Pages

Tuesday, 19 November 2013

MUSLIHAT DAP UNTUK MENIPU MELAYU DIDEDAH

Semakin hebat DAP mendabik dada sebagai parti yang adil dan tidak mengira kaum, semakin ramai ahli dan pemimpin parti itu dari kaum bukan Cina mula meninggalkan parti. Alasan mereka juga sama sahaja iaitu DAP bersikap rasis keterlaluan dan mentadbir secara diktator. 

Semalam, seorang lagi pemimpin DAP berbangsa Melayu iaitu Syed Araniri Syed Ahmad iaitu Naib Pengerusi Jawatankuasa Interim DAP Kedah telah meletakkan jawatan kerana merasa tertipu dengan kepimpinan yang sengaja melambat-lambatkan kelulusan permohonan pertubuhan cawangan DAP baru di Taman Wira Alor Setar. 

Menurut Syed Araniri, kepimpinan DAP telah terlebih dahulu memberikan kelulusan tidak rasmi bagi membuka cawangan tersebut walaupun tidak menepati syarat yang memerlukan 50 ahli. Pada ketika itu, Syed Araniri hanya mampu mengumpul 35 ahli. Kelulusan itu diberi atas alasan pengecualian kerana cawangan baru tersebut dianggap istimewa memandangkan semua ahlinya adalah Melayu. 

Walaubagaimanapun, apabila beliau meneruskan dengan pendaftaran, kepimpinan tertinggi DAP memberi berbagai alasan untuk meluluskannya walaupun sebelum itu telah bersetuju menyifatkannya sebagai kes berkecuali. 

Syed Araniri menganggap apa yang berlaku sebagai tindakan kepimpinan atasan untuk memperbodohkan dirinya. 

Kita melihat apa yang berlaku kepada Syed Araniri adalah satu kes klasik di mana DAP enggan memberi walaupun sedikit ruang kepada bangsa lain untuk bertapak dengan agak kukuh di dalam parti. Kepimpinan parti melihat cawangan baru dengan semua ahli Melayu berpotensi menjadi ‘pemangkin’ kebangkitan Melayu lain di dalam DAP. Sudah tentu ini bukanlah sesuatu yang diinginkan oleh pemimpin DAP. 

Walaupun DAP begitu ‘hadap’ dengan sokongan bangsa lain tetapi DAP tidak sekali-kali sanggup membuka walaupun sedikit ruang kepada bangsa lain untuk memperkuatkan diri. Bangsa lain hanya diperlukan sebagai alat atau kuda tunggangan tetapi tidak akan diberi apa-apa jawatan penting. Kalau ada pun bangsa lain yang diberi jawatan tinggi ialah apabila beliau merupakan watak yang paling bodoh dan sanggup berbuat apa saja yang diarahkan mereka. 

Justeru, DAP lebih selesa jika orang Melayu dan India hanya menjadi ahli biasa dalam keadaan berserakan iaitu tidak di dalam satu kelompok besar yang mampu membentuk tekanan kepada kepimpinan. Melayu, India atau bangsa lain selain Cina tidak akan diberi peluang untuk memimpin terutama jika terdapat bangsa Cina di kalangan mereka. 

Syed Araniri bukan orang pertama yang tersedar dari manipulasi DAP dan beliau juga pastinya bukan orang yang terakhir. Hari ini, kita lihat masih ada lagi anak-anak muda yang terpengaruh dan terpedaya dengan retorik dan impian-impian DAP. Tetapi, kita percaya satu hari nanti mereka juga akan turut sedar dan meninggalkan DAP. 

Hakikatnya, DAP adalah parti Cina, oleh Cina dan untuk Cina. Ia bukan untuk rakyat Malaysia. Ia adalah sebuah parti yang tidak bertunjangkan kepada kesetiaan kepada negara mahupun kesejahteraan negara. Segala-gala yang dibuat oleh DAP hanyalah demi kaum Cina. 

Rakyat Malaysia wajar mencernakan fakta ini sebaik-baiknya agar tiada lagi generasi kita yang akan datang yang akan terpedaya dengan parti rasis dan chauvinis DAP. 

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...