Pages

Thursday, 7 November 2013

AKHIRNYA PEMILIK TASKA YANG DERA KANAK-KANAK SERAH DIRI

Pemilik  sebuah taska  di Taman Melati, dekat sini, yang dikaitkan dengan kes penderaan kanak-kanak, tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPPKL) Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata wanita berusia 35 tahun itu tiba di IPPKL kira-kira jam 10.30 pagi

“Wanita itu akan direman untuk siasatan lanjut bermula esok," katanya menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS), tengah hari tadi.

Pemilik taska berkenaan sebelum ini bertindak  menghilangkan diri selepas  insiden  rakaman penderaan di taskanya disiarkan stesen televisyen swasta.

Kejadian  terbongkar selepas seorang bapa yang menghantar anaknya ke taska berjaya merakam tindakan seorang pengasuh memukul kanak-kanak dengan tuala hingga tersembam di lantai.

Lelaki itu meletakkan  kamera tersembunyi dalam beg sekolah milik anak lelakinya selepas mengesyaki ada kejadian penderaan berlaku di situ.

Jumaat lalu, media melaporkan mengenai insiden kanak-kanak dipukul pengasuh taska berkenaan selepas rakaman video sepanjang sembilan minit  turut dimuat naik ke YouTube dan Facebook.

Sinar Harian

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...