Pages

Thursday, 21 November 2013

@HishammuddinH2O : Pemimpin Idaman Malaya!

Apabila berhadapan dengan persepsi negatif terhadap pemimpin, tidak semua pemimpin samada berada pihak pembangkang mahupun kerajaan, dapat menerima dan menghadapinya dengan tenang . Kadang-kadang ada pemimpin yang tidak tahan dengan kritikan maka mengelabah tak tentu arah malah mengeluarkan kenyataan-kenyataan dangkal bagi menepis persepsi tersebut hingga terbuka kebodohan sendiri.

Namun tidak kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Persepsi dan kritikan dihadapi dengan tenang dan ditepis dengan fakta dan berasas. Walaupun berhadapan dengan persepsi negatif terhadap kepimpinan beliau dalam kerajaan, namun Datuk Seri Hishammuddin Hussein berjaya mengatasi persepsi ini dalam pemilihan parti dengan mengekalkan jawatan Naib Presiden UMNO. 

Satu petikan dari Bernama, 

"Jauh sekali saya lembik. Kalau lembik, negara sudah huru-hara. Kalau lembik, tidak mungkin saya bawa pindaan perlembagaan kepada parti".

"Kalau lembik, tidak mungkin saya dapat bertahan selama lima tahun bersama KDN, melalui Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas dalam keadaan aman dan selamat, dan tidak mungkin dapat melalui pemilihan parti pada hari ini,"

Walaupun persepsi negatif dan buruk pembangkang terhadap kepimpinan beliau namun tidak langsung ditelan bulat-bulat oleh majoriti ahli UMNO. Ahli UMNO sedar bahawa dengki khianat pembangkang terhadap pemimpin kerajaan sudah menjadi mainan dan penuh dengan "bangkang dari longkang".

Salah satu yang dijadi pertimbangan ahli UMNO tentang kejayaan Datuk Seri Hishammuddin meminda perlembagaan UMNO yang diberi perhatian. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Pindaan Perlembagaan, membuat pindaan perlembagaan parti bukanlah sesuatu yang mudah melibatkan segala aspek bagi memastikan ianya adil untuk seluruh ahli UMNO walaupun tidak menguntungkan beliau. Apa yang penting pada pemimpin ini adalah untuk memastikan sistem pemilihan lebih telus, terbuka dan memberi peluang kepada ahli memilih pemimpin. Hasrat Presiden parti supaya mentransformasikan UMNO direalisasikan dan membuka peluang ahli-ahli UMNO menyuarakan dan menyampaikan pendapat.

Tidak dinafikan pindaan perlembagaan UMNO merupakan sistem pemilihan lebih telus, terbuka dan memberi peluang kepada lebih ramai ahli memilih pemimpin. Keberanian dan ketegasan beliau dalam meminda perlembagaan parti jelas menunjukkan sikap kepimpinan beliau yang terbuka menerima pendapat akar umbi demi kepentingan dan kelangsungan parti. Pindaan itu mencerminkan ketelusan dan semangat demokrasi yang ada dalam parti.

Namun kejayaan beliau meminda perlembagaan UMNO telah menimbulkan resah gelisah pembangkang memandangkan parti mereka ini masih lagi berada ditakuk yang lama. Walaupun pembangkang sering melaung-laungkan slogan "ubah" namun mereka sendiri gagal berubah. Malah ada pemimpin pembangkang hingga "bertakhta" sekian lama sejak penubuhannya. Lebih memalukan ada pemimpin pembangkang yang dilantik mengetuai parti tetapi tidak menjadi ahli parti seolah-olah tiada ketelusan dan demokrasi dalam parti pembangkang.

Kejayaan Datuk Seri Hishammuddin dalam membuat apa-apa keputusan sepanjang kepimpinan beliau dalam kerajaan dan parti, jelas menunjukkan beliau tidak mementingkan diri dan untuk meraih populariti semata-mata. Walau apa jua perubahan dan pembaharuan serta keputusan yang dilakukan, walaupun tidak menguntungkan beliau, namun jika ianya memberi manfaat kepada rakyat dan negara, maka ianya harus lakukan.

3 comments :

  1. Pemimpin yang bertahan kerana prestasinya akan pasti lama berada dalam saf kepimpinan. Inilah bezanya dengan pemimpin yang naik kerana ' kejayaan rangkaian ' seperti Anwar Ibrahim . Kita akan dapat saksikan nanti DS Hishamuddin jika dia tabah dan bersabar akan naik lebih tinggi lagi.

    ReplyDelete
  2. Kita rancang Allah juga merancang. Zahid merancang, Shafie pun merancang......alih2 x jadi mcm yg terancang sebab Allah sebaik2 perancang. Wallahualam

    ReplyDelete
  3. Harap harap pemimpin kita semua buat kerja sungguh sungguh. Jangan hanya jadi menteri menteri atau YB saja.....kena jadi PEMIMPIN. Aku tengok sekarang ni H20 pun banyak dah berubah. Dia sekarang ni semacam bangkit semula selepas pemilihan umno dulu. Agaknya kesan dari kemenangan corot naib presiden dulu tu dia semacam dapat semangat baru. Baguih la mcm tu. Buat kerja diam diam....buat kerja seikhlas sungai yang terus mengalir. Sesetia ombak yg tidak pernah jemu memukul pantai.........insyaAllah kesannya rakyat nampak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...