Pages

Saturday, 23 November 2013

Pemuda Pas Tolak Usul Ulama, Mahu Guan Eng Peluk Islam


Pas sebelum ini sering mendakwa bahawa asas perjuangan parti itu adalah untuk menegakkan negara Islam melalui‘Kepimpinan Ulama’. Malah ia adalah merupakan antara modal penting setiap kali parti itu mengadakan program ceramah di kampung-kampung.

Namun benarlah seperti kata pepatah ‘Ibarat Lidah Yang Tidak Bertulang’ semua yang diucapkan itu hanyalah merupakan kata-kata manis bagi menarik sokongan rakyat. Sedangkan pada hakikatnya ia amat bertentangan dengan pendirian sesetengah pemimpin parti itu.

Dewan Pemuda Pas yang bersidang semalam menolak usul bagi mempertahankan kepimpinan ulama atas alasan teknikal.

Pengerusi tetap Muktamar Pemuda Pas, Misbahul Munir menyatakan usul tersebut ditolak kerana bertentangan dengan perlembagaan parti serta kurang jelas dan perlu diperbaiki.

Seterusnya Sheikh Umar Ali perwakilan dari Kluang dan Fakrulrozi Hasan (Lumut) ketika mengambil bahagian dalam sesi perbahasan menyatakan usul tersebut kurang jelas dan mempunyai agenda orang tertentu.

Haris Alimudin (Sandakan) pula menyatakan secara teknikal Fasal 25 dalam Perlembagaan Pas yang menyatakan jawatan presiden dan timbalan presiden Pas perlu terdiri daripada ahli Pas dan tidak tercatat perlu dari golongan ulama atau profesional.

"Kalau nak buat semua (ulama), perlu tukar perlembagaan," ujarnya.

Selain Pemuda, Dewan Muslimah Pas juga sebelum ini turut mengambil pendekatan yang sama apabila menolak usul yang dibawakan oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib agar parti itu mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang selepas dilanda pelbagai kemelut dalaman dengan sekutu mereka DAP dan PKR.

Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) sebelum menerima usul yang mendesak agar Pas pusat memasukkan fasal yang memperuntukkan jawatan presiden, timbalan dan sekurang-kurang salah seorang naib presiden terdiri daripada golongan ulama.

Desakan tersebut dibuat oleh Urusan Ulama Pas Kuala Nerus, Terengganu, supaya "tidak timbul kecelaruan" dalam pemikiran ahli dan memastikan kelangsungan kepimpinan ulama berhubung kepimpinan di peringkat tertinggi parti itu.

Menurut pemerhati politik senario ini dapat dinilai dengan jelas bagaimana kumpulan yang di label sebagai Anwarinas telah merosakkan perjuangan Pas dan membelakangkan slogan kepimpinan melalui ulama yang menjadi modal politik dan survival parti itu.

Jadi persoalan yang perlu ditanya oleh ahli akar umbi dan perwakilan Pas, adakah benar kempen para parasit dan kaumpro-Anwarinas bahawa tidak perlu Jawatankuasa Pas pusat dianggotai oleh ulama kerana konon sudah ada Majlis Syura' Pas. Sedangkan pada hakikatnya mereka secara terang-terangan telah menolak ketetapan Majlis Syura' dalam soal fundamental seperti kalimah ALLAH?

Di dalam perkembangan yang lain pula, Pengarah Perpaduan Nasional Pemuda Pas, Afnan Hamimi melahirkan harapan agar suatu hari nanti Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dapat memeluk Islam.

Walaupun kenyataan tersebut hanyalah merupakan satu harapan, namun dari satu sudut pula ramai yang melihat ia sebagai satu pendekatan untuk menarik kembali sokongan masyarakat Islam dan Melayu yang semakin meninggalkan parti itu.

Ini kerana ramai di kalangan ahli dan penyokong Pas yang pro-ulama jelas tidak bersetuju dengan beberapa pendekatan parti itu sebelum ini yang dilihat terpaksa akur dan tunduk terhadap gesaan DAP.

Antaranya pendirian berhubung isu kalimah Allah, menggugurkan penggunaan slogan Negara Islam kepada Negara Kebajikan dan terbaru sikap berdiam diam berhubung tuntutan Comango yang jelas bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...