Pages

Wednesday, 30 October 2013

SUSPEK KES BUNUH DIREMAN!

Suspek utama kes bunuh seorang lelaki warganegara China yang ditemui mati di rumah teman wanitanya dekat Taman Mawar Indah, Triang direman tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Kes itu turut mendapat liputan akhbar Singapura kerana suspek adalah pemandu teksi warganegara Singapura yang berkahwin dengan wanita Cina tempatan.

Suspek yang berusia 47 tahun menyerah diri kepada polis di Kuala Lumpur kelmarin dan dibawa ke Mahkamah Majistret Temerloh jam 9 pagi semalam untuk direman.

Suspek yang bersahaja keluar dari mahkamah sambil tersenyum dan sempat menasihati seorang petugas media supaya berhati-hati ketika jurugambar terbabit hampir terjatuh terlanggar pasu ketika mengambil gambarnya.

Pada 13 Oktober lalu, seorang warga China berusia 30-an yang bermalam di rumah teman wanitanya ditemui mati dibunuh dipercayai dilakukan oleh suami teman wanitanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, wanita terbabit juga cedera parah dan dirawat di hospital manakala dua anaknya tidak dicederakan.

Lelaki warga China itu bermalam di rumah teman wanitanya sebelum diserang dengan senjata tajam oleh suami wanita itu yang pulang ke rumah tidak lama kemudian.

Dipercayai wujud pertelingkahan dan pergaduhan menyebabkan suami wanita itu bertindak luar kawalan sehingga menyebabkan kematian.

Sinar

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...