Pages

ADS

FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2014

Monday, 21 October 2013

LAGI PELUANG KENAIKAN PANGKAT PENJAWAT AWAM (PDF Inside)

Peluang dan peningkatan kerjaya penjawat awam terbuka luas apabila hari ini Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil 8/2013 Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana Yang Berada Di Gred Lantikan.

Sebelum ini pada 1 Julai 2009 kerajaan telah memutuskan pelaksanaan kenaikan  pangkat secara time-based bagi pegawai Kumpulan Pelaksana yang telah berkhidmat 15 tahun namun kerajaan telah bersetuju untuk menambah baik dan memperkukuhkan  lagi kaedah kenaikan pangkat pegawai Kumpulan Pelaksana berdasarkan kepada prinsip Time-Based Berasaskan Kecemerlangan dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat secara KUP daripada 15 tahun kepada 13 tahun.

Antara lain pekeliling yang ditandatangani oleh Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia itu menyebut, kenaikan pangkat time-based berasaskan kecemerlangan bertujuan untuk menyediakan peluang kemajuan kerjaya yang lebih baik kepada pegawai yang mencapai prestasi yang baik di samping menunjukkan sikap dan komitmen kerja yang positif. Dengan ini, pegawai berpeluang untuk meningkat dalam kerjaya melalui kaedah kenaikan pangkat tanpa terikat kepada keperluan kekosongan jawatan. 








 Download details Pdf format (CLICK HERE)

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...