Pages

Saturday, 26 October 2013

KUMPULAN PECAH RUMAH BANGSA LATIN TUMPAS

Polis Selangor percaya mereka dapat menumpaskan kumpulan pecah rumah dianggotai empat orang berbangsa Latin, termasuk seorang wanita, yang aktif melakukan kegiatan itu di Shah Alam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, kesemua suspek berumur antara 26 dan 44 tahun, dua daripada mereka masing-masing memiliki pasport Colombia dan Sepanyol manakala dua lagi memegang pasport Colombia ditangkap dalam Ops Pintu pada Rabu dan Khamis lepas.

Kumpulan itu ditahan selepas polis mengesan dua suspek di dalam sebuah kenderaan berlegar-legar di Kota Kemuning dan nombor pendaftaran kereta itu pernah digunakan dalam kejadian pecah rumah di Seksyen 8 Shah Alam, sebelum ini.

Mohd. Shukri dalam sidang media hari ini berkata, kedua-dua suspek ditahan di Persiaran Kuala Selangor selepas memintas kenderaan mereka dan menemui pelbagai peralatan pecah rumah seperti playar dan sarung tangan dalam kenderaan itu.

Susulan itu, polis menahan dua lagi suspek di sebuah hotel dan pangsapuri di sekitar Lembah Klang keesokannya dan merampas barangan seperti komputer tablet dan riba, jam tangan berjenama, kamera dan barang kemas.

Bernama

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...