ke Malaysia untuk menjawab mengenai skandal ni.

Kedutaan Australia pun sudah menerima bantahan rasmi Malaysia. Ntah apa la dia berdua ni nak jawab MMP pun tak tau. 

Bagi pembaca yang masih tak faham isu ni. Biar saya kupas kan sedikit.  

Australia dan US telah di tuduh menggunakan fasiliti diplomatik seperti Kedutaan sebagai pusat pengintipan elektronik di Asia Pasifik. .. dan dalam kekecohan ini nama Malaysia terpacul keluar sebagai salah satu pusat pengintipan ini.

Secara asasnya perbuatan mengintip negara SAHABAT mcm Malaysia ni memang tak cool langsung lah. Terutamanya kepada Australia yang selama ini berkongsi fasiliti ketenteraan dengan Malaysia. Malaysia telah memberi amaran bahawa Kerajaan tidak teragak-agak untuk menangkap dan memenjarakan mana-mana diplomat yang terlibat dengan pengintipan.

Saya ada tulis di FB MMP pada 9 Oktober 2013.

"sub judice"

If you are a diplomat and was involved in clandestine operations.. don't expect a blanket of diplomatic immunity.
 Tak tau la jika ada yang perasan masa tu. Tapi saya ambil keputusan untuk diamkan perkara ni dan tunggu reaksi Kerajaan Malaysia dahulu.

APAKAH YANG DI GUNAKAN OLEH NSA UNTUK MENGINTIP?

data dari
http://www.theverge.com/2013/7/17/4517480/nsa-spying-prism-surveillance-cheat-sheet

PRISM merupakan alat yang di gunakan oleh NSA untuk mengumpul data-data elektronik peribadi bagi pengguna-pengguna  Gmail, Facebook, Outlook, dan lain-lain. NSA boleh meng access data dengan bebas dari syarikat seperti  Google, Yahoo, Facebook, Microsoft, Apple jika mendapat kebenaran dari badan rahsia Foreign Intelligence Surveillance Court.

The Washington Post melaporkan bahawa The Protect America Act of 2007 telah membawa kepada penciptaan sejenis program rahsia bernama US-984XN, ini merupakan nama asal PRISM. 

Edward Snowden, mengaku bahawa beliau bertanggungjawab membocorkan maklumat mengenai PRISM kepada media. Beliau melarikan diri ke Hong Kong dan dengan bantuan WikiLeaks, beliau meninggalkan Hong Kong ke Moscow, dimana beliau menunggu untuk mendapatkan asylum.

APAKAH IMPLIKASI TERHADAP MALAYSIA?

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata setakat ini tiada kebocoran membabitkan maklumat dan rahsia ketenteraan negara kepada pihak asing. Beliau berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempunyai pendekatan tertentu untuk mengekang perkara itu selain sentiasa mempertingkat kewaspadaan. 

Namun begitu ATM seharusnya lebih berwaspada terutamanya menjelang pelancaran sistem NCO ATM kelak. Kita tidak mahu pihak musuh secara senyap menanam perisian rahsia atau Trojan kedalam sistem pertahanan kita.

Sumber daripada Malaysia Military Power. Maklumat dan keterangan lanjut boleh layari di SINI

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...