Pages

Wednesday, 6 November 2013

FUYOO! TUAN IBRAHIM TUAN MAN BERANI LANGKAH MAYAT KARPAL SINGH WOO!!

Bantahan PAS terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Karpal Singh yang meminta parti yang berasaskan kaum dan agama tidak boleh dibenarkan bagai bermain dengan kata-kata. 

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang membuat kenyataan bahawa PAS kesal dengan kenyataan yang tidak berasas tersebut dan menganggap ianya serius dan membahayakan.

Adakah kenyataan ini hanya sekadar melepaskan batu di tangga? Begitu berani melangkah "mayat" Karpal Singh!

Keikhlasan PAS dicurigai apabila meminta kepimpinan DAP mengambil tindakan berhubungan dengan kenyataan Karpal Singh tersebut. Kenyataan Tuan Ibrahim hanya untuk menutup dan mengaburi mata ahli-ahli PAS namun Tuan Ibrahim sendiri mengetahui, DAP tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap Karpal Singh.

Bukan sekali Karpal Singh bersuara yang menempelak PAS, sudah berkali-kali, namun PAS hanya membuat kenyataan balas "sambil lewa" yang tiada mendatangkan apa-apa makna. Malah, sekali diherdik semula oleh Karpal Singh, seluruh kepimpinan PAS terus kecut dan membisu seribu bahasa. Setidak-tidaknya, akan ada kepimpinan PAS akan mengeluarkan kenyataan semula bahawa kenyataan PAS sebelum ini adalah kenyataan bersifat peribadi dan tidak mewakili PAS.

Dan DAP tahu, PAS hanyalah suara kecil seperti nyamuk apabila ditampar maka "penyek" lah ia terus "telempuk" tidak bernyawa.

Jika benar-benar PAS ikhlas, seharusnya PAS mengkaji semula hubungan dan pakatan bersama DAP dan keluar daripada Pakatan Rakyat.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...