Pages

Wednesday, 20 November 2013

COMANGO MENENTANG HAK ASASI AGAMA

COMANGO atau Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia yang mencabar kerajaan berkenaan hak LGBT, murtad, dan nama Allah untuk kegunaan Kristian, semakin terserlah sebagai pejuang hak asasi yang hipokrit. 

Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor, Pengerusi Majlis Universiti Islam Malaysia pula menyifatkan perjuangan COMANGO sebagai keliru iaitu tidak dapat mendefinasikan ‘hak asasi’ dalam konteks yang tepat. Hujah beliau, ‘hak asasi’ seharusnya meliputi hak asasi semua golongan dan semua perkara di dunia ini. Bagaimanapun, COMANGO telah menyempitkan definisi ‘hak asasi’ dengan memilih hanya hak-hak yang kebetulan bertentangan dengan agama, terutamanya agama Islam sahaja. 

Bagi COMANGO, agama Islam telah menghalang kebebasan manusia untuk bertindak mengikut nafsunya. 

Secara dasarnya, bukan hanya agama Islam yang menentang LGBT tetapi semua agama-agama langit mengharamkannya. Seperti yang kita tahu, Vatican sendiri menyokong perjuangan kumpulan Kristian di negara-negara Eropah untuk menghalang pengiktrifan hak LGBT. 

Malangnya, ajaran Kristian mempunyai berbagai versi yang berbeza atau bertentangan antara satu sama lain mengikut tempat, citarasa dan juga ‘kaum’. 

Jika Kristian di negara lain turut menentang terjemahan nama Tuhan di dalam Injil sebagai ‘Allah’, Kristian di Malaysia pula bermati-matian menuntut untuk menggunakan nama Allah di dalam risalah agama mereka. Alasan yang diberi adalah, ia telah digunakan sekian lama di Sabah dan Sarawak. 

Perkara ini sebenarnya telah pun diputuskan di mahkamah iaitu pihak Kristian di Sabah dan Sarawak boleh meneruskan penggunaan nama Allah sepertimana kebiasaan mereka kerana yang dihalang oleh mahkamah hanyalah penerbitan The Herald yang menggunakan nama Allah untuk edaran di Semenanjung. 

Logik keputusan mahkamah ini ialah, sejak azali lagi, Kristian di Semenanjung tidak menggunakan nama ‘Allah’ di dalam risalah dan ceramah mereka dan ia tidak pernah menjadi masalah sebelum ini. Entah kenapa akhir-akhir ini Kristian di Malaysia ingin menyebarkan nama ‘Allah’ di dalam ajaran mereka di sini tanpa memberikan alasan konkrit selain kerana ia telah lama digunakan di Sabah Sarawak.

Jelas, ada pihak Kristian di Malaysia yang mempunyai niat jahat untuk memurtadkan umat Islam di Semenanjung melalui manipulasi halus. 

Sudah tentu sebagai sebuah negara Islam, kerajaan mempunyai hak untuk menggubal undang-undang yang menghalang umat Islam dari murtad atau dimurtadkan dengan sewenang-wenangnya. 

Oleh itu, tindakan COMANGO mencabar semua perkara ini membuktikan bahawa mereka adalah hipokrit terbesar yang sengaja ingin mencari masalah dengan umat Islam. 

Hakikatnya, apa yang dituntut oleh COMANGO samalah dengan menuntut agar kerajaan menukar perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi. Selain itu, COMANGO sebenarnya menuntut agar sebahagian amalan Islam itu dilonggarkan atau ditolak dengan mengiktiraf hak kepada golongan songsang LGBT. COMANGO juga ingin menafikan hak umat Islam untuk mempertahankan akidah saudara-saudara mereka. 

Pendek kata, bagi COMANGO, umat Islam tidak punya hak untuk mengamalkan kepercayaan mereka dan kerajaan tidak punya hak untuk meletakkan Islam sebagai agama rasmi. 

Setiap agama ada garispanduan tertentu yang wajib diikuti oleh setiap penganutnya dan masyarakat wajib menghormati kepercayaan mereka. Adalah tidak wajar menyuruh penganut Hindu agar jangan memecahkan kelapa di Hari Thaipusam atas alasan membazir. Adalah tidak wajar menyuruh penganut Buddha agar jangan membakar colok atas alasan berbau busuk. Dan adalah tidak wajar mengejek penganut Hindu yang enggan makan daging lembu walaupun kebuluran atau mengejek penganut Buddha yang amat gemar makan babi walaupun ia merupakan binatang yang paling kotor yang memakan najis sendiri. 

Semua agama ada pantang larangnya dan ritualnya yang kita perlu hormat dan terima sebagai sebahagian dari kehidupan di dunia. Semua negara ada undang-undangnya, semua kaum atau puak ada adatnya dan semua ini wajib dihormati sekiranya kita berada di dalam jajahan negara atau kaum tersebut. 

Bak kata Tan Sri Yusof Nor, kerajaan juga ada hak ke atas negaranya dan COMANGO tidak berhak mempersoal hak sesebuah kerajaan untuk mentadbir mengikut cara masing-masing yang dirasakan terbaik untuk majoriti rakyatnya. Ingatlah, di dalam pentadbiran demokrasi, dan kita percaya COMANGO turut mendokong demokrasi, hak majoriti adalah lebih utama dari minoriti. Di Malaysia, umat Islam adalah majoriti manakala Kristian mahupun golongan songsang LGBT hanyalah minoriti kecil. 

Mungkin COMANGO tidak tahu bahawa manusia bertamadun adalah manusia yang mengikut peraturan. Nampaknya, COMANGO terdiri dari manusia yang tidak bertamadun, yang mengimpikan dunia tanpa peraturan. 

Justeru, sebagai manusia bertamadun, kita wajib menentang COMANGO dengan segenap kudrat yang termampu.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...