Pages

Monday, 21 October 2013

UPIN DAN IPIN PULA KENA FITNAH! BUSUK HATI BETUL! KAN..KAN..

Fitnah yang berleluasa menjadi petanda dunia akhir zaman melalui berbagai-bagai medium termasuk media sosial. Kita perlu berhati-hati agar setiap tutur kata dan tulisan tidak terjatuh ke dalam fitnah secara sedar atau tidak sedar termasuklah menyebarkannya. Sistem politik dan kerajaan sering menjadi sasaran fitnah bagi tujuan-tujuan dan kepentingan politik individu atau pihak yang berlawanan. Adalah menjadi lumrah sejak kebelakangan ini.

Namun, mengejutkan teman apabila kartun animasi terbitan Les' Copaque Production yang terkenal "Upin dan Ipin" juga tidak terlepas daripada difitnah yang tidak diketahui tujuan sebenar pemfitnahnya.
Fitnah yang tersebar di facebook mendakwa kartun animasi "Upin dan Ipin"merupakan agenda Yahudi untuk memesongkan akidah kanak-kanak Islam. Berbagai-bagai interprasi yang dibuat seperti di screenshoot namun tiada satu asas pun membuktikan dakwaan tersebut. Secara umumnya kartun animasi ini membentuk keperibadian dan siasah kanak-kanak kearah hidup dalam suasana kekeluargaan dan bermasyarakat. Watak-watak pelbagai kaum dalam kartun animasi itu juga mewujudkan kesedaran hubungan perpaduan antara kaum yang mesra dan harmoni.

Teman beranggapan bahawa fitnah ini tidak lain tidak bukan untuk menjatuhkan imej dan kredibilti produk-produk 100 peratus Melayu. Teman difahamkan produk animasi ini telah disiarkan di luar negara termasuk Indonesia dan Filipina. Produk animasi ini juga telah dialih bahasa kepada Indonesia, Filipina dan Inggeris. Jadi, tidak hairanlah jika ada yang tidak senang duduk melihat kejayaan produk Melayu Islam Malaysia.

Agak-agak pembaca siapakah gerangan yang sakit hati dan dengki khianat dengan produk Melayu ini?

7 comments :

  1. Dalam bahasa amerika...wat lawak je Wak kang ni..kamus mana dia pakai

    ReplyDelete
  2. Hahahha... ni la org terlalu libat kan DIRI DGN POLITIK.... hak tuiik...

    ReplyDelete
  3. u maksudnya umat .i maksudnya islam

    ReplyDelete
  4. dah banyak produk melayu dijahanamkan ni tambah satu lagi apa ni tak kan diam aje kot ni bukan pasal politik tapi asyik cari pasal ..... bukalah minda tu sikit

    ReplyDelete
  5. Tengok mesej crite lah..tak dek unsur yahudi..ni mesti kes dengki nih..pakaai kamus mental..

    ReplyDelete
  6. Kalau upin&ipin menghina islam dorang takkan buat cerita tentang p masjidlah,mengajilah macam macam lagilah
    Pi matilah ada hati nak hina my beloved caracter

    ReplyDelete
  7. Kalau upin&ipin menghina islam dorang takkan buat cerita tentang p masjidlah,mengajilah macam macam lagilah
    Pi matilah ada hati nak hina my beloved caracter

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...