Pages

Tuesday, 12 November 2013

HISHAMMUDDIN MANGSA PEMBUNUH KARAKTER

Mainan persepsi adalah salah satu strategi politik yang paling berkesan dalam usaha untuk memberikan pandangan dan tanggapan terhadap sesuatu. Perkara ini selalu ditanam dalam jiwa dan minda bagi mereka yang mempunyai niat yang tertentu demi mencapai tujuan tertentu. Pelbagai perkara yang disebarkan walaupun terpaksa menghalalkan cara, mencari dalil-dalil yang bersesuaian dengan cara mereka demi menanam satu sikap pada diri masyarakat untuk membawa tanggapan buruk terhadap sesuatu.

Di dalam konteks dalam negara, jelas sekali mainan persepsi ini sering digunakan pembangkang untuk menjatuhkan lawannya samada pemimpin, parti mahupun kerajaan. "Umpan" persepsi ini akan menjadi rantaian umpama menabur dedak, maka barang siapa yang "memakannya" akan berkokoklah hingga riuh sekampung.

Dalam kerajaan dan UMNO, mangsa yang teruk dipukul "umpan" persepsi ini ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Naib Presiden UMNO dan Menteri Pertahanan. Berbagai-bagai gelaran dan label yang diberikan kepada beliau sebagai "Menteri Amaran" dan "Menteri Lembik" khususnya ketika beliau menjawat Menteri Dalam Negeri.

Diakui, umpan persepsi pembangkang ini benar-benar mengena kepada sasaran hinggakan penyokong-penyokong kerajaan khususnya ahli UMNO "termakan" dedak yang ditabur hingga Datuk Seri Hishammuddin menang tipis dalam pemilihan kerusi Naib Presiden UMNO tempohari.

Jika dikaji secara mendalam, bukan mudah untuk menggalas jawatan Menteri Dalam Negeri bagi memastikan keselamatan dan keamanan dalam negara kekal terjamin. Cubaan pembangkang menggugat keamanan negara yang bertali arus, harus ditangani dengan pertimbangan yang wajar dan bukan dengan perasaan dendam kesumat yang melibatkan "kepentingan" negara yang harus diutamakan. Tidak kira samada isu Bersih hinggalah ke Krisis Lahad Datu, segala proses keputusan yang dibuat harus mempunyai langkah-langkah pemula dan sekunder. Jika tidak diikuti dengan wajar dan teliti, kemungkinan-kemungkinan keselamatan dan keamanan negara akan terjejas teruk yang akhirnya akan menganggu keharmonian hampir 28 juta rakyat negara ini. Malah Krisis Lahad Datu memerlukan keputusan dan pertimbangan yang wajar dan waras yang melibatkan hubungan dua hala antara negara. Jika gagal ditangani dengan baik, tidak mustahil pertembungan dan persengketaan dengan negara jiran dan kuasa-kuasa besar barat khususnya Filipina dan Amerika Syarikat akan tercetus.

Langkah yang diambil oleh Datuk Seri Hishammudin di dalam segala keputusan adalah tepat terutamanya semasa menangani isu demonstrasti pembangkang. Sekiranya tindakan keras dan tegas diambil, ianya pasti memberi persepsi buruk kepada kerajaan.

Mungkin jarang-jarang diambil tahu mengenai latar belakang Datuk Seri Hishammudin. Bukan kerana beliau anak kepada Allahyarham Tun Hussein Onn dan bukan kerana beliau sepupu kepada Datuk Seri Najib Razak. Datuk Seri Hishammuddin adalah bekas pengamal undang-undang dan seorang peguam lulusan Ijazah dan Sarjana dalam Undang-Undang. Beliau memang arif dalam segenap aspek perundangan dan segala keputusan yang beliau terjemahkan adalah melalui pertimbangan-pertimbangan perundangan yang teliti. Malah keputusan Menteri Dalam Negeri bukan dibuat secara sendirian tetapi melibatkan keputusan melibatkan secara bersama-sama.

Mungkin tidak cukup ruang untuk teman menulis lebih panjang sejaumana umpan persepsi ini dimainkan bagi membunuh karakter pemimpin ini. In Shaa Allah, akan ada ulasan lanjut teman selepas ini.

1 comment :

  1. isu lahad datu..kalau tak hati2 kompom jadi mcm memali...bersepai semua

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...