Pages

Saturday, 9 November 2013

Bayi Freddie DiTemui Berjalan Berseorangan dan Keletihan

Pemandu lori Hamid Md Isa merupakan individu pertama yang menjumpai bayi warga Britain berusia 20 bulan, Freddie Joseph di Taman Tasik Titiwangsa yang diculik pada Jumaat lalu.

Hamid, 57, yang melalui kawasan itu kira-kira pukul 12.20 tengah hari Sabtu berkata, Freddie ditemui berjalan berseorangan di taman tersebut.

Beliau yang juga pesara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata dia memimpin Freddie ke tepi padang untuk berehat.

Freddie memakai baju-T berwana hijau dan berseluar putih.

Pemandu teksi Haris Mohd Nor, 48, pula segera membeli keropok dan minuman untuk kanak-kanak itu apabila melihatnya keletihan.

"Pagi tadi saya membaca akhbar dan ada berita mengenai kanak-kanak diculik...tapi tak sangka budak inilah yang diculik itu.

"Semasa saya mendekatinya, dia diam dan tidak berapa takut tetapi memang nampak dia lesu sangat," katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi kejadian.

Polis tiba di taman itu tidak lama kemudian dan membawa Freddie ke Balai Polis Jalan Tun Razak di sini. Dalam kejadian 6.10 petang Jumaat, kanak-kanak itu dilarikan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai warga asing menggunakan kereta Toyota Camry berwarna putih.

Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zakaria Abdul Wahab yang kebetulan berada di lokasi sama, telah memaklumkan kepada Meja Berita Am agensi itu mengenai penemuan anak lelaki guru bahasa warga Britain itu.

Menurutnya ketika itu beliau dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bersenam di taman itu.

"Dan saya lihat sekumpulan orang awam berkumpul bersama seorang kanak-kanak. Saya dapat merasakan yang dia adalah budak yang diculik semalam berdasarkan wajahnya yang bukan seperti kanak-kanak tempatan.

"Selepas itu saya terus menelefon wartawan Bernama dan menghantar gambarnya yang saya ambil menerusi telefon untuk memastikan sama ada dia budak yang diculik itu," katanya.

Wartawan Bernama kemudian menghantar gambar itu kepada rakan ibu kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Robert dan beliau mengesahkannya.

Polis yang tiba di Taman Tasik Titiwangsa kemudian membawa Freddie ke Balai Polis Jalan Tun Razak di sini.

mstar

1 comment :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...