Pages

Tuesday, 12 November 2013

MARINA MAHATHIR BERTEMU BUKU DENGAN RUAS! INGAT DIA SORANG JE PANDAI!

Status Marina Mahathir anak sulung mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bukanlah satu kelebihan dan kehormatan "tertinggi" untuk melepasi batas-batas pendirian sekular dan "Liberal Doses". Malah status itu bukanlah sebagai penghalang kepada orang lain untuk menyanggah pendirian "songsang" tentang sesuatu perkara khususnya mengenai Islam.

Bak kata pepatah "bertemu buku dan ruas". Permintaan Marina Mahathir kepada Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) untuk menarik balik tuduhan yang terkandung dalam risalah mereka yang dikaitkan dengan COMANGO serta ancaman beliau untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ISMA telah mendapatkan maklum balas daripada aktivis ISMA, Dr Muhammad Hasbullah. Bak kata Sis Helen AngThe Bangsar Malaysia icon has finally met her match in Isma, an organizationally savvy bunch of urban professionals. For too long Madam ‘Liberal Doses’ Marina has ridden roughshod over the country’s Muslim NGOs (the serban dan jubah types) due to her polish and worldliness in contrast to their corresponding lack of sophistication".

Jelas Dr Muhammad Abdullah, sebagai sebuah badan NGO Islam yang peka kepada isu-isu mengenai survival ummah, ISMA tidak akan duduk diam dan menutup mata  mengenai isu ini. Menurut beliau, Jumaat lepas, 70,000 risalah telah diedarkan memberitahu rakyat bahaya permintaan COMANGO dan mendedahkan dalang-dalang di belakang mereka.

Namun menurut beliau lagi, adalah tidak mengejutkan jika ada sesetengah pihak tidak berpuashati dengan tindakan ISMA malah sebilangannya menggunakan saluran-saluran media sosial dan portal berita atas talian.

Berkaitan dengan respon Marina Mahathir, intipati jawapan daripada Dr Muhammad Abdullah adalah berbunyi, "Ok, so somebody did take it personally. I’m no mind reader, but in this issue we just need to read between the lines".

1. Marina Mahathir tidak menafikan hakikat bahawa SIS terlibat dalam gabungan itu. Malah beliau mengesahkan bahawa SIS adalah sebahagian daripada COMANGO .

2. Marina Mahathir tidak menyatakan pendirian beliau dengan mengambil kira permintaan Comango ini.

3. Ia akan menjadi lebih meyakinkan jika dia membantah SIS terlibat dalam gabungan itu. Tetapi tidak, dia tidak melakukannya. Jika dia begitu marah dikaitan dengan gabungan itu, dia harus marah bahawa kumpulan itu terlibat didalamnya juga.

Di mata umum, menjadi ahli lembaga persatuan yang menjadi sebahagian daripada COMANGO adalah bukti yang cukup bahawa anda terlibat di dalamnya. Bagaimana seorang pemimpin boleh diasingkan daripada tindakan orang bawahan dan mendakwa tidak terlibat? Jika anda tidak berpuas hati tentang hal tersebut, beritahu media. Beritahu orang bawahan anda untuk menghentikan perkara karut ini. Kita tidak boleh membaca fikiran anda. Nyatakan pendirian anda!

Tetapi ia tidak terlambat untuk membuktikan yang mereka salah . Ianya TIDAK PERNAH terlambat untuk bertaubat dan melakukan pembaikan.

Semoga Allah memberkati kita semua.

Nota : Artikel ini adalah ulasan intipati terjemahan yang teman kutip daripada artikel asal di ISMA WEB bertajuk "Marina, show your stand!" dan Blog Helen Ang yang bertajuk "Isma challenges Marina to state her stand". Maka, artikel ini bukanlah terjemahan sebenar keseluruhan kandungan. Ada kandungan dan ayat berbahasa Inggeris terpaksa dimasukkan bagi mengelakkan maksud sebenar penulis tersebut tidak tersasar. Harap maklum..

3 comments :

  1. kenapa nak kaitkan juga dengan Tun....kenapa nak tulis mcm nie "Status Marina Mahathir anak sulung mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bukanlah satu kelebihan dan kehormatan "tertinggi" untuk melepasi batas-batas pendirian sekular dan "Liberal Doses". Malah status itu bukanlah sebagai penghalang kepada orang lain untuk menyanggah pendirian "songsang" tentang sesuatu perkara khususnya mengenai Islam.

    kenapa mesti kaitkan dengan Tun..sedangkan anak dia sorang ni tak pernah selari pon dengan ape jua pendapat Tun

    ReplyDelete
  2. Biasa ar, nak memburukkan Tun... Tak profesional langsung dalam memaparkan artikel yang bersifat prejudis.

    ReplyDelete
  3. Habis tu yang Tun memperburukkan orang lain dengan gelaran kucing kurap tak apa kah! Kenapa Mahathir tak larang anaknya.

    Kepada orang lain Mahathir begitu sombong hingga sampai tahap boleh suruh orang letak jawatan Perdana Menteri. Bila kena batang hidung dia boleh pulak diam. .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...