Pages

Friday, 8 November 2013

MENGAPA PRESIDEN PETRONAS PERLU LETAK JAWATAN DIDEDAHKAN!

Kemelut Petronas menganaktirikan pengusaha-pengusaha Melayu telah berlarutan bagai tiada penghujung. Isu menghalang produk Melayu di Kedai Mesra Petronas bukanlah isu pertama kali berlaku. Sebelum ini isu roti tempatan daripada pengusaha Melayu dilarang dijual di Kedai Mesra Petronas berkemundang tetapi ditutup rapi oleh pihak-pihak berkenaan. Diakui bahawa pemain-pemain di dalam pengurusan Petronas ini bijak mengatur langkah bagaimana memastikan orang Melayu tidak mendapat tempat dan ruang untuk berkongsi "kek ekonomi" daripada syarikat petrolium negara itu. Malah pemimpin-pemimpin kerajaan yang Melayu bagai "dipotong lidah" oleh pengurusan Petronas ini. Sungguh berkuasanya pengurusan Petronas ini hingga tiada siapa yang boleh menghalang segala genap keputusan yang dibuat. Bijak sekali permainan mereka ini.

Keluhan dan pandangan Penasihat Petronas, Tun Dr Mahathir Mohamad dianggap sebagai "masuk telinga kanan, keluar telinga kiri" memandangkan beliau tiada kuasa eksekutif" untuk menentukan keputusan. Malang sekali kepada orang Melayu yang tiada tempat mengadu akhirnya perlu pasrah melihat bangsa bukan Melayu menguasai Petronas sebuah syarikat kebanggaan negara. Pengurusan Melayu di Petronas hanyalah patung mainan yang hanya tunduk dengan "ubat guna-guna" bangsa bukan Melayu.

Untuk membuktikan pendedahan kegiatan mereka ini, teman telah mengutip satu kenyataan akhbar yang teman dapat dari blogger APA. Ikuti pendedahan ini.

SIDANG AKHBAR KHAS INI BERTUJUAN PIHAK PETRONAS MENJAWAB DENGAN LEBIH TEPAT DAN TELUS BERKAITAN SEBARANG KELEMAHAN FAKTA SUPAYA PIHAK TERBABIT DAPAT MEMBERIKAN MAKLUMAT YANG TEPAT DAN TELUS UNTUK KEBAIKAN RAKYAT JOHOR

KENYATAAN AKHBAR
TARIKH : 24 OKTOBER 2013
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : RESTORAN. KLASIK TIRAM CONER
TAJUK: SIDANG AKHBAR GABUNG JOHOR BERKAITAN ARTIKEL TEMURAMAH TAN SRI SHAMSUL AZHAR ABBAS, CEO DAN PRESIDEN PETRONAS DENGAN THE EDGE BERTARIKH 7 OKTOBER 2013 DAN SUSULAN ARTIKEL TEMURAMAH DATUK WAN ZULKIFLEE WAN ARIFFIN, COO PETRONAS DENGAN BERITA HARIAN BERTARIKH 16 0KTOBER 2013 BERKAITAN AGENDA MELAYU / BUMIPUTERA DI DALAM INDUSTRI PETROLEUM NEGARA.

1. Melalui artikel tersebut di atas, pihak GABUNG ingin mempersoalkan ‘keterbukaan & keikhlasan’ PETRONAS di dalam membentangkan fakta-fakta yang mengatakan ‘Hasn’t PETRONAS done enough?’ atau ‘Syarikat Bumiputera di utamakan’ semenjak Tan Sri Shamsul mengambil alih tampuk kepimpinan PETRONAS 3 tahun yang lalu.

2. Apa yang mengecewakan ialah keangkuhan Presiden PETRONAS yang tidak mahu mengaku KELEMAHAN / KESALAHAN diri sendiri di dalam membantu usahawan2 melayu / bumiputera selama ini.

DEFINASI SEBENAR SYARIKAT BUMIPUTERA?

3. Apakah Definasi Bumiputera yang diguna pakai oleh PETRONAS untuk menyokong fakta-fakta yang mengatakan semenjak tahun 2010, syarikat-syarikat bumiputera sering di utamakan di dalam pemberian kontrak PETRONAS seperti yang di nyatakan di dalam The Edge ie 78% (2010) / 91% (2011) / 75% (2012)? Kalau betul fakta ini, mengapakah hari ini kita masih kedengaran rintihan dan sungutan dari kalangan usahawan2 bumiputera yang amat serius?

4. Siapakah sebenarnya syarikat-syarikat bumiputera tersebut di atas? Adakan mereka ini i)Foreign company with based in Malaysia dengan 2 dari 3 Director nya bumiputera untuk melepasi syarat kelayakan seperti Technip Malaysia atau ii)syarikat GLC yang berstatus bumiputera seperti UMW? iii)syarikat seperti DIALOG Group yang di ketahui umum bukan nya di kuasai oleh bumiputera tetapi mendapat status bumiputera?

