Pages

Thursday, 7 November 2013

CUBAAN PETRONAS MENGHINA ORANG MELAYU! @NajibRazak

Stesen minyak Petronas di seluruh negara sebelum ini menjual pelbagai jenis makanan tempatan seperti nasi lemak, nasi dagang, sandwic dan lain-lain yang diletakkan di stesen Petronas oleh penduduk setempat atau syarikat kecil. Malang sekali, baru-baru ini Petronas Dagangan Berhad (PDB) tidak membenarkan Kedai Mesra Petronas menerima bekalan KELUARAN MELAYU daripada penduduk setempat dengan alasan mahukan syarikat berdaftar sahaja menjadi pembekal bagi menjamin kualiti produk.

Menurut sumber, PDB mahu berikan hak membekalkan produk itu kepada sebuah syarikat dari luar negara yang akan bekalkan semua kuih, nasi lemak, roti dan makanan tempatan di stesen Petronas selepas ini. 

Kenyataan terbaru PDB langsung tidak mencerminkan usaha untuk membantu produk MELAYU ini. 

PDB, dalam satu kenyataan menjelaskan, ia sentiasa menyokong usahawan-usahawan tempatan dengan memberi platform untuk menjadi rakan niaganya.

Mereka boleh pohon menjadi pembekal barangan Petronas yang sah melalui program industri kecil dan sederhana (IKS).

PDB juga mengalu-alukan syarikat berminat menghantar kertas kerja untuk dipertimbangkan.

Kenyataan PDB seperti melepas batu di tangga ini langsung tidak mengkaji atau sengaja mencari alasan yang tidak berasas mengenai produk Melayu daripada penduduk setempat. Tidak dipastikan siapa pegawai yang memberi kenyataan tersebut, namun kenyataan ini adalah kenyataan "seorang yang belajar terlalu tinggi yang tak sedar diri" dan berniat untuk menafikan hak Melayu mencari peluang dan meningkat ekonomi melalui Kedai Mesra Petronas. Cuba bayangkan bagaimana orang kampung yang hanya menyediakan nasi lemak dan kuih muih secara kecil-kecilan untuk menampung pendapatan keluarga. Wajarkah keperluan satu kertas kerja yang tebal-tebal melepasi tapisan "BODOH" PDB? Jika orang kampung mampu untuk menyediakan satu kertas kerja yang baik untuk pertimbangan PDB, adakah mampu untuk menyaingi kertas kerja sebuah syarikat yang didakwa telah mendapat kontrak pembekalan tersebut? Adakah dengan kertas kerja ini, pengusaha-pengusaha kecil Melayu ini akan melepasi tapisan ISO?

Bagaimana pula dengan yang ini? Pengusaha roti kecewa stesen minyak tolak bekalan! Masih alasan yang sama. Perlu mendaftar dan kualiti produk? Jika mahu mendaftar pun diberi pelbagai alasan, usahkan mahu menerima kertas kerja yang panjang lebar yang bukan daripada "somebody"! Pastinya kertas kerja pengusaha Melayu ini akan di "Tong Sampahkan"!

Please dont talk nonsense. Sepatutnya PDB membimbing pengusaha-pengusaha ini dan bukan mencari alasan-alasan bodoh dan tidak munasabah. 

Jangan dihina orang Melayu sampai begini!

Tindakan PDB ini adalah tidak selari dengan aspirasi kerajaan dan Perdana Menteri untuk memperkasa ekonomi bumiputera.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...