Pages

Tuesday, 12 November 2013

POLIS EDAR FOTOFIT SUPEK KES BUNUH PEGAWAI JAIP

Polis Pahang hari ini mengedarkan fotofit seorang suspek utama berhubung kes tembak mati Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Allahyarham Ahmad Raffli Abdul Malik di Indera Mahkota 2 kelmarin.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, beliau berharap menerusi fotofit itu orang ramai dapat membantu polis dalam mengesan suspek dan seterusnya menyelesaikan kes tersebut

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung dengan kes bunuh Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), mohon salurkan kepada Pegawai Penyiasat, ASP Zukri Muhammad di talian 013-9764999 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di talian 09-5652222 atau talian hotline 09-5142999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Diskripsi Suspek:

Susuk tubuh : Sasa
Warna kulit : Sawo matang
Warna rambut : Beruban
Bulu kening : Halus
Hidung : Sederhana
Bangsa : Melayu
Mulut : Nipis
Warna misai : Beruban
Umur : Lingkungan 55 tahun
Jantina : Lelaki
Ketinggian : 170

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...