Pages

Friday, 8 November 2013

SUDAH TUKAR KA? TOLONG JAWAP YANG INI!

Tiada yang pelik apabila Karpal Singh membuat "U-Turn" dengan kenyataan beliau sendiri yang mencadangkan parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Sebagaimana biasa, Lim Kit Siang akan mempertahan dakwaan tersebut yang akhirnya media pula akan dipersalahkan khususnya media pro UMNO/BN. Seperti biasa, UMNO terus akan dipersalahkan demi mengaburi mata-mata rakyat. Tanpa disedari media pro PR juga mengutip segala butir kenyataan Karpal Singh tersebut. 

"DAP chairperson Karpal Singh is calling for all race- and religion-based political parties or associations be deregistered or to be opened to everybody, regardless of either criteria".
(http://www.malaysiakini.com/news/245827).

Karpal Singh mungkin tidak menyangka apabila kenyataan beliau akan mendapat bantahan kuat daripada sekutu dan "teman tidur" DAP iaitu PAS. Sememangnya PAS telah merasai bahangnya memandangkan Muktamar PAS yang akan berlansung tak lama lagi. Maka berkoyong-koyong individu yang mahu bertanding menjadi hero PAS sementara untuk menunjukkan taring kepada ahli-ahli PAS. 

Polemik Karpal Singh yang anti-Islam dan anti-Melayu ini bukanlah sekali malah berkali-kali namun PAS gagal menilai sendiri siapa sebenarnya Karpal Singh yang sering menyakitkan hati para pendokong PAS. Malah ada pemimpin PAS sendiri seperti menyokong dan buat-buat endah tak endah dengan setiap kenyataan Karpal Singh. Bak kata Nik Aziz " itu pendapat peribadi"

PAS pula seakan tidak pernah serik dan kelihatan tidak pernah kesal terhadap apa jua pukulan maut dari kenyataan Karpal Singh ini yang secara langsung atau tidak mempersoal dan menyindir dengan sinis terhadap mereka. PAS bagai muka tak malu, orang tak hinggin pipi tersorong-sorong".

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...