Pages

Wednesday, 6 November 2013

COMANGO BERANI SEBAB ADA MELAYU ISLAM BERSENGKONGKOL! AGAK-AGAK SIAPA LA TU!

Perpecahan dalam kalangan umat Islam di negara ini menyebabkan pelbagai pihak berani membuat pelbagai tuntutan yang bercanggah dengan al-Quran dan sunah seperti yang dilakukan oleh Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango).

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tuntutan itu berlaku apabila umat Islam tidak kuat, dilihat tidak kuat dan tidak bersatu dalam mempertahankan hak- hak dan kepentingan Islam.

"Apabila umat Islam tidak menzahirkan atau memberikan isyarat bahawa mereka bersatu dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan Islam, maka dengan mudah mereka diperkotak-katikkan oleh puak-puak pelampau ini.

"Mereka mahu memecahbelahkan struktur politik negara menerusi NGO. Pertubuhan ini ada yang tidak berdaftar tetapi berani membawa isu seumpama itu ke peringkat antarabangsa," katanya selepas majlis Sambutan Maal Hijrah 1435 Peringkat Negeri Perak di sini hari ini.

Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat menghadiri majlis berkenaan.

Antara tuntutan Comango ialah hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan hak kesamarataan agama di negara ini.

Tambah Asyraf Wajdi, apa yang dituntut oleh Comango bukan sahaja tidak berasas tetapi tidak berpaksikan kepada Perlembagaan negara.

"Dakwaan bahawa Malaysia tidak bertoleransi dan melakukan pencerobohan terhadap hak asasi kemanusiaan adalah satu dusta besar," katanya.

Utusan

1 comment :

  1. Comango menghina Islam dan umat Islam. Sudah ada undang-undang untuk bertindak ke atas mereka. Namun badan-badan Islam dan pihak berkuasa agama Islam seperti Jakim, Yadim, Ikim, Jabatan Agama Islam Negeri, para Mufti dan Raja-Raja Melayu kita hanya sekadar berdiam diri sahaja - langsung tidak bertindak dan diam membisu.

    Mengapa? Ini adalah kerana mereka ini kesemuanya adalah talibarut Yahudi dan kita sebenarnya sedang berada di bawah penjajahan Yahudi. Comango adalah agenda Yahudi untuk memurtadkan umat Islam.

    Daulat Tuanku! Kerana Tuanku semua maka Yahudi berkuasa dan terus berkuasa ke atas kita.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...