Pages

Sunday, 3 November 2013

ANWAR OH ANWAR!


Kehadiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semalam bagi membantu jentera kempen Pas nyata GAGAL mendapat sambutan seperti yang diharapkan. Malah purata jumlah kehadiran di setiap program yang dihadirinya hanya sekitar 100 - 300 orang sahaja.

Sedangkan sebelum pilihan raya umum yang lalu, anggaran kehadiran di setiap program ceramahnya ada kalanya mencecah ribuan orang. sekiranya kita melihat momentum yang diterima sebelum pilihan raya umum yang lalu

Malah mengikut penelitian yang dilakukan semalam, rata-rata yang hadir adalah merupakan orang luar dan tidak layak untuk mengundi. Sebagai contoh di PDM Dulang Besar apabila Anwar membangkitkan isu yang berkaitan penduduk tempatan, ia langsung tidak mendapat sambutan para hadirin.

Namun apabila dia menyentuh isu-isu yang berkaitan nasional, sokongan dilihat sedikit meningkat sekali gus membuktikan tidak ramai penduduk Sungai Limau yang keluar untuk mendengar cerita penglipur-lara dari Anwar.

Paling menarik ketika programnya di kawasan Sungai Limau Dalam, Anwar turut dimalukan oleh pengundi Cina yang enggan keluar mendengar celoteh dan temberangnya. Ini kerana program yang sepatutnya di khusus untuk orang Cina itu hanya dihadiri oleh rombongan Anwar dan mereka yang berasal dari luar kawasan.

Sebagai contoh mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Utusan, kira-kira 1,800 pengundi Cina di pekan berkenaan tidak keluar untuk mendengar ceramah pembangkang yang diadakan khusus untuk menarik undi mereka.

Jika berdasarkan jadual yang diperoleh ialah pertemuan Anwar dengan kaum Cina, tetapi ceramah malam ini hanya dipenuhi oleh orang Melayu yang datang dari kampung berdekatan.

Terdahulu Timbalan Presiden Keadilan, Azmin Ali yang berucap menyatakan rasa kecewa kerana kurangnya kehadiran kaum Cina dan menyindir kaum tersebut sebagai menyokong parti MCA yang tidak pernah menjaga kebajikan kaum berkenaan.

Lebih memalukan menunjukkan Azmin tidak faham dengan politik setempat apabila beberapa dia merujuk para pengundi di Sungai Limau terdiri daripada golongan pesawah dan nelayan sebagai golongan miskin papa kedana.

Tindakan beliau menyebabkan orang ramai terdiam, seolah-olah tidak selesa dengan gambaran tidak betul yang diberikan mengenai penduduk Sungai Limau.

Mungkin akan ada yang cuba mengatakan, masyarakat Sungai Limau bukan dari jenis yang suka mendengar ceramah. Namun kehadiran masyarakat Sungai Limau ketika ceramah Ustaz Kazim sudah cukup untuk menangkis hujah tersebut kerana berjaya menarik hampir 5,000 hadirin.

Kesimpulannya selepas gagal menawan Putrajaya, tembelang penipuan Anwar semakin jelas sehingga menyebabkan ramai yang mula meninggalkannya. Atau dalam bahasa kasar Ustaz Kazim.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...