Pages

Wednesday, 13 November 2013

AYAM TAK DISEMBELIH DIJUAL SECARA TERBUKA DI PASARAYA

Agak mengecewakan apabila ada cubaan orang bukan Islam untuk mengaburi umat Islam dengan produk-produk makanan yang menyerupai halal tetapi adalah sebaliknya. Ini adalah satu tamparan besar kepada umat Islam yang sering dipermainkan oleh peniaga-peniaga bukan Islam khususnya Cina yang tidak menghormati sensetiviti umat Islam.

Terbaru, ayam yang tidak disembelih yang didakwa di jual secara terbuka di sebuah pasararaya di Permint Jaya yang telah dibeli oleh seorang pembeli yang beragama Islam. Jika benar dakwaan ini, tindakan wajar pihak yang berwajib harus segera mengambil tindakan supaya mengelakkan umat Islam tertipu dan memakan produk makanan yang tidak halal. Tidak dipastikan sejauhmana pengasingan produk halal dan bukan halal di pasaraya itu namun pengkelasan kepada produk-produk haruslah jelas dan tidak mengelirukan.

Inilah satu pengajaran berguna kepada umat Islam supaya membeli apa juga produk keluaran Melayu Islam khususnya dengan peniaga-peniaga Melayu Islam. Secara tak langsung, ekonomi Melayu Islam akan berkembang. Malangnya produk keluaran Melayu Islam sering diperlekehkan oleh orang Melayu Islam sendiri kerana terikut-ikut rentak politik sempit. Cuba buangkan hasad dengki sesama sendiri.

Sumber info : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=607854242609371&set=a.392331384161659.86540.100001544025317&type=1&theater

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...