5. Apakah istimewanya syarikat DIALOG ini sehingga di beri pelbagai ruang dan peluang oleh PETRONAS untuk beberapa projek strategic PETRONAS seperti :
i) Projek marginal field RSC Balai Cluster di Sarawak
ii) Projek Re-Gas Terminal (RGT) di Pengerang sedangkan kita semua tahu DIALOG memang tidak mempunyai pengalaman di bidang tersebut.
MARGINALISASI SYARIKAT MELAYU / BUMIPUTERA TANPA POLICY YANG KUKUH
6. ‘Marginalisasi’ syarikat-syarikat bumiputera di Johor di dalam penglibatan projek mega PETRONAS seperti projek RAPID di PIPC, Pengerang.

7. Apakah ‘policy’ dan ‘game plan’ PETRONAS di dalam membantu usahawan2 melayu / bumiputera terutamanya di Johor di projek2 strategik seperti RAPID / fabrikasi MMHE di Pasir Gudang?

8. Kami di fahamkan untuk projek RAPID misalnya, pihak pengurusan PETRONAS tidak menyokong pelan tindakan seperti ‘carve-out’ policy yang di guna pakai dengan jayanya seperti di projek MRT Corp dimana 40% dari agihan kontrak di agihkan untuk di bida di antara usahawan2 bumiputera yang berwibawa sahaja walaupun ia mendapat sokongan padu dari kerajaan negeri Johor di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Khaled Nordin dan pihak JPDC di Johor.

9. Pelbagai alasan yang remeh di gunakan oleh pengurusan PETRONAS untuk menggagalkan policy tersebut di atas seperti ‘projek ini berimpak tinggi dan bukan untuk usahawan bumiputera’ dan ‘tiada senarai syarikat2 minyak dan gas di Johor’ etc – seperti kata pepatah melayu ‘kalau hendak seribu daya kalau tidak hendak seribu dalih’.

10. Ini amat mengecewakan pihak kami terutamanya tentang pengurusan PETRONAS yang berada di atas hari ini adalah orang melayu seperti Tan Sri Shamsul tetapi beliau seolah-olah mengkhianati perjuangan untuk membantu / memperkasakan ekonomi orang melayu dengan bersungguh-sungguh tanpa menyediakan pelan perancangan seperti ‘carve-out’ policy yang di nyatakan di atas untuk projek projek strategic berkepentingan nasional seperti RAPID.

PERUBAHAN POLISI PEMBANGUNAN VDP & GFA

11. Kami juga di fahamkan Presiden PETRONAS tidak bersungguh-sungguh untuk menjayakan agenda pembangunan usahawan bumiputera melalui skim Vendor Development Program (VDP)dan skim Global Frame Agreement (GFA).

12. Semenjak beliau menerajui PETRONAS, kontraktor VDP bumiputera yang ada telah berkurangan dari 32 kepada 11 pada hari ini dan ini tidak membantu agenda untuk memperkasakan ekonomi usahawan melayu / bumiputera di dalam bidang minyak dan gas negara.

13. Melalui system GFA pula, PETRONAS telah membenarkan syarikat2 minyak yang beroperasi di Malaysia seperti Shell / Exxonmobil / Murphy untuk membuat urusan ‘direct award’ kepada ‘principal manufacturers’ di luar negara melalui anak syarikatnya PSI (Prime Sourcing International) tanpa perlu melalui syarikat pembekal tempatan yang kebanyakan nya adalah usahawan melayu / bumiputera. Kami di fahamkan perubahan polisi ini telah berkuatkuasa mulai bulan May yang lalu. Polisi ini telah mengakibatkan penutupan beberapa syarikat pembekal bumiputera serta pemberhentian pekerja-pekerja di syarikat bumiputera terbabit.

KEMASUKAN ‘ORANG LUAR’ KE DALAM TAMPUK KEPIMPINAN PETRONAS.

14. Kami juga ingin menyentuh berkenaan isu pengambilan ‘orang luar – expatriate dan juga non-bumiputera’ ke dalam pengurusan tertinggi PETRONAS semenjak Tan Sri Shamsul mengambil alih pengurusan PETRONAS.

15. Apakah sudah ada ketirisan ‘talent resources’ anak anak melayu yang berwibawa di dalam kelompok kakitangan kanan PETRONAS hari ini yang boleh mengambil alih tampuk kepimpinan asset-aset strategic PETRONAS seperti di bahagian E&P PETRONAS / di fabrikasi MMHE di Pasir Gudang / di Vestigo Petroleum Sdn Bhd di mana kemasukan ‘orang asing’ ini bukan sahaja di bayar dengan pakej yang begitu lumayan tetapi mematikan terus agenda untuk membantu orang melayu.

16. Pihak GABUNG mempunyai beberapa bukti untuk menyokong fakta di atas:
i) Datuk Wee Yiaw Hin (dari Shell) sebagai EVP of E&P di PETRONAS
ii) Dominic (orang Technip) sebagai CEO di MMHE
iii) Keith Collins sebagai CEO di Vestigo Petroleum Sdn Bhd (syarikat yang mengendalikan bidang marginal field untuk PETRONAS)
17 . Hakikatnya kami merasakan Tan Sri Shamsul sebagai Presiden PETRONAS boleh di kira GAGAL di dalam memperkasakan agenda melayu / bumiputera melalui PETRONAS sejak 3 tahun yang lalu samada melalui pembangunan usahawan melayu / bumiputera dan pembangunan modal insan seperti penyediaan ‘succession plan’ untuk jawatan2 strategik di PETRONAS.

18. Beliau harus berundur secara terhormat!!!

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...