Pages

Monday, 11 November 2013

KARPAL U TURN, PAS UCAP TERIMA KASIH! BERNAMA TAMPIL BAHAN BUKTI

Seperti yang dijangka PAS akan "menekan brake" apabila isu berkaitan dengan DAP. Jelas sekali, PAS "have no guts" untuk memberi tekanan kepada rakan sekutunya dalam pelbagai isu khususnya berkaitan agama Islam. Bahkan PAS masih membisu apabila DAP menuntut penggunaan Kalimah Allah oleh penganut agama Kristian.

Begitu juga apabila Karpal Singh membuat kenyataan parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran, PAS bermula dengan langkah "mencuit" Karpal supaya menarik balik kenyataan tersebut. Malang sekali, apabila Karpal Singh membuat pusing "U", PAS telah berpuashati sambil mengucapkan terima kasih.

Kenyataan "U' Turn pemimpin Pakatan Rakyat sudah menjadi mainan bagi menutup segala ruang kesilapan bagai "Tuhan" yang tidak boleh lagi disanggah. Seperti biasa, media juga akan dipersalahkan dengan pelbagai alasan "tersalah tafsir", "kenyataan diputar belit" dan segala bagai "mak nenek" alasan yang tak masuk akal. Saman menyaman akan menjadi jalan utama bagi menutup kesilapan dan mengaburi mata rakyat walaupun Pakatan Rakyat sering menghina sistem kehakiman negara apabila keputusan tidak memihak kepada mereka. Tanpa sedar media pro Pakatan Rakyat juga mengutip berita ini termasuklah Malaysiakini dan Malaysian Insider. Maka, semuanya harus disaman? Atau Bernama sahaja yang akan disaman kerana ianya media kerajaan yang bertunjangkan kerajaan BN?

Cuba kita amati "Qoute" daripada kenyataan Karpal Singh yang diambil oleh wartawan Bernama yang berbunyi,

"Sepatutnya parti politik dan mana-mana pertubuhan profesional berasaskan kaum atau agama ini tidak boleh dibenarkan memandangkan perkara ini merupakan suatu yang serius dan bahaya,"

Bukankah kenyataan tersebut melitupi semua pertubuhan termasuk parti PAS? 

Teman yakin  dunia kewartawanan masa kini telah menggunakan alatan yang canggih malah setiap liputan berita telah dirakam samada berbentuk audio mahupun video. Sumber Berita Bernama wajar mendedahkan rakaman berbentuk audio ataupun video untuk menjaga kredibiliti dan imej badan berita itu. Bernama perlu tampil bagi menyatakan kebenaran di sebalik kebathilan golongan Pakatan Rakyat yang sering menuding jari kepada kesalahan media. 

1 comment :

  1. Mohon dipautkan blog hamba kedalam bloglist tuan http://mediaharia.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...