Pages

Thursday, 24 October 2013

POLIS SAHKAN BERITA SUSPEK KES BUNUH PEGAWAI BANK TELAH DITANGKAP ADALAH PALSU

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengesahkan khabar angin yang mengatakan suspek kes bunuh dalam rompakan di sebuah bank di Subang Jaya petang semalam telah berjaya ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) ketika cuba melarikan diri ke Sabah adalah palsu.

Suspek bernama Ardi Hamza, 37, dan berasal dari Tawau Sabah, manakala mangsa bernama Norazita Abu Talib, 37, ialah seorang isteri dan ibu kepada sepasang anak.

Menurut mesej Twitter Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, polis akan berusaha habis-habisan untuk menangkap pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib dalam kes rompak dan bunuh di cawangan bank itu di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya semalam.

Beliau menulis: "Semua usaha sedang digembleng untuk menangkap pembunuh Ambank ini."

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta melaporkannya di balai polis terdekat atau menghubungi talian hotline 03-20529999.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...