Pages

Tuesday, 29 October 2013

PAS SUDAH BERGADUH DI SUNGAI LIMAU! INI PUN SALAH UMNO KA?

Ramai yang seolah-olah tidak dapat menerima hakikat apabila ada yang mengatakan tidak semua orang Pas itu dari kumpulan ulama atau mempunyai latar belakang agama. Pada mereka Pas itu Islam dan Islam itu Pas.

Sedangkan sekiranya diteliti, terdapat banyak kelompok di dalam Pas antaranya kumpulan Liberal, Syiah, Anwarinas @ Endorgan, Pak Turut, berlagak Alim, berpura-pura menyokong Islam (Kelab Penyokong Pas) dan sebagainya. Inilah realiti sebenarnya, di dalam Pas terhimpun pelbagai kumpulan yang mempunyai pelbagai ideologi atau dalam bahasa mudah ‘rojak @ pasembor’.

Malah sekiranya ada yang mengatakan Pas ingin memperjuangkan Islam, juga tidak kena dari bahasa. Kerana tidak sampai dari separuh pimpinan atasan parti itu yang mempunyai latar belakang agama.

Contoh yang paling dekat ialah, pemilihan Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah. Ia jelas membuktikan bahawa parti itu tidak lagi menitik beratkan Islam sebagai asas perjuangan.

Malah sejurus selepas perlantikan Mahfuz sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah,Phahrolrazi Zawawi selaku Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas negeri telah mengambil satu tindakan drastik dengan meletakkan jawatan.

Walaupun dia mendakwa ingin memberi peluang kepada Mahfuz untuk memilih kepimpinan baru, namun umum mengetahui Phahrolrazi sebenarnya kecewa kerana tidak terpilih untuk menggantikan Azizan bagi menerajui kepimpinan Pas negeri.

Malah ketika diminta mengulas mengenainya, Phahrolrazi secara sinis mengatakan dia tidak berapa rapat dengan Mahfuz.

“Biarlah dia membawa idea baharu sebab kalau lantik yang lama masih lagi terikat dengan pendekatan lama," katanya.

Paling menarik perhatian ialah, sejurus selepas Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) mengumumkan kekosongan kerusi DUN Sungai Limau, Pas Kedah kembali bergolak apabila masing-masing ingin meletakkan calon pilihan mereka.

Parti itu, sebelum ini dikatakan telah menyenarai pendek seramai 8 nama calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, 4 November ini kerana berdepan dengan masalah pepecahan dalaman.

Malah menurut sumber dalaman, wujud kem dalam kepemimpinan Pas Kedah pada masa ini iaitu kumpulan yang pro dengan bekas Pesuruhjaya Pas Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, kem Phahrolrazi Zawawi dan kem Mahfuz Omar. Masing-masing dikatakan mahu meletakkan calon pilihan masing-masing.

Kumpulan Allahyarham Azizan sebelum ini turut dikatakan kecewa dengan keputusan Pas Pusat melantik Mahfuz seolah-olah Pas Kedah sudah ketandusan pemimpin yang mempunyai latar-belakang agama.

Macam dah tak ada orang lain! Itulah antara komen yang dilemparkan oleh salah seorang penyokong Pas yang jelas tidak bersetuju dengan perlantikan itu.

“Agaknya depa ni benci dengan ulama. Pas Kedah banyak melahirkan ulama. Lulus pondok ada, lulus Al-Azhar pun ada. Tapi kenapa Mahfuz yang dipilih. Kalau macam ni mamposlah Pas Kedah” marah salah seorang pengikut Pas yang ditemui.

Kesimpulan, jelas itu tidak lagi menjadikan dasar Islam sebagai perjuangan parti. Apa yang penting pada mereka ialah mendapatkan kuasa, walaupun terpaksa mengunakan apa sahaja cara. Kepada Mahfuz, selamat mengemudikan jentera Pas negeri agar jangan mampos (sekadar mengulang kembali kenyataan tadi).

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...