Pages

Monday, 28 October 2013

PENIPUAN CALON PAS BERJUMPA USTAZ AZIZAN DIBONGKAR

PENEMUAN risalah sebuah parti politik menggunakan foto wartawan Sinar Harian yang telah diubah suai dianggap sebagai taktik 'desperado' untuk mengelirukan pengundi.

Sinar Harian berasa terpanggil untuk menjelaskan mengenai foto terbabit bagi mengelakkan salah faham atau tanggapan bahawa akhbar ini memihak kepada parti berkenaan.

FAKTA

Gambar ini diambil tiga tahun lalu ketika Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Muhamad Mat Yakim bersama Ketua Biro Sinar Harian Utara, Mohd Idros Mohd Ali (kanan) mengunjungi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 25 Mei 2011 di Pejabat Menteri Besar Wisma Darul Aman, Alor Setar. Turut hadir, Penolong Ketua Biro Sinar Harian Utara, Roslinda Hashim (tidak kelihatan dalam gambar). Kunjungan adalah sempena sesi wawancara eksklusif Sinar Harian bersama Azizan.

AUTA


Gambar berkenaan diubah suai menggunakan teknik superimpose kononnya calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat (berkopiah) bersama Mohd Idros bertemu Azizan.

Tinjauan wartawan Sinar Harian mendapati risalah mengandungi gambar yang dimanipulasikan itu turut diedarkan secara percuma di pekarangan pintu masuk Markas Induk Pas Kawasan Jerai semalam.

Sehubungan itu, Ketua Pengarang Sinar Harian membuat penafian dan penjelasan bahawa akhbar ini tidak ada kena mengena dengan risalah berkenaan.

Sinar Harian

1 comment :

  1. "Apple Polish" Baru, satu lagi media haram jadah penganut UMPORNO. Apsal, spin master UTUSEX Malaysia nak tutup ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...