Pages

Monday, 11 November 2013

MARI KITA TENGOK DRAMA MARINA MAHATHIR SAMAN ISMA

Apabila Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mendedahkan 'dalang-dalang" dalam dalam isu COMANGO, salah satu nama yang terlibat ialah anak perempuan Tun Mahathir Mohamad, Marina. ISMA dilaporkan telah mengedarkan 70,000 risalah di masjid-masjid di seluruh negara yang mendakwa Marina sebagai salah seorang 'dalang' di belakang gabungan NGO yang dikenali sebagai COMANGO ini.

Antara nama-nama yang didakwa terlibat di dalam isu COMANGO ini ialah Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan, Pengerusi Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran, Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez, Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel dan termasuk Marina sendiri.

Namun hari ini Marina Mahathir menafikan tuduhan tersebut dan menuntut supaya ISMA menarik balik tuduhan ke atasnya selain menarik balik tuduhan sama dari semua media massa dan media online mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dengan serta-merta. ISMA akan dikenakan tindakan undang-undang jika gagal berbuat demikian.

Antara tuntutan COMANGO yang dikecam oleh Umat Islam ialah:

1) Kebebasan untuk murtad 

2) Menghalalkan sex songsang
3) Menghapuskan hak keistimewaan orang melayu
4) Menghapuskan hukuman kesalahan jenayah Syariah
5) Tuntutan kalimah Allah boleh digunakan oleh Kristian
6) Kebebasan beragama termasuk Syiah
7) Tuntutan mana-mana ibubapa yang memeluk Islam tidak boleh menjaga anak
8)Tafsiran perkauman mengikut sekular liberal Barat

Teman rasa, tentunya Tun Mahathir Mohamad akan berasa sedih dan kecewa apabila melihat tindak tanduk anaknya, Marina telah jauh tersasar dari landasan sebenar. Walaupun Marina Mahathir menafikan dan mengugut untuk menyaman sesiapa sahaja yang membabitkan beliau dalam isu COMANGO ini, umum mengetahui beliau adalah Ahli Lembaga Pengarah sebuah badan NGO sekular 'Sister in Islam" (SIS) di mana badan NGO ini antara gabungan NGO dalam COMANGO.  

Subahat dan bersengkongkol dalam ertikata terlibat sama tidak semestinya terlibat secara langsung dalam proses tuntutan COMANGO. Tetapi menjadi ahli sekali pun malah memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah sudah cukup untuk mengatakan seseorang itu juga bersubahat dan bersengkongkol dengan segala agenda NGO yang disertai. Liabiliti dan palitan itu tetap ada dan tidak boleh dinafikan.

Teramat sedih apabila melihat umat Islam sering bercakaran sesama sendiri akibat politik sempit yang tidak berkesudahan dan golongan KAFIR LAKNATULLAH mengambil kesempatan di atas hak-hak bersuara menggunakan pentas antarabangsa bagi menjatuhkan Islam di Malaysia. Malang sekali, ada sebahagian Melayu yang beragama Islam turut serta menjadi penyokong dan pelopor untuk menjatuhkan Islam itu sendiri.

Teman berharap ISMA tidak gentar dan berundur daripada membongkar agenda jahat COMANGO ini. Teman yakin majoriti umat Islam di Malaysia menyokong dan bersama-sama dengan ISMA.

1 comment :

  1. marina ni anak kandung Tun ke??? bukan anak angkat je? tapi marina telah memalukan Tun, Negara, Bangsa dan agama kita.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...