Pages

Thursday, 14 November 2013

HABISLAH @CTNurhaliza11 , CHONG WEI PUN SOKONG @KhairyKJ

Teguran Artis tersohor negara, Siti Norhaliza terhadap kritikan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mendapat respon yang meluas daripada peminat-peminat Siti dan bolasepak tanahair. Rata-ratanya kurang bersetuju dengan teguran Siti tersebut.

Malah pemain Badminton No.1 negara, Datuk Lee Chong Wei pun turut menyokong tindakan Menteri Belia dan Sukan itu (mengkritik FAM) demi pembangunan sukan negara ini. Beberapa petikan kenyataan Datuk Lee Chong Wei, 

Datuk Lee Cheng Wei has lauded Khairy Jamaluddin for his brave and bold approach as Sports Minister since taking office in May. The world No. 1 feels Khairy’s fresh ideas and initiatives will only propel the sporting industry in the country. 

Chong Wei, who skipped the China Open Superseries Premier because of an ankle injury, when met today said: “He (Khairy) is very outspoken but it’s good. He is young and has a lot of ideas which is a very good thing for our sports development.” 

'I know he has been voicing out recently, but I think he speaks the truth based on facts. He is someone who wants to see sports improve in our country,” Chong Wei explained. 

Teman tidak berpihak pada mana individu yang disebutkan namun sukan di Malaysia harus berkembang. Pembangunan sukan tidak boleh menoleh kebelakang demi menjaga hati mana-mana pihak. Tidak kira samada sukan bola sepak ataupun sukan-sukan lain. Kritikan dan teguran perlu bagi memastikan prestasi sukan negara adalah terbaik daripada kalangan terbaik.

YB Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan Bernama menjawab teguran tersebut.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak akan berhenti daripada memberi pandangan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) walaupun menerima pelbagai kritikan.

Katanya beliau tetap akan 'bersuara' demi kepentingan sukan bola sepak negara dan meminta anggota FAM supaya bersikap terbuka kerana kritikannya tidak ditujukan kepada individu tertentu tetapi sebaliknya kepada institusi berkenaan.

"Walaupun kita (kerajaan) tidak boleh campur tangan dalam urusan pentadbiran FAM, tetapi saya rasa menjadi tanggungjawab sebagai Menteri Belia dan Sukan memberi pandangan terutama suara rakyat dan peminat bola sepak tanah air," katanya ketika menjawab celahan daripada beberapa anggota Parlimen di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beberapa anggota Parlimen, yang menyokong tindakannya menegur FAM, meminta beliau untuk terus bersuara bagi mengangkat martabat bola sepak negara yang dilihat semakin merosot.

Khairy bukan sahaja mendapat sokongan daripada anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) malah daripada segelintir anggota Parlimen pembangkang.

Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) berkata teguran Khairy terhadap FAM sewajarnya diberi perhatian kerana ia membabitkan prestasi sukan yang popular dan diminati ramai rakyat negara ini.

Sebelum itu, semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014, Khairy berkata Pelan Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan akan dilancarkan tahun depan dalam usaha mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak pada era 70-an.

Beliau berkata pelan pembangunan lima tahun melibatkan pelajar berusia tujuh hingga 17 tahun itu dijangka dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Januari depan.

4 comments :

  1. hanya org yg berada dlm dunia sukan lebih memahami. klau dlm dunia hiburan, p la nasihat artis2 baru yg sdg naik yg pkainya mcm telanjang tu.

    ReplyDelete
  2. Yang menjadi persoalan nya bukan teguran tetapi cara membuat teguran. Bangsa Melayu kan beradat dan sopan.

    ReplyDelete
  3. ct ape tau.... ct tahu susun strategik cm ne nak rampas laki orang je... jangan ganggu koje menteri. KJ dah diberi mandat. dan kepada ct.. baik awak tumpukan bidang yang enko tahu je.... tak payah lah ct nak cari glamour dengan KJ...

    ReplyDelete
  4. Bersopan santun adat melayu..... setuju beb... masaalahnya org melayu tu sendiri x nak dengar teguran cara bersopan ni.... dah ramai sangat melayu x faham bahasa melayu.... so wa pun sokong menteri sukan kita ni langsi baru org melayu x sedar diri tadi tersedar sikit.... buat ct.. jaga laki tu je lah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...