Pages

ADS

FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2014

Saturday, 2 November 2013

APA HUBUNGAN ANWAR DAN PKR DENGAN COMANGO?

Ramai yang masih kabur mengenai isu tuntutan COMANGO dan ramai lagi yang masih tidak tahu apa itu COMANGO. Secara ringkas, COMANGO adalah gabungan NGO Malaysia dalam Proses UPR (Universal Periodic Review) .

Gabungan ini menuduh kerajaan Malaysia sebagai menghalang hak asasi manusia dengan mengharamkan aktiviti seks songsang dan mendiskriminasi golongan LGBT. Ia juga turut mencabar undang-undang menghalang murtad, hak istimewa bumiputera dan juga penggunaan kalimah Allah oleh agama lain. Segala tuntutan ini kini dibawa ke UPR iaitu sebuah badan semakan dunia untuk ‘menghakimi’ Malaysia dari segi amalan hak asasi di negara ini. 

COMANGO pernah dinamakan JAG atau Joint Action Group iaitu sebuah NGO yang menggabungkan semua NGO-NGO yang memperjuangkan feminisme seperti AWAM (All Women’s Action Society), PWW (Perak Women for Women), EMPOWER (Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor), PSWS (Persatuan Sahabat Wanita Selangor), SAWO (Sabah Women’s Action-Resource Group), SIS (Sisters in Islam), WAO (Women’s Aid Organisation), WCC (Women’s Centre for Change) dan Tenaganita.

Semua NGO ini kini bergabung lagi dengan beberapa NGO-NGO lain dan membentuk COMANGO.

Untuk dipendekkan cerita, merujuk kepada tajuk di atas, apakah kaitan NGO-NGO ini dengan Anwar dan PKR? Pertamanya, bukan satu kebetulan bahawa semua tuntutan COMANGO merupakan isu yang turut diperjuangkan oleh PKR dan rakan sekutunya DAP. 

Namun, bagi memahaminya dengan lebih lanjut, kita perlu melihat kepada personaliti dan juga penaja atau pembiaya di belakang NGO-NGO ini. 

Mengambil satu personaliti sebagai contoh, iaitu Maria Chin Abdullah, beliau adalah Pengarah Eksekutif EMPOWER tetapi di masa yang sama turut berada dalam SIS, WCC dan SUARAM iaitu sebuah NGO yang ditaja oleh George Soros dan sering menyerang kerajaan atas isu-isu yang dimainkan oleh pembangkang. 

Majoriti personaliti di dalam SUARAM juga turut memegang jawatan dalam parti pembangkang. 

Kumpulan yang sama juga berada di belakang BERSIH yang diketuai oleh Ambiga. Maria Chin Abdullah juga turut berada di dalam BERSIH. 

Pendek kata, apa pun nama NGO yang dipakai, mereka sebenarnya adalah orang-orang yang sama. Tindakan mereka menubuhkan begitu banyak NGO hanyalah bagi mencipta ilusi kononnya mereka mewakili ramai rakyat Malaysia.

SUARAM dan BERSIH telah mengakui menerima dana asing melalui rangkaian George Soros. Manakala NGO-NGO lain termasuk yang berkaitan feminisme pula menerima dana melalui Foundation For the Future (FFF) sebuah yayasan yang dipanggil Yayasan Hantu oleh Amerika.

Di sinilah nama Anwar timbul di mana beliau pernah menjadi Pengerusi dan Presiden FFF. Walaupun telah meletakkan jawatan untuk menumpukan kepada politik Malaysia, namun hubungan beliau dengan FFF terus terjalin. Personaliti yang menggerakkan FFF ialah Shaha Riza yang menjadi kontroversi kerana menjalinkan hubungan dengan penyembelih umat Islam iaitu Paul Wolfowitz.

Ketika isu hubungan sulit Shaha Riza-Wolfowitz meletup di Amerika, nama Anwar Ibrahim disebut oleh media di sana sebagai orang tengah dan sahabat karib kepada kedua-duanya.

Sebelum menyertai FFF, Shaha Riza bekerja di Bank Dunia. Manakala Paul Wolfowitz pula merupakan Lembaga Pengarah NED (National Endowment for Democracy).

Jika operasi utama FFF ialah memperkasakan gerakan masyarakat (civil society) iaitu melalui NGO-NGO seperti yang disebut di atas, objektif utama NED pula adalah untuk menggerakkan pertukaran rejim di negara-negara yang strategik dari segi kepentingan Amerika Syarikat. Operasi ini dipanggil ‘projek demokrasi’.

Oleh itu, NED dan FFF adalah dari satu rangkaian yang sama yang diterajui oleh orang-orang yang sama ataupun berkaitan antara satu sama lain. Perlu diingatkan bahawa rangkaian kedua-dua pertubuhan ini adalah luas dan berbagai-bagai yang mana semuanya membawa satu matlamat iaitu untuk menguasai dunia melalui pertukaran rejim.

Cara pengurusan yang berangkai dan ‘bertindih’ begini juga digunakan dalam membentuk NGO-NGO yang disebut di atas.

Rangkaian ini telah berjaya mencetuskan Arab Spring dan menumbangkan kerajaan disasarkan dan kini mereka sedang cuba melakukan yang sama di Malaysia.

NGO-NGO yang ditaja oleh FFF dan NED atau mana-mana rangkaiannya akan memilih isu tertentu untuk diperjuangkan. Isu yang dipilih pula haruslah bersifat ‘anti-establishment’ kerana matlamat asalnya ialah untuk menjatuhkan kerajaan di sesebuah negara.

Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara Islam yang bermasyarakat majmuk, maka mereka memilih untuk mencabar agama Islam atas nama hak asasi dan juga perkauman. Tujuan mereka adalah untuk memecah keharmonian yang telah wujud sekian lama.

Selama ini, perjuangan NGO-NGO ini tidak mendapat sambutan kerana jumlah anggota mereka sebenarnya adalah terlalu kecil. Oleh itu, COMANGO diharapkan membentuk sebuah ‘pasukan’ yang lebih kuat untuk mencabar kerajaan di peringkat antarabangsa.

Apa yang penting untuk kita fahami ialah, biar betapa banyak pun nama NGO yang disenaraikan, ia adalah sebenarnya berkisar kepada personaliti yang sama dan bernaung di bawah rangkaian yang sama.

Apa yang penting untuk kita pelajari pula ialah, mereka ini semua adalah satu walaupun memakai berbagai nama dan wajah. Mereka bersatu untuk mencabar kita, dan kita tidak mungkin berjaya mengalahkan mereka sekiranya kita terus berpecah-belah. 

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...