Pages

Friday, 15 November 2013

DRAMA PERANG ENDORGAN DAN EL-HARAKI DIDEDAHKAN

Semakin hampir Muktamar PAS yang ke-59, semakin jelas perang dalam PAS terbongkar. Sejak pengisytiharan dua calon untuk merebut kerusi Timbalan Presiden PAS antara Mat Sabu dengan Nik Amar, serang demi serang dan usaha menjatuhkan imej lawan masing bermula. Pada mulanya, golongan Endorgan menyangka penarikan diri Tuan Ibrahim Tuan Man akan memberikan laluan mudah kepada Mat Sabu, tetapi malang sekali serangan daripada penyokong Ulama yang dikenal sebagai El-Haraki menyerang habis-habisan calon-calon golongan Endorgan ini.

Kelompok Erdogan pula adalah ahli-ahli parti yang mendapat pendidikan sekular dan pandangan politik mereka lebih keduniaan. Banyak di kalangan mereka juga adalah aktivis seperti Mat Sabu. Sebahagian besar ahli utama Erdogan menyertai PAS setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dan mereka meraih pengaruh dalam parti. Satu kumpulan yang dinamakan El-Haraki dikatakan telah dibentuk oleh ulama-ulama muda dalam PAS dan serangan mereka ditujukan kepada tokoh-tokoh Erdogan dalam PAS, iaitu Datuk Husam Muda, Dr Dzulkefly Ahmad, Khalid Samad, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Dr Hatta Ramli.

Medium utama yang dijadikan senjata serangan adalah melalui facebook penyokong masing-masing. Dikatakan facebook penyokong golongan ulama, El-Haraki dan penyokong golongan Endorgan, Fikrah Islamiah Pilihan Kami. Usaha membongkar dalang disebalik pemilik media sosial tersebut didedah. Golongan El-Haraki mendakwa Zainulfaqar, orang kuat Buletin Mutiara, Pulau Pinang sebagai dalang utama pemilik facebook Fikrah Islamiah Pilihan Kami. 

El-Haraki menuduh tokoh-tokoh Erdogan sebagai parasit dalam PAS. Manakala para penyokong kelompok Erdogan pula telah menuduh dalang-dalang El-Haraki sebagai perkakas Umno, pemecah-belah parti dan penebar fitnah. 

Sama-samalah kita lihat peperangan seterusnya sehingga ke kemuncak Muktamar PAS yang mendatang..

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...