Pages

Friday, 8 November 2013

AKHIRNYA PAS JADI BERUK BERAK KAPUR!

Sandiwara atau tidak, saranan Karpal Singh agar parti berasaskan kaum dan agama dihapuskan perlu diambil serius. 

Walaupun PAS mungkin menyifatkan saranan Karpal sebagai satu lagi ‘acahan’ bagi meyakinkan masyarakat Cina terhadap perjuangan DAP menghapuskan Islam sebagai agama rasmi, tetapi kita cukup maklum bahawa Karpal bukan sekadar mengacah. 

Respon PAS sudah dijangka, iaitu mengecam kenyataan Karpal dengan harapan dapat meyakinkan umat Islam bahawa PAS serius mempertahankan Islam dari cabaran DAP. Namun, seperti biasa, kecaman hanya tinggal kecaman selama-lamanya. DAP terus mencabar, PAS terus mengecam sambil di masa yang sama, kedua-duanya terus bekerjasama untuk menang pilihanraya. 

Dari satu sudut, tuduhan Karpal bahawa parti yang menggunakan nama agama adalah merbahaya mungkin berasas kerana telah terbukti bahawa peristiwa berdarah Memali adalah bertitik tolak dari doktrin PAS yang ekstrem. Malah, sehingga kini PAS terus mempolitikkan peristiwa berdarah itu sebagai modal politik bagi menghentam UMNO. Jelas di sini bahawa menggunakan nama agama sebagai nama parti mampu mengelirukan malah menyesatkan, serta memecahbelahkan ummah sehingga membawa kepada pertumpahan darah. 

Namun, tuduhan Karpal terhadap UMNO atau MCA dan MIC sebagai merbahaya kerana bersifat perkauman tidak dapat dibuktikan. Sebaliknya, UMNO, MCA dan MIC di bawah satu ‘ikatan’ telah terbukti sebagai agen keamanan yang berkesan. Kerjasama ketiga-tiga parti berasaskan kaum inilah, yang telah berjaya mengekang rusuhan perkauman pada 13 Mei 1969 yang dicetuskan oleh DAP, iaitu parti Karpal Singh sendiri yang kononnya bersifat majmuk. 

Justeru, kita melihat tindakan Karpal membangkitkan soal parti kaum dan agama sebagai membayangkan semangat dan matlamat DAP yang sama dengan 13 Mei 1969. 

DAP nampaknya sengaja memainkan sensitiviti orang Melayu dan umat Islam secara tidak semena-mena dan tanpa sebab. Sedang pada ketika ini, kewujudan UMNO ataupun PAS langsung tidak mengancam sesiapa sehinggakan DAP sendiri sanggup bekerjasama dengan PAS untuk merebut kuasa. 

Jika PAS begitu merbahaya, tentu DAP tidak berani untuk bekerjasama dengan parti itu. 

Namun, sebaliknya, PAS merupakan rakan sekutu ‘pasif’ di dalam Pakatan Rakyat. DAP pula merupakan parti yang dominan dan mampu mengarahkan PAS untuk akur dengan apa saja kehendak mereka. Mana mungkin parti yang pasif menjadi merbahaya kepada parti yang dominan? 

Tidak lain tidak bukan, DAP sengaja menguji PAS sekadar untuk melihat sejauh mana setianya parti itu kepada Pakatan Rakyat. DAP juga ingin menguji sejauh mana bodohnya PAS untuk membiarkan diri dicucuk hidung dan ditunjal-tunjal kepala. DAP ingin memastikan bahawa PAS hanya mampu merungut dan mengecam, itu sahaja. Kini, DAP pasti yang PAS tidak akan sekali-kali keluar dari pakatan biar apa pun terjadi. Justeru, tidak mustahil, jika DAP mengarahkan PAS membuang nama ‘Islam’ pada parti mereka, maka lambat laun PAS akan akur jua. 

Secara ringkasnya, memandangkan PAS hanya mengecam kenyataan Karpal tanpa mengancam untuk keluar pakatan bermakna DAP telah menang lagi dalam pusingan ini. 

Dalam kata lain, PAS telah lulus ujian ketaatan kepada DAP. 

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...