Pages

Wednesday, 13 November 2013

MASYALLAH! USTAZ KAZIM ELIAS DIDESAK BERSARA?

Apabila bercakap tentang dakwah Islamiyah adalah usaha menyebarkan Islam kepada umat Islam dan bukan Islam disamping menyampaikan peringatan kepada Islam kerana manusia bersifat pelupa dan menyampaikan kefahaman Islam kepada bukan Islam. Maka tugas sebagai pendakwah adalah berat memandangkan ilmu yang diberikan oleh Allah S.W.T untuk disebarkan dan memberi peringatan serta mengajak umat Islam mencegah kemungkaran.

Golongan pendakwah yang mempunyai ilmu yang diberikan Allah yang biasanya dipanggil ustaz ini akan menyebarkan dakwah bagi menunaikan amanah Allah S.W.T dan dakwah ini tiada hentinya hingga ke hujung nyawa. Malangnya, pengamal politik sempit telah menghina dan mencerca golongan pendakwah hinggakan didesak supaya berhenti berdakwah. Inilah akibatnya termakan "dakwah lawak" hinggakan gagal membezakan yang mana bathil dan yang mana hak. Jika pendakwah itu tidak menyebelahi fahaman politik mereka, maka pendakwah itu dituduh dengan berbagai-bagai tohman buruk hingga diugut bunuh.

Begitulah yang terjadi kepada Pendakwah Bebas, Ustaz Kazim Elias sehingga didesak supaya bersara daripada berdakwah. Petikan daripada facebook page UKE, 

"Ada orang hantar sms kat p.a sy...."Tolong bgtau Kazim tunaikan janji nak bersara pd 28 nov ni,munafik kalau tak tunaikan janji..."..macam2 jenis fanatik ni,ada pemimpin politik kata nak bersara lepas PRU tiba2 tak bersara jgk,yg tu tak munafik pulak ye..apa pun sabar la tunggu la tarikh tu..oh ye..sahabat2 nak ke no telefon orang tu,mana lah tau kot nak berkenalan...jgn maraa aa".

Teman menyerahkan kepada pembaca untuk menilaikan dengan kebijaksaan sendiri. Namun, dakwah tidak akan berhenti sehingga nyawa dikandung badan waima apa kaedah sekalipun.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...